Friday, February 26, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL 1431H UNTUK SEMUA

teringat aku masa zaman sekolah dulu apabila ustaz bercerita tentang sifat2 keperibadian Rasullullah, iaitu 4 sifat terpuji:-

1.SHIDDIQ - BENAR
2.AMANAH - TERPECAYA
3.TABLIGH - MENYAMPAIKAN
4.FATANAH - PINTAR

Sekadar itu untuk menjadi ikutan kita sehampir daya kudrat manusia biasa bagi mencapai impian menjadi umat nabi Muhammad S.A.W seorang pemimpin Agung. Dilahirkan 12 Rabiul Awal tahun Gajah (570M) untuk memimpin seluruh umat manusia menuju ke jalan yang benar.

Semoga kita semua mendapat pengajaran daripada sifat2 Rasullullah dan mendapat hidayah dari Allah sekelian alam.

AMIN..

Tuesday, February 23, 2010

Cara delete partition/format hard disk guna Windows


Right click my computer, pilih manage, storage, disk management, right click pada volume, dan pilih untuk delete/format disk.

Monday, February 22, 2010

Lirik lagu PAPAKU PULANG..

Papa ku pulang dari kota
Papa ku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah

Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek

Cara nak ' Insert Link' muat turun

Kadang-kadang nak jugak kita buat macam orang lain yang masukkan link2 untuk download dan sebagainya. So cara dia macam ni.

1.Copy dulu link yang berkenaan( link untuk download dsb)

2.Pastu kat pos kita tu, kita highlight kan ayat yang kita nak masukkan link tersebut,

contohnya :-
muat turun di sini, jadi highlight pada ayat sini, tekan insert link pastu masukkan alamat link tersebut dan tekan OK. Dah siap..

Ccleaner


CCleaner is a freeware system optimization, privacy and cleaning tool. It removes unused files from your system - allowing Windows to run faster and freeing up valuable hard disk space. It also cleans traces of your online activities such as your Internet history. Additionally it contains a fully featured registry cleaner. But the best part is that it's fast (normally taking less than a second to run) and contains NO Spyware or Adware! :)

Begitulah yang dicatatkan oleh pengeluar perisian ni. Boleh dikatakan 'all in one', kerja2 pembersihan sistem boleh dilakukan hanya dengan satu perisian aje.

Pada aku yang tak berapa pandai komputer dan tak berapa rajin ni, perisian ni sangat2 berguna bila time nak kosongkan recycle bin tu. Yang lain2 tu aku tak berapa tau sangat hehehe..memandangkan laptop aku belum pernah rasa berat isi dia..huhu..

Sapa2 yang belum cuba boleh le download kat sini

Sunday, February 21, 2010

Huawei usb stick modem celcom broadband

Dua hari lepas masa aku repair laptop anak sedara aku, ada la aku test internet guna stick modem broadband dia (lupa plak aku model ape tp ada no 2xx kat belakang dia la-kat body ada tulis celcom broadband) lebar skit drp k3565z. Aku perasan yang modem tu sangat cepat mengesan signal dan nak surf internet pun macam ok je..nak banding dengan zte vodafone k3565-z aku tu lembab semacam je..

Dulu masa beli salesman kata software zte ni berat sebab tu lambat nak dibanding dengan csl pun cepat je detect signal..tp mungkin la jugak bila aku tukar guna software vmc ni mcm ada perubahan sikit banding dengan zte join air tu..

Banyak sangat modem kat pasaran, sampai tak tau nak pilih yang mana satu..nak tak nak pakai ajelah yang dah beli tu..

ZTE K3565-Z -masalah lagi

Hari tu ok dalam dua tiga hari je lepas tu dia buat hal lagi. ingatkan dah settle rupa2 tak settle jugak.

Kali ni aku cuba gunakan software vodafone mobile connect v 9.4.4.17702 yang dikeluarkan oleh pihak Vodafone sendiri. Dan kesannya sangat baik berbanding software zte. so far so good..setting 3g lebih baik dari zte rasa aku.

Harap2 yang ni dapat selesaikan masalah broadband ni.

Saturday, February 20, 2010

Kesan Signal Pada Speed Broadband

Masa cuti raya china baru2 ni aku balik kampung, so dapatlah test broadband kat sana peh full bar 3g..bukak internet syok je.

Bila balik rumah bar 3g dapat satu je, kadang2 hilang mcm tu je, ada signal high speed tapi 1 bar gak. nak bukak internet kadang2 ok kadang2 ko.

Pada pandangan aku signal ni rupanya peranan dia sgt penting bila nak surf internet. Masa nak beli hari tu salesman tu cakap dapat signal satu bar pun dah ok tp dia tak cakap dapat banyak bar lagi bagus..tapi berdasarkan pengalaman aku dapat signal banyak lagi bagus la..

