Wednesday, March 31, 2010

Din Beramboi Dan Kencing Tikus

Pagi tadi terkejut jugak bila tengok berita mengatakan pelawak popular tanahair Din Beramboi kritikal akibat virus kencing tikus. Beliau dikatakan jatuh pengsan sawaktu penggambaran di sebuah zoo. Keadaannya dilaporkan koma dan dikatakan lagi hati dan buah pinggangnya dah tak berfungsi. Doktor memberikan tempoh 24 - 48 jam untuk melihat keadaan beliau seterusnya. Harap beliau mampu melalui saat2 getir ini.

Leptospirosis adalah bahasa saintifik kepada penyakit kencing tikus ni. Salah satu cara virus ini tersebar ialah melalui air kencing tikus yang dilepaskan pada bekas air minuman (terutama air tin) yang terdedah di kedai-kedai.

Air tin yang diminum secara terus boleh menyebabkan virus ini tersebar dan menjangkiti sel2 otak dan seterusnya buah pinggang, hati, paru-paru dan sebagainya.

Kadang kadang takut bila dengar berita penyakit-penyakit yang tak pernah kita sangka akan menyerang bukan...

Aku sendiri pun pernah terkena penyakit TB Spine, sesuatu yang aku tak pernah dengar kecuali TB @ batuk kering ,yang mengakibatkan tulang belakang aku rosak dan terpaksa melakukan pembedahan dan akhirnya menyebabkan aku lumpuh dibahagian bawah badan.

Itulah...hidup ini penuh dengan kejutan, walaubagaimanapun Allah jua tempat memohon perlindungan..Amin.

Tuesday, March 30, 2010

Doa Sebelum Dan Selepas Tidur

N3 NI AKU AMBIL DARIPADA BLOG SAUDARA AGUS WALUYO MASA AKU TERCARI CARI ARTIKEL BERKAITAN DOA TIDUR NI. PASAL AKU MALAS NAK TAIP, AKU PASTE JE LAH ARTIKEL NI ...LAGIPUN DAH JUMPA N3 YANG BAGUS NI, MOGA ALLAH MERAHMATI PENULISNYA.

Sebenarnya aku selalu dengar nurin dan umie baca doa ni masa nak tidur, so aku masukkan dalam n3 kali ni sebagai peringatan kepada diri aku sendiri yang selalu alpa ni...


Doa Sebelum Tidur dan Doa Sesudah Bangun Tidur
Author: Agus Waluyo

7 Apr

• Sebelum Tidur Membaca Doa :

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

bismikallahumma ahya wa amutu

Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

• Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur

Artinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

Keterangan :

Doa ini berdasarkan hadits nabi yang saya ambil dari Riadust Shalihin :

عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ : بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ

Artinya :
Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)

Billateral Callipers Dan Sebuah Tongkat Untuk Berdiri



Billateral Calipers nama dia, nama melayu aku tak tau. Fungsinya untuk membantu si pemakai berjalan (macam robot kata doktor).

Pasal apa jalan macam robot, pasal calliper ni boleh dikunci di bahagian lutut (auto lock - bila berdiri je terus terkunci, tapi macam tak selamat aje pasal bila berdiri peha bergesel menyebabkan pemegang kunci dibelakang pun turut bergesal dan menyebabkan ter 'unlock' plak tu, kesan dia ....apalagi macam nangka buruk la beb jatuh berdebub ...ngeh..ngeh..ngeh..





Dulu aku setuju je buat menda ni pasal ingat betul2 boleh berjalan macam robot star wars tu, rupa2 sangkaan aku meleset, nak kena dibantu orang plak. Kalu gitu bila masa aku nak cuba pakai,kebanyakan masa aku berseorangan je, isteri aku balik kerja pun dah penat. Nak harapkan nurin, hehehe.. pegang kerusi roda boleh lah..

