Friday, April 30, 2010

Aku Rindu Saf Jumaat...

                                           (image:google)
Hari ini 30 April 2010 adalah hari Jumaat terakhir bulan ni, tiba-tiba je aku rasa sayu semacam bila tengok siaran langsung sembahyang Jumaat kat TV1 tadi. Masa mandi tadi aku dok asyik bilang jumlah hari yang aku dah miss sembahyang Jumaat, rasanya dah beratus-ratus hari doh. 

Kalau dah Jumaat pun miss apatah lagi time sembahyang berjemaah yang lain. Kadang-kadang aku terfikir jugak bagaimanakah keadaan aku disisi Allah...

Harapnya suatu hari nanti aku dapat kembali memenuhi saf Jumaat...

Teringat-ingat aku catitan Pak Itam berkaitan Pasang Surut Kehidupan, moga aku masih berkesempatan merebut kesemua lima perkara ini...

Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain iaitu:
  1. Masa muda sebelum tuamu
  2. Masa sihat sebelum sakitmu
  3. Masa kaya sebelum miskinmu
  4. Masa lapang sebelum sibukmu
  5. Masa hidup sebelum matimu
(Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Wednesday, April 28, 2010

Aku Terima 'Air Cushion'Nya...


Tengahari tadi aku selamat terima 'air cushion' dari pihak Socso Kemaman. Terima kasih pada En. Ariff yang hantarkan barang tu. Kalau ikutkan jenis yang doktor suggest dari ROHO, tapi yang ni buatan Korea jenama clearview, tapi tak kisahlah, asalkan boleh guna dan berfungsi dengan baik, jadilah. Mencegah lebih baik daripada berubat, betol tak??..

So lepas ni takde lah bimbang sangat pasal bedsore. Sebenarnya aku tak pernah kena lagi bedsore ni almaklumlah penjagaan tip-top hehe..tapi kalau kena memang teruklah, maklumlah aku ni ada diabetis, kalau kudis-kudis ni memang payah nak baik. Makan masa lama ooo..

Dulu pernah kena bisul kat bontot, memang lama gila nak baik, kat sebulan rasanya, tu yang aku beri lebih perhatian sikit pada punggung aku ni. Dulu memang Doktor suruh beli tapi time tu memang tak mampu bila Doktor kata rega dia dalam dua ribu hengget..jadi terpaksalah guna cara manual, cara dia time duduk atas wheelchair kena angkat bontot setengah jam sekali. Buat dalam 10 kali setiap sessi.


Dah pakai 'cushion' ni kuranglah sikit sessi senaman bontot tu, tapi tetap kena buat juga. Bimbang gak kalau -kalau terjadi...baiklah beringat selalu.

Anyway terima kasihlah pada pihak Socso dalam selesaikan masalah aku..

Alhamdullillah...

*p/s- nak pasang sarung dia camna erk..En. Ariff tak ajar td (aku rasa dia pun tak tau ni hehe..sarung je lah)

Tuesday, April 27, 2010

Tengahari Ni Aku Goreng Kacang Dan..

Ikutkan hati malas aku nak masak hari ni walaupun perut aku lapo gila. Pagi tadi dahlah tak sarapan, Ummi tak masak pagi ni, penat menolong orang kenduri tak hilang lagi. Tapi kesiankan Nurin yang lapar kugagahi juga ke dapur memasak nasi dan macam biasa le kicap manis sebagai kuahnya. 
Pastu aku goreng kacang panjang dan ikan kecik-kecik 5 ekor (selar kuning kot he..he..tak mengenal ikan aku ni, biasanya Ummi goreng celop tepung ikan ni). Makanlah aku dua beranak dengan lahapnya, seperti biasa Nurin akan puji aku, " bestnya aboh masak" hehe..

Erm..pernah makan ni tak, orang Tenganu panggil Rojak Kateh pasal dibuat daripada kaki lembu macam sup gear box tu, tapi ni yang bahagian sendi-sendi tu. Kuah dia ada yang masam dan ada gak yang manis. Makanan tradisi ni....lalalalala.. sedap di makan begitu saja...

*p/s - n3 ptg semalam punya tp bokband dah kena teroter, dah tengah malam cuba baru dapat upload gambo.

Saturday, April 24, 2010

Majlis Tiup Api Nurin...

