Wednesday, May 26, 2010

Gunung Ledang...1276

(Naza, Amy, Mizu, Wan, Aku, Man - Abg Naim tiada dlm gambar)

Tadi bila belek-belek album lama tertengok plak gambar masa panjat Gunung Ledang ni. Banyak jugak yang boleh dipelajari bila buat aktiviti-aktiviti macam ni lebih-lebih lagi bila berkumpulan. Macam-macam hal berlaku sampai bertekak bergaduh pun ada walaupun 3 hari je berkemah. Tapi semua tu kisah lama, hari ni aku nak cerita sikit kenangan terindah pasal pengembaraan team Bisa 97' - 99' (UitM Shah Alam).

(puncak gunung - kecik aje tempat dia)

Kisah ni bermula hujung tahun 1997 apabila abang Naim yang bagi idea untuk panjat gunung ni untuk tujuan riadah, mula-mula ramai yang nak ikut last-last time nak pergi cuma 7 orang je ready. Termasuk abang Naim, aku, Amy, Naza, Mizu, Wan dan Man. Dalam tujuh orang ni, abang Naim dengan Amy je yang pernah naik gunung ni, yang lain pernah panjat tangga kelas je.

Dari Shah Alam kami bertolak kerumah abang Naim di Johor Bahru. Malam tu tidur rumah abang Naim. Abang Naim ni dulu ada team yang organise aktiviti panjat memanjat ni kat Johor, so malam tu penuhlah rumah abang Naim dengan member-member dia yang datang raikan kami sambil bawak beg, khemah dan segala macam peralatan berkemah untuk dipinjamkan kepada kami yang daif dan naif ni. Masa tu bangga pun ada macam nak bawak misi panjat Everest plak rasa.

Teringat lagi kisah beg masing-masing ditimbang supaya sama-rata, rasanya 20 liter sorang kot, tujuannya untuk mengelak perasaan dengki. Masa tu kami tak faham pun cuma angguk je. Satu lagi tips yang aku ingat bila isi barang dalam beg ialah barang berat kat atas, yang ringan kat bawah. Tujuannya untuk menegakkan tubuh kita, gitulah lebih kurang maksud dia...hehe..dan beban pun terasa lebih ringan.

Besok-besok pagi kami bertolak ke Gunung Ledang melalui Sagil. Ada dua jalan nak panjat gunung ni satu melalui Asahan, Melaka (yang ni trek mudah kata Abang Naim) dan satu lagi melalui laluan yang mencabar iaitu Sagil.

(bonsai)

Lepas mendaftar di pejabat 'Ranger' dan dikenakan sedikit bayaran, kami pun mula mendaki rasanya dalam pukul 10 pagi. Difahamkan kebiasaan orang mendaki dalam 5 jam tapi kami sampai ke puncak dalam 11 jam hahaha...maklumlah pancit. Masa sampai puncak tu hari dah gelap, nak turun ke Bukit Botak (tempat terakhir ada air/campsite) pun dah tak berani jadi kami terus pasang khemah, bawah sikit pada puncak gunung. Kat puncak tak dibenarkan pasang khemah pasal bahaya kilat dan sebagainya. Lagipun angin tersangatlah kuatnya.

(bawah puncak gunung - lepas naik matahari)

Masa pasang khemah pun terpaksa dua orang masuk kedalam untuk mengelakkan khemah terbang. Kami pasang dua khemah (khemah 2 orang) dan tidur berhimpit-himpit. Mungkin masing-masing dah terlampau penat jadi kami semua pun tidur tanpa makan pun malam tu.

Pagi besok kami pun bertolak turun ke Kolam Puteri dan bermalam disitu. Lusanya kami turun ke bawah dan selesailah tugas kami membawa cabaran mendaki Gunung Ledang yang setinggi 1276 meter tu...

Gitulah serba sedikit kenangan terindah yang aku ingat, yang tak berapa indah banyak jugak macam bergaduh hal kecik-kecik, maklumlah masing-masing penat. Yang mistik pun ada macam Man yang terserempak orang kenit melintas. Yang lain-lain tu macam kisah-kisah pendaki lain gak lah. Yang pasti bila turun beg ringan tapi bawak sampah da....

(2nd time naik 1999 -tidur atas batu..hehe)

p/s: kali kedua aku panjat lagi tapi sekerat jalan je, time ni berlima..hehehe ( 1999).

Monday, May 17, 2010

Cara Buka Keyboard Acer TravelMate 2413



Kisahnya laptop ni ada masalah dengan bunyi beep berpanjangan masa nak boot os windows tapi sangkut kat logo Acer tak bergerak-gerak. Bila tekan "enter" masuk ke option dan pilih 'normal windows' baru lepas masuk sistem.

Jadi aku pun macam biasa berlagak terrer godek sana godek sini dan akhirnya jumpalah punca dia, rupa-rupanya keyboard rosak. Bawah ni aku tunjuk cara nak tanggalkan keyboard tu, guna screwdriver kecik yang rata untuk kerja-kerja remeh tapi menyesakkan nih (kena hati-hati pasal klip dia plastik je).
1. Apa-apa hal buang bateri dulu kemudian buka klip lcd kat belakang tu.