Nak pakai menatang alah ni bukannya senang, kalau sendiri-sendiri pakai mahu kat sejam, pastu kena berhati-hati lagi pasal batang ni semuanya aloi, boleh cedera kalau tersepit, dah siap pakai nak kena adjust kaki dengan kasut plak. Bila nak bangun pulak kaki tak ngam plak ngan kasut pasal kaki aku dah agak keras kedudukan dia, susah nak fit (sebab tu perlukan bantuan untuk memakainya dan nak praktis berjalan mesti ada orang pegang di belakang, mesti yang kuat ler, kalau tak dua-dua jadi nangka buruk,,hua... hua.. hua....



Yang paling tak tahan bila berdiri pinggang le dah macam nak patah pulak. Dulu ingat bahagian lutut aje yang lemah pasal tak pernah berdiri, rupanya pinggang pun sekarang, bila berdiri dah jadi bongkok. Kalau nak berdiri lurus pun terpaksa bergantung kuat dengan tangan. Tu pun berdiri kat tingkap pastu pegang kuat tahap gaban pada grill, kalau tumbang macam batang pokok buruk le jawabnya.

Lagi satu aku juga mengalami kesakitan kat bahagian rusuk yang dipotong masa pembedahan dulu, sakitnya tak pernah hilang, dalam keadaan duduk atas kerusi roda pun dah perit apatah lagi berdiri, menambahkan lagi kesukaran aku untuk berdiri...

Sebenarnya benda ni pakej sekali dengan tongkat kat bawah ni tapi dah pinggang tak kuat macam mana nak guna tongkat ekkk...kadang2 aku terpikir jugak apakah mereka-mereka ini telah melakukan kajian yang sepatutnya terhadap pesakit-pesakit sebelum mencadangkan sesuatu bentuk pemulihan dan sebagainya.

Kesukaran memakainya menyebabkan aku malas nak menggunakannya....memang payah beb....lebih-lebih lagi bila dah terkurung dalam umah aja..motivasi pun dah berkurangan...

Monday, March 29, 2010

Wad 7AB..24 hari dan aku bergelar OKU...



260906..selasa
Hari aku dimasukkan ke wad 7AB..Hospital Sultanah Nur Zahirah.



081006..ahad
Hari pembedahan dijalankan..icu..

191006..khamis
Hari aku discaj dari wad..dan setiap hari yang berlalu...

Hari Ni Aku Di Rumah Aku..

Pagi ni lepas nurin pergi tadika rasa bosan plak..biasanya aku bantai tidur le tapi pasal semalam dah tidur awal lepas tengok AF, mata pun keras semacam je. Terpaksa le layan tenet hehehe...alasan.

Oh.. sebelum terlupa nak cerita pasal petang sabtu tu kami bertolak kol 4 lebih dari umah mak, pastu ambik ayah su dan su kat umah han nak tumpang balik ke kertih. Kami pun sembang2 le pasal pengalaman ayah su sekelamin pergi UK kat anak dia, lama tu tak silap aku 4 bulan lebih.

Anak perempuan dia buat Phd kat Imperial College London (pergi sepasang plus satu - si suami kerja dengan CIMB, anak dia nurin jugak nama sama umur dengan anak aku) dah final year tu yang lama ayah su pergi, niatnya nak balik bersama tapi katanya hal anak dia belum settle lagi, so terpaksa la ayah su balik dulu sekelamin. Sebenarnya ini kali kedua diorang pergi, first dulu masa mula2 anak dia sampai sana. (aku ni bila le nak dapat merasa main snow kat london huahuahua...)