Alhamdullillah, semalam dapat juga kami sempurnakan hajat Nurin nak tiup api (lilin) atas kek..semua orang-orang yang rapat dalam hidup Nurin hadir meraikan majlis bakar-bakar ayam semalam, cuma keluarga Kak Nor aje tak datang pasal tengah sibuk buat preparation kenduri kawin hari ni (dengar kata tok iman lupa majlis nikah pagi ni, kena pergi turut kat kebun di Jerangau.. ish..ish..ish..macam tu pun ada ke. Cik Wer plak dengar kata batuk-batuk.

Yang kelakarnya time nak tiup tu dibantainya menangis, entah terharu ke apa ke ,agaknya terkejut pasal diorang suruh tiupkan, terpaksalah Ummi tolong tiupkan sama..hehe..so Nurin tiup ler sambil sebelah tangan peluk Ummi..

Pastu apalagi acara makan dan bersembang pun diteruskan, maklumlah dah lama diorang tak berkumpul adik-beradik ramai-ramai macam ni. Dulu masa ada arwah Cik (mak mertua aku) diorang selalu buat group sembang kat beranda umah Cik..hehe..

So dikesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang menjayakan majlis Nurin ni terutama mok-mok Nurin (Makcik dan Teh-mak sedara dia panggil mak ikut sepupu dia), De, De Mie, Pokcik, Mokcik, sepupu Nurin - Abg Roni, Kak Ira, Kak Ida, Abg Rizal, Abg Pis, Angah, Abg Azib, Adik Zelin, Adik Najmi Fajari dan anak sedara baby Shifa serta jiran sebelah Sa dan anak-anaknya Kimi dan Puteri.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih teristimewa kepada Ummi dan aku sendiri atas segalanya, tanpa kami tiadalah Nurin kat atas dunia ini.

Untuk Elly, Ayah Su ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU, Semoga berbahagia sehingga akhir hayat. Mintak maaf pasal tak dapat hadir, Mak Ma tak pelawa pun he..he..

So, that's it for now..nak layan mak aku sembang lu (mak ngan abah aku balik dari kenduri Kak Nor singgah jap umah aku, tak dapat nak bermalam pasal adik aku Ayin si driver kerja plak malam ni).



Friday, April 23, 2010

Dua-Dua Pun Aku Suka..

Berger ni memang aku suka makan tapi kadang-kadang aje, kalau rajin buat sendiri, tapi biasanya beli kat kedai lagi mudah kot...alkisahnya semalam kami pergi tapaw set berger ni sorang satu kat order puan tu, Nurin yang cakap (drive thru) sorang satu, konon2 nak selebrate besday nurin (hehe..sebenarnya aku yang nak makan pasal tertengok iklan dalam HM petang semalam). Cuma makanan ni tak bagus sangat pasal banyak kolesterol...hehe..mandai2 je aku.
Yang ni nasi kerabu makanan tok nenek kita tradisional zaman - berzaman. Aku memang suka ni, biasanya hari jumaat kalau Ummi pergi pasar tani aku kirim ni le untuk bekpes. Kalau bubuh budu lebih lagilah ummm...nya.

Moral of the n3, yang baru dilayan, yang lama tetap tidak dilupakan.





*p/s=malam ni buat majlis bakar2 ayam, sotong, udang sempena ulangtahun Nurin yang ke-4 semalam. Kesian dia nak sambut besday dengan kek ada api kata dia. Oklah dik, kita buat setakat yang mampu je ok. Panggil sepupu sepapat je.



Love you n' Ummi.

Thursday, April 22, 2010

Ayat Seribu Dinar

Surah Al-Talaq (No. 65 : 2-3)



2.Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar

3.Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


*p/s: kubacakan ayat ini ketika hati dilanda keresahan...memohon dipermudahkan segala urusan.

Happy Birthday Nurin..4 Tahun


Hari ini Khamis 22 April 2010 genap usia Nurin 4 tahun. Syukur Alhamdullillah aku masih diberi kesempatan untuk melihat puteriku membesar walaupun dalam keadaan yang kurang sempurna ini. Harapan dan doaku semoga anak ini menjadi seorang insan yang berguna di masa hadapan.

Pada tarikh ini 4 tahun yang lalu, Ummi melahirkan adik berseorangan tanpa dapat Abah menemani seperti bapa-bapa yang lain akibat sakit belikat yang abah alami pada masa itu menyebabkan abah sukar untuk berdiri apatah lagi untuk melangkah.