Tip Menulis Blog

Menulis blog sebenarnya mudah aje ,taip aje apa yang terlintas di hati dan pos. Mudahkan..

Yang payahnya apabila berhajat nak dapatkan pembaca, tentu sekali perlu menghasilkan penulisan yang dapat menarik perhatian ramai contoh penulisan berkaitan IT, Komputer, resepi masakan, politik dan macam2 lagi. Yang pastinya terserah pada niat masing2 tujuan blog dihasilkan.

Dan yang paling penting mestilah rajin mengemaskini dan menghasilkan entry terbaru.. ..hehehe..ni lah rahsia penulisan blog yang sebenarnya..

Dan cara mendapatkan pembaca, ha yang ni kenalah rajin buat promosi kat mana2 aje dalam internet ni, dalam blog kawan2 ke, facebook ke, rajin tinggal komen kat blog org ke (ada org bg tip kalau nk dpt perhatian tinggalkan komen negatif..boleh ker, huhu)..ataupun guna SEO (search engine optimazation), camna nak buat, taip je kat google, boleh pilih yang mana suka. Keberkesanan dia aku pun tak tau.

Rasanya ok dah tu tip2 penting aje ni, kalau nak boleh tulis sampai 100 tip tapi pi mai pi mai tang tu jugak.

tapi aku ni takde lah ikut tip2 ni semua pasal aku malas nak update blog walaupun banyak menda nak ditulis..hehe

Thursday, February 11, 2010

Ultra Surf




Aku ada baca dalam satu blog yang kata boleh guna ultra surf kalau kredit dah habis, tapi aku cuba2 tak pernah plak dapat. Betul ke? Mungkin tak kena cara kot..tapi apa yang aku nak cerita kat sini ialah penggunaan ultra surf untuk membuka lawan web yang di blok oleh penyedia telco, gitulah lebih kurang..so kalau ada laman web yang tak bleh bukak, bolehlah guna ni ..

caranya mudah je..download ultra surf pastu execute je kat windows, pastu bila dah bersambung ke server bolehlah buka internet explorer, tp aku guna firefox so setting sikit la kat ultra surf check box yang tulis do not use IE pastu kat firefox adjust manual proxy:

buka tool - option - advanced - network - setting
kat manual proxy config letak 127.0.0.1 port 9666
pastu click ok.. dan restart firefox...

kegunaan lain dia aku tak tau plak, pasal aku kadang2 je guna ni. Aku cuma nak test untuk internet free jer tapi hampeh..yang free ultra surf ni je , internet tetap kena bayar huhu...

ZTE K3565-Z USB STICK + WINDOWS 7


Alhamdullilah..sejak 6 hari aku pakai windows 7 ni semuanya aku rasa ok kecuali dengan usb modem stick ni (sebelum ni pakai XP..no problem). Masalah dia ialah tiap kali aku nak guna dia akan keluar error "undetect u(sim)". bila tukar simcard lain dia ok plak, puaslah aku bereksperimen dengan menatang alah ni. ingatkan ada masalah dengan celcom broadband cuba masukkan simcard tu dalam handphone laju je internet, tukar balik dalam stick tu tak detect jugak..naik pening lak plak..bila aku baca kat kotak dia rupanya dia support Vista, XP dan Windows 2000 pastu Mac OS..takda la pulak windows 7..banyak kali gak aku install driver tp tak jadi2 gak. nak update driver takda la plak, apa la ZTE ni..nak tak nak cubalah juga cari jalan nak selesaikan, nak guna XP balik malas plak nak install semua..

Entah macamana semalam aku cuba uninstall driver ni skali lg pastu aku delete semua fail zte kat registry dan install semula driver dia dan ..yes aku berjaya...
Alhamdullillah semuanya nampak OK..setakat semalam dan hari ni berjalan dengan lancar..mungkinkah file registry XP masih ada masa aku install windows 7 kerana aku tak format semula masa nak install hari tu. so aku rasa sapa2 yang ada masalah dengan ZTE ni mungkin bleh cuba cara yang aku gunakan, mungkin bleh selesaikan masalah korang semua..

LIRIK LAGU TANGAN AKU


tangan dikepalaku
dipipi dan dibahu
dipinggang disisi
kebelakang sembunyi
ku angkat tinggi
jejariku menari
ku hulur ke depan
tepuk tangan gembira
Alhamdullillahhirabbilalamin

Lagu ni sebenarnya uyen selalu nyanyi kat umoh. Dia belajo kat sekolah tadika dia (Tadika An-Nur)..
Kalau tak nyanyi lagu ni dia akan baca Fatihah (menghafal sebenarnya). selalunya dia lupa starting kena bagitau dulu starting pastu baru boleh baca..Alhamd..