Best jugak dengar citer main2 snow pastu pergi jalan2 kat Norway, naik keretapi laju ke Paris, 6 jam naik kereta ke Manchester, Liverpool, North York, Kedai Dato' Jimmy Choo (ambik gambar aje kata dia nak beli tak mampu, satu beg paling murah harga 800 pound hehehe..). Aku tanya gak napa tak beli jersi MU masa pergi stadium MU..45 Pound selai kata dia, mana nak ada duit..haha..best..best..best..citer ayah su ni..citer pasal ikan salamon pun ada..polis London yang strict, cctv kat traffic light, pastu kisah ayah su hantar cucu pergi tadika, yang ni best pasal naik bas free. Di UK orang2 tua 60 tahun ke atas dan pesara dapat free bila naik bas..yang lawaknya ayah su kata pihak sekolah siap nak buat satu kelas bahasa inggeris pada penjaga yang tak pandai speaking..lantaklah ayah su, asal bahagia sudah.



Satu info menarik yang aku dapat dari cerita ayah su ni ialah berkaitan pelajar yang masih dalam pengajian semester (bukan time cuti semester) tidak dibenarkan pergi melancong, maknanya ponteng adalah sesuatu yang sangat di larang..kisahnya mereka sekeluarga disoal pihak imigresen di Paris sedangkan masa tu anak dia belum cuti semester lagi. Nasib baik boleh lepas kata ayah su..teruk le juga kena lecture kata dia..

begitulah lebih kurang kisah percutian ayah su sambil diselang seli dengan cerita kisah pampasan tanah aruah tok yang ada dengan amanah raya sekarang.

(ayah su ni pak sedara bini aku, adik kepada aruah mak mertua aku, diorang 3 beradik je, la ni tinggal dia sorang aje yang masih hidup, sedih aku tengok masa mak mertua aku meninggal, menangis ayah su yalah mana tak nye kakak dia dua beradik meninggal selang 2 minggu)..

Sembang punya sembang kami sampai hampir kul 8 malam. Drop ayah su kat umah dia kami pun balik umah.

Malam tu pas makan nasi ngan lauk kenduri tu, masing2 landing atas toto depan tv layan AF8 plak. Tak sempat abis AF umie ngan nurin dah terbongkang pun, aku maintain lagi pasal nak tengok criminal mind lu sampai pukul 12.30 am. Pastu layan tenet jap, boring plak rasa hari2 bukak menda yang sama je, dah lekat tabiat pulak dah..ishh..ish..ish.. dah tak larat apalagi tidur le..

Pagi Ahad macam biasa la nurin malas nak pergi tadika, ngantuk lah, sakit kaki lah alasan dia..hehehe..tapi umie dia takda bagi can punya, kena la pergi sekolah gak. Aku apalagi sambung tido ler..

Tunggu nurin balik kol 12 lebih, pastu layan borak2, pastu macam biasa la nurin nak tengok cerita upin ipin lah, awan dania lah..layan je lah..



Petang macam biasa umie balik kerja kalau tak OK, KO hehehe...

Cerita seterusnya sambung kat atas hahaha...aku chow dulu nanti nurin balik nak sembang2 anak beranak plak....bye..

Ok lah sampai sini je..sakit pinggang dah nih..

Saturday, March 27, 2010

Hari Ini Aku Di Rumah Mak..



Aku kena tinggal lagi, semua orang pergi kenduri kawin rumah sepupu isteri aku (ngah han). Apa kena mengena ngan tajuk n3 ni. hehe..sebenarnya dah dua hari aku balik umah mak(sebenarnya rumah abah aku yang buat, tapi mak yang dapat nama hehe...biasa le anak2 selalu sebut nama mak dulu kan).



Petang Khamis lepas kerja kami terus chow balik Gong Badak lebih kurang kol 5.15 dari kerteh. Perjalanan lancar je sampai umah mak kol 7.30 pm. Mak abah ada termasuklah adik bongsu aku diana ngan suami serta dirah anaknye umur setahun lebih (adik tinggal ngan mak).

Malam tu nurin (anak aku) suka sangat main dengan dirah sampai lupa nak tido, maklumler jarang2 jumpa. Aku layan pesbok pastu layan tenet skit terus tidur. Tapi aku suka layan tenet pakai broadband kat umah mak ni pasal signal dia bagus, lancar jer. Kalau kat umah aku macam biskut je 3g/hsdpa ni kejap ada kejap takda...