2. Buka semua skru kat bawah laptop tu supaya body dia longgar.


3. Cungkil panel plastik dengan hati-hati sampai terbuka semua klip dan tanggalkan.

4. Buka skru keyboard untuk tanggalkan (ada satu skru) dan siap.

Kalau nak tahu pasal beep codes boleh tengok SINI

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru aku ucapkan pada semua guru-guru yang telah bertungkus lumus mendidik anak-anak bangsa menjadi manusia berjaya dan berguna di muka bumi Allah ini. 

Ucapan ini juga aku tujukan pada abah selaku guru  pencen, long dan aku sendiri yang pernah jadi guru ganti (pada cikgu yang nak melahirkan anak) hehe...

Kalau dikira mungkin aku insan paling ramai cikgu sebab aku bersekolah di 4 buah sekolah rendah, 3 sekolah menengah dan 2 ipta, tapi tu ler belajar malas, result cukup-cukup makan je..

Ingatan pada kenangan waktu sekolah pun tak banyak mana pasal asyik tukar sekolah je tapi masa sekolah rendah aku ingat suka lepak library baca buku penyiasatan Hardy Boy tak silap aku, kena berdiri atas meja dan main sukan. Sukan plak semua sukan aku main.

Bila sekolah menengah main sukan gak yang aku ingat macam main bolasepak, bola baling, takraw, hoki tapi olahraga aku tak minat. Bola jaring kadang-kadang main gak huahuahua...entah sapa la suruh berlatih main bola jaring ni...

Kat UTM ngan UiTM(masa masuk ITM, bila gred UiTM) yang aku ingat tiap-tiap semester mesti ada lawatan hahaha...pastu siap kena ugut lagi kalau tak siap assignment on time tak boleh ikut trip...

Tapi itulah setiap cerita membawa kenangan bersama insan-insan yang telah mendidik kita dengan penuh keiklasan..

Tadi sempat pergi beli hadiah untuk cikgu sekolah Nurin, beria-ria dia nak belikan hadiah untuk cikgu. "Nanti hari guru semua murid-murid pakai pakaian biasa" kata Nurin. "Abah, nanti hari guru Yen jadi ketam.." "hah, jadi ketam" kata aku. "Abah, kenapa Yen kena jadi ketam" tanya Nurin. emmmmmm kenapa ek. "besok je lah tanya cikgu"..jawab aku.


Saturday, May 8, 2010

Tiga Dalam HatiKu...Selamat Hari Ibu

Bahagian I...



Untuk ibuku Siti Hajar Abu Bakar, ku titipkan ucapan terima kasih atas segalanya, mohon ampunkan segala dosa serta halalkan makan dan minum. Tidak dapat ku membalasnya sekadar doa yang dapat kupanjatkan setiap kali solatku moga Allah mengampunkan dosa kedua ibubapaku.

Nurin menangis-nangis bila bangun tidur pagi tadi, perkataan pertama yang keluar daripada mulutnya " Abah, mana Ummi?". Setiap kali bangun tidur dan Ummi tiada disisi, itulah soalan yang ditanya. Dan aku pasti kalau di tanya pada siapa-siapa pun, jawapannya Ibu adalah segala-galanya.

Samalah dengan aku, Emak sentiasa bertahta di hatiku. Mana mungkin dapat melupakan jasa emak yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang (hehe..pernah gak kena rotan masa kecik-kecik dulu pasal isap rokok gulung kertas suratkhabo) dari kecik sampailah ke tua ni pun, kasih sayangnya tidak pernah pudar. Mana mungkin melupakan emak yang membasuh punggungku daripada kecik sampailah masa sakitku. Mana mungkin melupakan emak yang menjaga makan-minumku dari kecik sampailah masa sakitku.

Tidak mungkin aku melupakan.....

Aku sayangkan Mak.....


Bahagian II...



Untuk isteriku Mariati Musa, terima kasih atas segalanya. Perkongsian ini sungguh bermakna walau dilanda badai bergelora, Ummi masih tetap di sini mengharungi arus menggila. Pastinya setiap hari yang dilalui sungguh bermakna.

Mana mungkin dapat melupakan saat-saat kasih sayangmu, bahagiamu, marahmu, sedihmu, kecewamu dan rasa gembiramu.

Tidak mungkin aku melupakan......

Aku sayang Ummi...


Bahagian III



Untuk anakku Nurin Imanina...belum cukup umur lagi hehehe....

Abah sayang Adik....


Bahagian IV

Untuk Ibu, Ummi, Nurin dan juga Allahyarhamah Ibu mertuaku...

Ku panjatkan doa kepadaNya semoga kekasih-kekasihku ini diampunkan dosa-dosa mereka, diberkati hidup dan dimurahkan rezeki.

Amin.





Friday, May 7, 2010

Aku Dengan Rakusnya...