Sunday, February 7, 2010

nok jawab soklan gana boh?


wat is yor name?
my name.. nurin imanina...aboh nok susu..ehehehe...nok tgk upin..

Barang Klasik


Aku ada satu barang klasik tinggalan komputer lama aku. Tinggal ni je yang dapat diselamatkan. yang lain semua dah berkarat sejak aku sakit hari tu..komputer aku tu jenis tower tahun 99 tapi kira ok la masa tu. ada kawan aku sorg tu pakai desktop lg lah klasik tp bleh lg main game fifa 98 hu..hu..aku punya entah jenis ap ntah processor celeron memory sdram kecik pastu aku up skit..hard disk beberapa Gigit je.. tak mcm skrg ratus2 Gb..pakai window 95, pastu 98, pastu win ME, cubaan pakai XP gagal, akhirnya ME jugak hayat dia..sayonara...

Broadband lagi..

nape pakai di handphone laju je, tp sambung di modem zte ni slow nak mampus..pelik2..kena sampuk ker?

Donut Oh..Donut

Bestnye donut ni..aku rasa kalau buat bisnes jual donut segera pun okey ni..nantilah kalau aku dah bleh buat sendiri nt aku nak jual online lah..

Friday, February 5, 2010

Broadband Oh...Broadband


Kenapelah lembab sgt ni..mula2 pakai laju giler..masuk minggu ke-3 je dah start giler...apa daa...

SahabatKU..


terima kasih sahabatku dikala senang dan susah...

KERUSI RODA YG SESUAI


Semenjak aku rajin melayari internet ni, barulah aku tau bahawa pemilihan jenis dan saiz kerusi roda amatlah penting terutama pesakit-pesakit yang mengalami 'paraplegia’ seperti aku. Kerusi roda yang sesuai dapat membantu pesakit menjalani kehidupan yang lebih baik dan mempercepatkan proses penyembuhan mental jugak aku rasa. Kerusi roda yang aku maksudkan adalah dari jenis ‘ultra lightweight rigid wheelchair’ (gambar sebelah) berserta dengan alas kusyen yang sesuai bagi mengelak berlakunya lepuh pada kulit punggung. Ianya ringan dan sangat mudah dikendalikan bersendirian.

Perkara seperti ni memang sangat penting memandangkan golongan marhain seperti aku mana mampu nak upah orang jaga 24 jam, jadi perlulah berdikari. Nak mengharapkan bantuan orang, lama-lama orang akan bosan jugak. Bukan perkara mudah tapi kalau dibantu dengan peralatan bantuan seperti ini aku yakin mampu menjalani kehidupan seperti biasa, Insyaallah. Tapi yang peliknya kenapa doktor yang bertanggungjawab merawat pesakit tidak mengesyorkan peralatan yang sesuai macam kerusi roda ini kepada pesakit untuk tujuan pemulihan. Agaknya mungkin kerana kos yang tinggi jadi jadi takde la nak rekomen kot. Aku rasa patut disediakan seorang pakar Peralatan Pemulihan di Hospital-hospital yang boleh menguruskan hal-hal berkaitan dengan peralatan yang sesuai untuk pesakit-pesakit yang tertentu. Ataupun memang dah ada cuma aku je tak disyorkan untuk berjumpa mereka . Kalau bahagian pemulihan kerja tu, aku pernah la pergi, tapi takde pulak diorang kisah pasal kerusi roda yang aku guna.

Berbalik kepada cerita tadi, kerusi roda yang aku guna sekarang ni adalah dari jenis yang biasa bantuan dari PERKESO (terima kasih le PERKESO) tapi berat dan besar. Dah 3 tahun aku guna walaupun duduk agak selesa tapi dari segi pergerakan agak sukar kerana berat. Pada orang biasa mungkin tidak menjadi masalah tapi orang macam aku memang menghadapi masalah jika berkaitan dengan berat. Habis sakit bahu dan rusuk setiap kali bergerak. Berdasarkan tulisan dalam satu artikel kesihatan, seorang doktor mengatakan pemilihan kerusi roda yang tidak sesuai boleh menyebabkan tulang belakang pesakit menjadi bengkok ‘S’. Malas nak cerita panjang-panjang, Cuma aku harap suatu hari dapatlah aku memiliki kerusi roda yang sesuai untuk kegunaan aku nanti.

*Paraplegia - lumpuh kedua-dua belah kaki dari paras pinggang atau tempat berlakunya kerosakan tulang belakang.