Petang Jumaat Long n the geng datang (anak 4 orang, setahun sorang huahua), laki dia kerja kat offshore. Long aku ni cikgu. Anak sulong pompuan sarah 6 tahun, hazim 5, ah ah 4 (sama umur ngan anak aku) dan haziq 3.

Apalagi geng ni kalau datang atok mesti pening punya (pasal tu atok suka lepak dalam bilik sorang2 layan diri hehehe...agakku org tua mmg mcm tu la kot tensen kalau dengo sora bising2 ni),, hahaha..habis umah macam kapal pecah. Nurin pun tumpang sekali, bukan main suka dia ada geng (maklumler tunggal)..sampai kol 1 tengah malam pun berlari lari lagi.

Tinggal sorang lagi anak sedara aku yang tak datang umaira 11 bulan, umah dia dekat aje tapi abah dia (adik aku) tu kerja malam so siang dia tidur le..lagi siang tadi pergi open interview kat UMT..beribu orang datang kata dia kat tepon..takpa la lain kali boleh jumpa.

Pagi ni budak2 ni sambung lagi pecah kapal, atok membebel kata dah 4 kali mop lantai tapi masih kotor lagi. Nenek macam biasa la cool ngan cucu2 ni kadang2 je naik angin hahaha....

Tengahari ni semua orang semua pergi kenduri. Tinggallah aku sorang2 kat umah ni terkulat2..Long terus balik pas kenduri, aku plak petang karang balik le ke Kerteh....

Lupa plak nak cite, aku ada sorang lagi adik lelaki Lee aka Bob tapi duduk kat genting sempah sana. Bujang lagi masih mencari huahuahua...he's my buddy and my best friend..

Adik beradik semua kawin lambat tapi dia paling lambat ni...hehehe..

Okay lah macam panjang plak N3 ni, patutler rasa penat semacam je..banyak menda nak tulis tapi lain kali lah....

Thursday, March 11, 2010

Bermain main di fikiran

spasm, spasticity, kerusi roda, lightweight, broadband, kejang, facebook, socso, pain killer, ortho, .....

Tuesday, March 9, 2010

Resepi Nasi Ayam Umie..


i love it............

Bahan-Bahan
1. Beras 3 cawan
2. Ayam 1 ekor
3. Bawang merah 2 biji
4. Bawang putih 3 ulas
5. Bawang besar 1 biji
6. Daun pandan sehelai
7. Halia 1 inci
8. Daun sup
9. Tomato 2 biji
10. Salad
11. timun batang
12. Marjerin 2 sudu
13. Stok ayam (4 cawan)
14. Lada besar 1biji
15. Lada kecil 2 biji

Cara Penyediaan:-

Stok Ayam

1.Masukkan 10 cawan air dan rebus ayam sehingga masak.

2.Tos kan ayam dan asingkan 4 cawan air untuk nasi dan lebihan untuk sup.

Ayam

1.Perapkan ayam dengan kicap cair dan goreng. Boleh juga guna kicap pekat tambahkan sedikit air.

Nasi

1.Tumiskan 2 ulas bawang putih(mayang) dan 1 biji bawang besar(mayang), masukkan daun pandan serta halia hingga kekuningan.

2.Masukkan stok ayam dan marjerin, biar sehingga mendidih, kemudian masukkan beras, biar sehingga masak.

Sup

1.Tumis bawang putih 2 ulas, bawang merah 2 ulas dan bawang besar 1 biji(mayang), kemudian masukkan stok ayam, kubis jeruk dan halia 2 inci.

2.Tambah garam dan perisa dan akhirnya daun sup.

Sos

1.Tomato buah sebiji, 1 ulas bawang putih, 1 ulas lada besar,2 ulas cili padi, gula dan garam dan sedikit air. Kisar bahan-bahan tersebut

2.Campur perahan limau nipis/kasturi .