Namun Abah sempat menemui Ummi di 'Labour Room' untuk seketika ditemani makcik beberapa jam sebelum adik menjengok dunia. Alhamdullillah segalanya berjalan dengan lancar dan sesungguhnya Ummi memang seorang wanita yang tabah dalam menempuhi onak ranjau sebelum dan selepas melahirkan adik.

Telah banyak rintangan dan pahit manis yang kita lalui sepanjang 4 tahun ini namun segalanya telah dipermudahkan oleh Allah...Semoga kita bertiga akan terus kuat untuk menempuhi masa-masa mendatang.

Ameen.




Wednesday, April 21, 2010

Akhirnya Aku Berjaya Mengubah Nama Author Kepada Signature



Terima kasih pada Msue kerana sediakan tutorial ni...

Kenapa aku excited sangat, hehehe...macam tajuk n3 ni lah akhirnya berjaya jugak aku setelah berhempas pulas berguling-guling kat atas katil, penat kepala aku dok mikir nak buat menda ni walaupun dah ikut sebijik-sebijik macam tutorial tu.

Kalau yang dah terer tu ok ler, tapi macam aku ni boleh mereng dibuatnya bila asyik tak jadi je..

Kalau nak cuba boleh ler try, tapi kalau tak jadi jangan marah aku...hehe...

1. Login ke Blogspot .

2. Klik Layout - pilih edit HTML(jangan lupa tandakan pada Expand Widget)

3. Cari kod di bawah(Guna F3 @ CTRL+F untuk mudahkan pencarian).



4. Pada bahagian highlight tu, tukarkan dengan kod signature (contoh macam kat bawah). Kod signature boleh dapat kat sini.



Note: aku copy dan pastekan semua kod tu.

Jangan tanya aku macam-macam ek, aku try and error je ni, tapi aku punya ok.

5. pastu tu jangan lupa preview, kalau ok bolehlah save template

terima kasih sekali lagi pada Msue.

Monday, April 19, 2010

Kenapa Aku Berblog...

antara sebabnya ....








Dibawakan oleh:-


p/s: siapa kata laki2 tak boleh nangis????...

Maxis Broadband 1.5 Gb...Speed ker????


(sumber)

Petang tadi bila isteri aku tepon bagitau kawan dia tanya pasal maxis broadband 1.5 Gb, terkejut berok gak aku. Aku cakap ler mana ada broadband speed sampai Gb2 ni. Setau aku Mb2 je (aku ni kiranya pakar penasihat teknologi la pada bini aku, pasal tahap kecanggihan dia lebih skit pada nurin jer pasal teknologi canggih manggeh ni, hehe...).

"Murah lah Bah" kata isteri aku "RM48 je sebulan tapi time promosi ni bayar RM18 jer bulanan". Katanya ada iklan dalam tv. Memang aku pernah tengok iklan tu tapi tak perasan plak pasal 1.5 Gb.

Aku cakap ler kita punya pakej Celcom broadband yang paling murah (pakej gomen RM50, dulu pun aku rekomen kawan dia beli ni tapi taknak) tu baru 384kb aje (ala-ala kompiden gitu aku buat penerangan) speed dia tapi kalau dah selaju tu bolehler beli tapi pastikan ada coverage 3g baru best (mandai2 aku sampaikan nasihat melalui isteri aku tu).


(sumber)

Lagipun aku tak boleh nak compare pasal kat area rumah aku takda coverage maxis 3g, maklumlah dalam kawasan hutan. Coverage celcom 3g pun dapat satu bar je tapi ok ler dari takda langsung.

Dulu2 pernah gak cuba guna maxis yang daily basis tu, tapi dia punya speed macam siput sedut je, jadi aku cakap ler kat isteri aku, kalau kawan dia nak beli boleh ler, memang berbaloi, laju giler tu.

Malam tadi isteri aku cakap lagi "ada bah, maxis broadband 1.5 Gb". Aku malas nak tanya lebih2 pasal isteri aku bukan tau apa2 pun kalau aku terangkan, buat kering tekak je. Tapi aku ada bagi jawapan bodoh kat dia, aku kata mungkin memori kad dia 1.5 Gb kot. Isteri aku terangguk2 je.

Bimbang plak takut besok dia terangkan kat kawan dia macam yang aku cakapkan tu, terpaksalah aku menggogel untuk mendapatkan kepastian.

Lalala..gelak sorang2 aku, rupanya-rupanya volume kuota dia yang 1.5 Gb. Macamana la aku bleh tak terpikir lak pasal tu. Nampak gaya besok pagi kena la sekali lagi bagi penerangan kat isteri aku. Cuma tak berani la nak rekomen suruh beli ke apa ke pasal tak tau dia nak guna untuk apa, pesbook ke, download Adamaya ke, bak kata sorang pelawak tu..lu pikir la sendiri.

