Wednesday, January 20, 2010

Rigid Wheelchair


kat Mesia ni ada tak jual jenis kerusi roda macam ni ekk?? puas dah aku google tapi hampeh..yang ada semua kena order dari US..leceh , kalau ada yang buatan Taiwan pun okey dah harga pun murah takda la sampai RM 5 - 6 ribu, mcm aku ni mana nak cari duit banyak tu , kalau dapat pun family lebih penting kan. aku mmg dah ada kerusi roda biasa tu tp berat sakit bahu kalau tolak lama2..yang jenis ni ringan dan stabil mungkin mahal kot tapi aku fikir fungsinya lebih penting kan kpd orang yang menggunakannya..orang biasa mungkin tak faham perkara2 mcm ni.. mungkin satu hari aku dapat memiliki kerusi roda idaman, hehehe...

Tuesday, January 19, 2010

Nak Percaya Ke Tak..Part II

Tengahari tadi aku sempat bertanyakan nurin berkenaan hal malam tadi, selamba je dia jawab ' yen napok hantu..aku tanya lagi hantu mana? selamba jer dia jawab hantu malika..siap dengan gaya malika sambil menunjuk jari dan mata mengerling..huhu..terkedu aku nurin..nurin..macam2 budak ni...lantaklah...

Nak Percaya Ke Tak..


Malam tadi lebih kurang pukul 1.30 pagi, nurin terjaga dari tidur dan terus menangis. Katanya "tak mboh pelok umie" berulang-ulang kali. Akhirnya Nurin tidur bersamaku di atas katil. Lupa nak bagitau yang umie tidur di atas toto manakala aku atas katil untuk memudahkan aku berpindah randah ke atas kerusi rodaku. Lepas itu umie pula tak dapat tidur. Terpaksalah aku menemani umie tidur kat atas toto tu. Nurin terus terlena di atas katil. Aku pula hampir pukul 4 lebih barulah terlelap.

Subuh tadi umie ceritakan padaku yang dia langsung tak dapat tidur semacam ada benda yang mengganggu.

Pagi tadi sewaktu sarapan aku terdengar umie bertanyakan pasal semalam dengan Nurin. Nurin kata dia takut nak peluk umie tapi tak tahu la plak sebab apa..Lepas Nurin mandi aku pakaikan seragam tadikanya, malas nak tanya pasal semalam. Dah siap sarapan terus umie hantar ke tadika. Dan aku terlelap seketika........

Sebenarnya ini adalah rentetan kejadian-kejadian yang ku kira aneh yang selalu berlaku dalam hidupku sepanjang 3 tahun kebelakangan ini iaitu semenjak 2006. Nanti akan ku ceritakan kejadian-kejadian yang telah berlaku ke atas kami sekeluarga di episod yang akan datang...hehehe...NAK PERCAYA KE TAK????

Monday, January 18, 2010

Sunday, January 17, 2010

kerusi rodaku


emmmmm 2006...teringat kembali..sehingga kini ...

Apala...

Aku yang tulis aku yang baca aku jadi follower..huhu..

Adik dan Taska


Mari kita sama2 nyanyi nasyib pukul 6 pagi kata uyen..
Pukul 6 pagi, mesti kita bangun
terus gosok gigi, mandi dan solat subuh
cium tangan ibu salam tangan ayah
terus ambil buku pergi sekolah..
Jalan lekas2, jalan tepi2
sampai awai pagi cucikan kelas
rajin belajar,rajin berusaha..
ikut cakap cikgu
Insyaallah berjaya....

aku dan umie pun kena nyanyi sama daa...hehe..

Monday, January 11, 2010

Aku dAN DIRiku.....

081006.....081007...081008...081009....110110...dah masuk tahun ke 4 rupanya keadaan aku macam ni...alhamdullillah banyak cabarannya tp masih bertahan lagi...Insyaallah hari2 mendatang pasti menjadi lebih baik....Untuk Umie dan Adik..aboh sayang ....

nurin dan sekolah

Alhamdullillah, masuk minggu kedua doh yen gi sekoloh, setakat ni ok je cuma pagi2 dia mcm malas bangun.....biasa ah tu ...kesian pun ada, tgk dia tido pagi2....

Saturday, January 2, 2010

first day to taska



besok hari pertama adik ke taska. Nampak excited tapi entahlah. malam ni tidur awal dia sejak kol 8 pm lagi..Aku macam biasalah, mata ngantuk tapi tak nak pejam-pejam lagi. nak tengok tv pun bosan..