Ulam

1.Timun batang, salad dan tomato..potong ikut suka le..

pastu hidang dan makan...memang best kalau buat sendiri..yang penting kepuasan....

My Signature...dan Nasi Ayam Umie


at last.....usaha tangga kejayaan....my signature

Friday, March 5, 2010

Return To Work (RTW)

Program yang diperkenalkan oleh PERKESO pada 15 Januari 2007 bertujuan memberi rawatan pemulihan yang disedikan secara percuma oleh PERKESO bertujuan membantu orang berinsuran(OB) yang mengalami hilang upaya untuk dipulihkan dengan kadar segera dan dapat kembali bekerja.

Pendekatan yang digunakan ialah konsep pengurusan kes dimana rujukan kes yang bermotivasi akan dikendalikan oleh seorang Pengurus Kes (PK) yang bertindak sebagai pengantara kepada orang berinsuran untuk berurusan dengan doktor yang merawat, majikan, pusat rehabilitasi dan lain2.

Orang yang layak mengikuti program ialah:-

1. Pencarum yang mengalami bencana kerja dan sedang menerima faedah hilang upaya

2. Pencarum yang dirujuk ke Jemaah Doktor bagi menentukan tahap hilang upaya dan disyorkan mengikuti program

3. Pencarum yang memohon ilat yang dirujuk ke Jemaah Doktor dan disahkan tidak ilat tetapi berumur tidak melebihi 50 tahun

4. Pencarum yang disahkan ilat tetapi berumur tidak melebihi 40 tahun dan berminat untuk kembali semula bekerja.

Kenapa nak cerita semua ni? Sebabnya aku juga dirujuk untuk RTW ini, walaupun dah nak masuk 4 tahun aku berkerusi roda. So membantu OB untuk dipulihkan segera tak berapa nak sesuai dengan aku rasanya hua.. hua.. hua..

Hari Rabu 3 Mac 2010 baru ni ada sorang Cik PK (muda lagi) hehehe..datang umah untuk buat interbiu dan penilaian nak tgk samada motivasi ke tak aku ni, so hampir dua jam gak kami borak2 berkaitan RTW ni, jadi kena tunggu lah keputusan dia macamana..sehingga itu setakat ni jelah cerita RTW ni..sampai jumpa lagi..

Jazakallah Khairan Khatira

Semoga Allah memberi kamu kebaikan yang banyak. Sebenarnya ini adalah satu doa yang dilafazkan ke atas orang lain sebagaimana yang diajarkan di dalam Islam. Sememangnya suatu amalan yang mulia mendoakan kebaikan ke atas muslimim dan muslimat yang lain.

Wallahualam.


Sekadar Peringatan

Semalam sempat tengok rancangan forum perdana Di TV1 yang diadakan di UDI, Terengganu. Tajuk perbincangan ialah Hutang. Apa yang aku nak ceritakan di sini ialah berkaitan satu cerita yang dibawa oleh seorang ahli panel yang aku rasa sangat menarik untuk dikongsi iaitu kisah seorang isteri dan jirannya.

Diceritakan kisah sang isteri yang tak mahu kurang daripada jirannya iaitu bila jirannya membeli kereta baru, dia pun nak tambah kereta baru biarpun tak mampu, maka berhutanglah si suami, bila jiran beli tv baru, dia pun nak tambah tv baru, bila jiran beli sofa baru, dia pun nak sofa baru, tapi yang peliknya kata ustaz tu, bila jiran dia tambah isteri baru, dia diam je tak pulak disuruh suami dia tambah isteri baru...hehehe

Berbalik kepada tajuk hutang ni, antara kesimpulannya hutang adalah diharuskan sekiranya mampu untuk membayarnya kembali.

Walaubagaimanapun pada aku, berhutang hanyalah sekiranya benar2 memerlukan dan tidak mampu mendapatkannya secara tunai.

Wallahualam bi shawab.