Yang aku pasti isteri aku ngan kawan dia sama level je kot. Yelah kalau tau tak kan nak tanya aku plak kan..hehehe..rasa macam power gitu, keh...keh...keh...padahal aku pun tak tau hua..hua..hua...

Ok lah pasni nak gi jelajah blog kawan2 cari info pasal maxis broadband RM48 ni, nak bagi mantap skit penerangan untuk esok pagi.




Saturday, April 17, 2010

Nanti Mak Bayarkan...Aduh..



Kejadian ni sebenarnya berlaku semalam tapi sebab aku sakit perut punya pasal tak larat nak updated. ni pun aku sakit perut lagi ni tapi dah kurang sikit. tak tahu lah sebab apa. aku tinggal sorang2 je ni pasal Umie (panggilan manja lepas ada anak, dulu panggil Mar - bunyi sebenar Ummi) ngan nurin pergi umah kakak ipar aku kat Felda Kerteh, diorang nak berkenduri minggu depan kawin si Elly. Semalam dah pergi, hari ni pergi lagi, bior ler nak berkumpul adik beradik kan.

Aku tak pergi pasal umah Kak Nor ni kedudukan dia rendah daripada jalan (bawah tebing), kena turun guna tangga banyak tingkat gak, bukan aku sombong tapi malas nak menyusahkan orang kena pikul lak aku gan kerusi roda nanti. lagi la plak time2 sakit perut ni, cicir merata nanti bertambahlah susahnya, so layan je lah aku kat umah sorang2.

Berbalik kisah si Nurin ni, dah pergi sana jumpa plak ngan kawan2 baru (ada tiga orang). Mula2 tu sombong ler (biasa le budak2) umie dia yang citer ni, bila dah lama ok lah main sama-sama. Dah penat-penat main ni si kawan tadi bagitau mak dia "mak, nak beli air? mak dia jawab "duit tak bawak, pergilah beli dulu, nanti mak bayarkan".

Pergilah budak tu ke kedai, tak lama pastu budak2 ni bawak la air sebungkus sorang termasuklah si Nurin ni. Umienya hairan lalu di tanya pada nurin "mana dapat air?" "kat kedai" jawab Nurin. La.. takda duit pun boleh beli air ke, rupanya jawab kawan-kawan lain diorang ambik dulu, nanti mak bayarkan.

Abis tu umie pun bagi ler duit RM1.50 pada budak tu (dalam 7 tahun umurnya) suruh pi bayar air semua, dalam pada tu sempat lagi nurin tanya pada umie dia "Umie nak apa2 tak?. Umie jawab "taknak".

Pastu Nurin ni ikut le budak tu pergi bayar air. Bila balik Nurin sekali lagi bawak air sebungkus kali ni ada tambahan plak dengan daging burger sekeping. Berhutang lagi ker tanya umie dalam hati. Disuruhnya Elly tanyakan makcik kedai tu.

Rupa2nya makcik kedai tu cerita ler(mak sedara budak ni rupanya) air yang mula2 tadi memang budak tu bayarkan (masuk buku 3 x 5 kot). Duit yang umie bagi tadi bayarkan air nurin 30 sen dan burger 80 sen. Gitu citernya.

"Habis air kawan-kawan tadi macamana" tanya aku plak pada umie.

Tanpa rasa bersalah umie jawab " nanti mak bayarkan"

hehehe...gitu pun ada ke..

Friday, April 16, 2010

Nurin 4 tahun..Terima Kasih Umie...

Nurin Imanina Bt Hazrul dilahirkan pada 22hb April 2006 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Berperwatakan periang, suka bercakap, manja, boleh tahan garang, masih menghisap botol susu dan bla..bla..bla..

Suka bertanyakan bermacam2 soklan dan terkini yang sering diulangi mengapa uyen tiada abang dan kakak, kawan-kawan semua ada abang dan kakak...namun tak pernah dengar soalan bertanyakan mengapa tiada adik? hehehe...aku dan umie blur tiada jawapan setakat ini...

Dan untuk umie, terima kasih atas amanah Allah ini dan segala-galanya, semoga kita dapat membimbingnya menjadi insan solehah..Dan untuk adik..si Cahaya Keimanan Kami...aboh sayang adik dan umie...