Aku dengan pantasnya ke dapur tengok apa-apa yang patut boleh makan , maklumlah pagi ni takda breakfast. Biasalah hari cuti, mem nak rehat.

(sayur nangka + kerabu nangka+ayam pencen+nasi+air mangga)

Sekali tengok atas meja ada sayur nangka (kakak ipar kasi), pastu Ummi buatkan kerabu nangka dan ayam pencen masak merah.  Apa lagi aku dengan gaya tak sabar dan perut yang bergelora terus santap segala yang ada. Punyalah kenyang hari ni, biasa-biasa makan ala kadar aje, tapi yang ni special sikit., sebab lauk ni orang malas nak buat..oh..yang kuning tu air mangga sunquick..

*p/s- malam ni aku makan lagi lauk ni..hehehe..


Wednesday, May 5, 2010

Pampes Oh Pampes...

Apasal citer pasal pampes plak ni, dah takda menda nak tulis dah. Entahlah tadi teringat plak kisah aku masa baru-baru lepas operation dulu, entah berapa banyak pampes yang aku guna hari-hari. Nasib baiklah ada hamba-hamba Allah yang sudi menderma dan menghadiahkan bantuan kewangan masa tu, takdalah terbeban sangat.

Kalau nak tahu, kos lampin dewasa ni sangatlah mahalnya berbanding budak-budak punya. Dulu harga sebungkus pampes ni lebih kurang RM20 bergantung pada jenis. Dalamnya ada 10 keping dan biasanya satu hari pakai 3-4 keping pasal aku dulu tak pakai catheter lepas discaj wad tu (sebab apa aku lupa dah, tapi dalam wad ada pakai).

Selalunya time tidur malam yang selalu salin pampes ni pasal bila tidur memang tak sedar kalau nak kencing/terkencing ni. Lagi satu dia punya power tak sama macam budak-budak punya, sekali kencing dah kena salin...kalau tidak banjir le jawabnya tilam. Dan aku dulu adik aku Lee yang uruskan semuanya daripada mandi, berak, kencing, segala-galanya lah. Thank Bro, moga Allah murahkan rezeki ko..

Tapi sekarang aku dah kurang guna pampes pasal dah boleh guna wheelchair sendiri. Berak kencing pun dah macam jam loceng ada masa-masa dia . Urusan pun semuanya dalam tandas. Lagipun duduk rumah sendiri tak kisah sangat kalau terbuang kat mana-mana, orang putih kata 'sometimes accident happen' hehe... "nak muntah, Ummi" kata Nurin..haha...tapi kalau datang cirit-birit, memang tak cukup stok la jawabnya...

Ok lah lain kali cerita lagi.





Al-Fatihah Untuk AlMarhum Saudara Hisham..



Walau tidak mengenalinya namun hati tetap bergetar dan terasa sayu bila mendengar berita kematian seorang sahabat blogger bernama Beostanual Hisham Sheikh Othman dalam satu kemalangan jalanraya jam 3 petang 4 May 2010.

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali...dan sesungguhnya perkara Mati itu adalah Benar belaka.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Ameen.

*seorang teman rapat Arwah bercerita, baca kawie2020

Sunday, May 2, 2010

Aku Dan Diabetis a.k.a. Kencing Manis


Alhamdullillah pemeriksaan terkini pada April 2010 menunjukkan bacaan paras gula aku dah menurun sepanjang sembilan bulan ni daripada 13.9 mmol/l ke 8.4 mmol/l. Bacaan tekanan darah pula daripada 150/82 kini 113/79.

Okeylah tu, kalau nak turun keparas normal memang agak mustahil pada aku. Nak kena diet gila-gila kata orang pastu senaman kena maintain..hehe..aku setakat senaman atas katil buleh le.

Cuma bacaan HbA1c masih tinggi 10.2 %, misi kata kena turun sampai 6 % baru ok. Bacaan ni dikatakan bacaan yang tepat kerana ia mengira keadaan darah kita sepanjang 6 bulan kebelakang dan diambil 6 bulan sekali (aku punya nanti bulan Jun).

Ubat yang aku ambil sekarang ni pun dah kira dos maksimun pun, metformin dan glibenclamide dah jadi sebahagian hidup aku. Kalau ikutkan klinik diabetis, diorang nak suruh aku cucuk insulin dah tapi nasib baik paras gula aku dah turun, jadi aku sambung terus dengan dos yang sedia ada ni.


Sapa-sapa yang nak tahu pasal kencing manis ni bolehlah tengok kat sini kot, manalah tahu ada perubahan-perubahan yang kita rasa agak pelik berlaku pada diri kita macam dahaga keterlaluan (kering tekak), kencing acap terutama pada waktu malam dan luka yang lambat sembuh pada bahagian kaki.

Wassalam..


Saturday, May 1, 2010

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2010

Selamat Hari Pekerja bagi yang bekerja semoga anda semua terus berjaya dalam kerjaya dan membina sebuah negara yang aman dan damai.

Ameen