Wednesday, April 14, 2010
Pengalaman hidupkU...sekadar coretan
Tahun ini usiaku mencecah 38 tahun, bermakna hampir 4 tahun kini aku berkerusi roda. Dan bermakna 34 tahun Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada aku untuk menerokai nikmat Allah di atas muka bumi ini dan tambahan 4 tahun lagi sebagai OKU. Dan 4 tahun sebagai OKU ini tetap dapat ku kecapi nikmatNya cuma dalam cara yang berbeza..
Dan pengalaman hidupku bermula di sebuah kampung di atas banjaran-banjaran gunung di Pahang iaitu Janda Baik. Emak anak jati Kg. Janda Baik manakala abah seorang guru berasal dari Terengganu. Perkahwinan mereka melahirkan 2 puteri dan 3 putera. Dan aku anak yang kedua dan dilahirkan dikampung ini.
Dibesarkan di negeri Terengganu di Jalan Negara sehingga usia 9 tahun kami berpindah ke sebuah perkampungan berhampiran Felda Bukit Bading, usia 12 tahun di kg. Bukit Perah sehinggalah abah pencen pada tahun 2000 dan terus menetap di Gong Badak.
Persekolahan rendah aku bermula di Sekolah Kebangsaan Bukit Payong, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Bading dan Sekolah Kebangsaan Bukit Perah.
Peringkat menengah pula di Sekolah Menengah Ajil dan Sekolah Menengah Teknik Terengganu.
Melanjutkan pelajaran peringkat diploma di UTM Skudai dan Degree di UiTM Shah Alam.
Pernah bekerja di beberapa tempat antaranya di Kemaman, Bukit Fraser, Bentong dan akhirnya di Kerteh di mana aku bertemu jodoh.
Macam-macam kerja gak aku pernah buat antaranya kerja restoran, bekerja kilang, buat penilaian harta, kerja ngan 'Engineering' konsultan, kontraktor pembinaan, kedai baiki komputer, kerja shut-down dan pernah juga takda kerja hua..hua..hua...
Kerja terakhir yang aku buat ialah kerani kontrak pejabat pentadbiran airport Kerteh (apa khabar En. Nordin dan Pn. Zalelah, lama tak dengar cerita? Kak Zai pun sama, sejak balik Sarawak terus hilang) sambil-sambil tu joint member dalam syarikat kontraktor sebagai perancangan masa depan.
Namun rezeki aku tak panjang, aku sakit dalam tempoh ini dan hilang mata pencarian....Allahu Akbar..Namun syukurku pada Allah, aku masih ada keluarga untuk menumpang kasih..mak, abah, isteri dan anakku yang dikasihi serta adik beradik yang begitu mengambil berat.. dan beberapa orang sahabat yang masih bertanya khabar...
Perancangan Allah tiada siapa yang tahu...
Labels:
kisah aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam arol
ReplyDeletepak itam bersimpati dgn dugaan Allah kepada mu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
tabahkan hati , kuatkan semangat dan sentiasa berdoa kpd Allah dan bertawakkal
insyallah, pak itam mendoakan agar arol sentiasa dibawah perlindungan dan kerahmatan Allah
ceria.. senyum n jgn ssh hati.. aduss pandai ckp org hehe.. tp sy percaya hazrul dan org seperti kita mmg tabah n tahan lasak kan kan
ReplyDeleteterima kasih Pak Itam dan maiyah atas dorongan dan doa.
ReplyDeleteberat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...
Rezeki tu Rol..belasah jer..telur pon telur la...nasik panas kene pulak ngan kicap cap kipas udang..perggggghh...asal kenyang perut...
ReplyDelete@Eye_nee
ReplyDeleteah ah rezeki cik kak...asal kenyang perut udah le