Thursday, April 15, 2010

Dumbbell 2kg Dan Aku...

Kisah Dumbbell 2kg ni bermula bila aku lepas operation dulu. Ye lah lepas operation semua angggota badan lemah. So pegawai fisio tu cadangkan aku beli menda ni untuk kuatkan tangan memandangkan aku belum mampu pergi bilik fisio.



Sementara nak tunggu adik aku lee @ bob pergi belikan menda tu, Haji fisio tu suruh ler aku gunakan dumbbottle 1.5kg ni(aku sendiri bagi gelaran ni) hehehe..sebenarnya nak angkat ni pun tak larat masa tu.



Bila dah ada dumbbell ni, aku guna lah jugak sekali- sekala memandangkan aku ni jenis malas tahap cipan jugak lah. Bila pergi fisioterapi dulu diorang gelakkan aku pasal guna dumbbell 2kg, patutnya guna 5kg baru power..lantak korang lah. Korang tak kena, apa yang korang tau hehehe...

Sampai sekarang aku masih guna dumbbell 2kg ni..tapi kan bila aku tengok nurin angkat dumbbell ni, teringat plak pasal diorang gelakkan aku dulu..ye lah budak 4 tahun pun selamba je angkat dumbbell 2kg tu.

hua..hua..hua..padan muka ako.

(ni tangan aku yang power ni, bukan nurin, nanti takut korang kata aku dera anak plak hehe..)

Blog List...

Penatnya buat blog list nih. Dah la broadband macam ciput.Rasa macam nampak bintang kelip2 dah kat atas kepala. Dari kol 10 sampai la ni kol 3.37 am dah tak larat dah..kena surrender dah...Penat aku study kat frenz blog maiyah tadi..hehe.jangan marah ekk maiyah. kawan maiyah pun kawan saya gak..anyway betul ker cara ni nak cari kawan bloggers..harap2 betul lah..takut nanti tak pasal2 kena bambu plak aku.

Sebenarnya copy link jer, tak sempat nak tinggal jejak berapi pun, pasal banyak nak skodeng tuh..maybe esok2 ler..mata dah berat giler nih...ahhhhhh..

Wednesday, April 14, 2010

Menu Hari Ini..

Malas nak masak, so simple aje menu aku tengahari ni.




Nasi putih, telor dadar hangus, kicap cap kipas udang dan air nenas..

Nurin makan nasi aje..kesiannya..sori le dik, abah malas hari ni..

Pengalaman hidupkU...sekadar coretan



Tahun ini usiaku mencecah 38 tahun, bermakna hampir 4 tahun kini aku berkerusi roda. Dan bermakna 34 tahun Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada aku untuk menerokai nikmat Allah di atas muka bumi ini dan tambahan 4 tahun lagi sebagai OKU. Dan 4 tahun sebagai OKU ini tetap dapat ku kecapi nikmatNya cuma dalam cara yang berbeza..

Dan pengalaman hidupku bermula di sebuah kampung di atas banjaran-banjaran gunung di Pahang iaitu Janda Baik. Emak anak jati Kg. Janda Baik manakala abah seorang guru berasal dari Terengganu. Perkahwinan mereka melahirkan 2 puteri dan 3 putera. Dan aku anak yang kedua dan dilahirkan dikampung ini.

Dibesarkan di negeri Terengganu di Jalan Negara sehingga usia 9 tahun kami berpindah ke sebuah perkampungan berhampiran Felda Bukit Bading, usia 12 tahun di kg. Bukit Perah sehinggalah abah pencen pada tahun 2000 dan terus menetap di Gong Badak.

Persekolahan rendah aku bermula di Sekolah Kebangsaan Bukit Payong, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Bading dan Sekolah Kebangsaan Bukit Perah.

Peringkat menengah pula di Sekolah Menengah Ajil dan Sekolah Menengah Teknik Terengganu.

Melanjutkan pelajaran peringkat diploma di UTM Skudai dan Degree di UiTM Shah Alam.

Pernah bekerja di beberapa tempat antaranya di Kemaman, Bukit Fraser, Bentong dan akhirnya di Kerteh di mana aku bertemu jodoh.



Macam-macam kerja gak aku pernah buat antaranya kerja restoran, bekerja kilang, buat penilaian harta, kerja ngan 'Engineering' konsultan, kontraktor pembinaan, kedai baiki komputer, kerja shut-down dan pernah juga takda kerja hua..hua..hua...

Kerja terakhir yang aku buat ialah kerani kontrak pejabat pentadbiran airport Kerteh (apa khabar En. Nordin dan Pn. Zalelah, lama tak dengar cerita? Kak Zai pun sama, sejak balik Sarawak terus hilang) sambil-sambil tu joint member dalam syarikat kontraktor sebagai perancangan masa depan.

Namun rezeki aku tak panjang, aku sakit dalam tempoh ini dan hilang mata pencarian....Allahu Akbar..Namun syukurku pada Allah, aku masih ada keluarga untuk menumpang kasih..mak, abah, isteri dan anakku yang dikasihi serta adik beradik yang begitu mengambil berat.. dan beberapa orang sahabat yang masih bertanya khabar...



Perancangan Allah tiada siapa yang tahu...

Monday, April 5, 2010

Bila Abah Nak Boleh Berjalan..



Semalam uyen tanya lagi "bila abah nak boleh berjalan ni? "

"yen nak suruh abah bawak kereta , yen malas dah suruh umie bawak, yen nak duduk sebelah ngan umie, abah bawak kereta"

terkedu lagi aku tapi mcm biasa la jawapan standard aku.."Nantilah besok-besok abah boleh berjalan abah bawaklah"

.."esok ke bah" tanya uyen lagi...waaaaaaaa..sayu lagi hati lelakiku...



Budak umur 4 tahun, apalah yang boleh difahaminya kan...

Namun aku sentiasa berharap kata2 uyen menjadi satu doa dan motivasi kepada aku untuk sentiasa yakin dan tabah pada diri.

T6 - T7...tiada lagi...

Aku telah kehilangan thoracic Ku akibat jangkitan kuman TB pada tulang belakang. Menurut kata doktor tulangku telah mereput dan perlu dibuang untuk mengelak jangkitan merebak ke bahagian lain..

Aku akur apabila ditunjukkan gambar/filem MRI (walaupun aku tak faham hehehe..maklumler bukan kerja kita, lagipun gambar langsung tak cun), memandangkan doktor telah memberi jaminan pembedahan ini adalah 'minor operation' dan tidak menyebabkan kelumpuhan, aku pun setuju dan aku merelakan doktor membelah tubuh aku..

Namun kuasa Tuhan ..tiada siapa pun yang tahu...aku bukan sahaja kehilangan thoracic tapi juga nikmat untuk berjalan juga...

YA ALLAH YA TUHANKU, AMPUNKAN SEGALA DOSA2IBU BAPAKU DAN JUGA DOSA2 KU..AMIN




Tulang belakang merujuk kepada susunan ruas tulang di bahagian belakang yang bertindak memberi sokongan kepada tubuh untuk berada dalam keadaan tegak. Ia merupakan susunan ketulan tulang yang membentuk tulang belakang yang terdapat pada semua vertebrat.

Biasanya terdapat tiga puluh tiga (33) ruas tulang belakang (vertebra) pada manusia, termasuk lima yang bergabung bagi membentuk sakrum (yang lain terpisah oleh ceper intervertebra dan empat tulang koksiks yang membentuk tulang ekor. Tiga kawasan atas terdiri dari baki 24, dan dikelompok di bawah nama serviks (7 vertebra), toraks (12 vertebra) dan lumbar (5 vertebra), menurut kawasan didudukinya.
(sumber: wikipedia bahasa melayu)

Saturday, April 3, 2010

April Datang Lagi..

Dalam banyak-banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku pada bulan ni, ada dua perkara yang sentiasa dalam ingatan iaitu lahirnya puteri ku uyen selepas hampir 3 tahun setengah menunggu, dan satu lagi ialah apabila aku diserang penyakit yang akhirnya menyebabkan aku kini lumpuh..kedua-duanya berlaku pada tahun yang sama..
APRIL 2006.

Pada N3 yang akan datang aku akan cuba ceritakan kembali saat-saat aku diserang kesakitan pada malam-malam hari dan sepanjang perjalananku ke wad 7AB......

Friday, April 2, 2010

Mior Ahmad Fuad Mior Badri @ Din Beramboi Kembali Ke Rahmatullah..

Innalillahwainnailahirajiun..Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44 telah kembali ke Rahmatullah pada jam 12.30 pagi Jumaat 2 April 2010.

Beliau disahkan menghidap deman denggi berdarah dan telah selamat dikebumikan jam 10.40 pagi tadi. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan kekasih-kekasih Allah..Amin.

Artikel deman denggi sila klik di SINI