Saturday, May 8, 2010

Tiga Dalam HatiKu...Selamat Hari Ibu

Bahagian I...



Untuk ibuku Siti Hajar Abu Bakar, ku titipkan ucapan terima kasih atas segalanya, mohon ampunkan segala dosa serta halalkan makan dan minum. Tidak dapat ku membalasnya sekadar doa yang dapat kupanjatkan setiap kali solatku moga Allah mengampunkan dosa kedua ibubapaku.

Nurin menangis-nangis bila bangun tidur pagi tadi, perkataan pertama yang keluar daripada mulutnya " Abah, mana Ummi?". Setiap kali bangun tidur dan Ummi tiada disisi, itulah soalan yang ditanya. Dan aku pasti kalau di tanya pada siapa-siapa pun, jawapannya Ibu adalah segala-galanya.

Samalah dengan aku, Emak sentiasa bertahta di hatiku. Mana mungkin dapat melupakan jasa emak yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang (hehe..pernah gak kena rotan masa kecik-kecik dulu pasal isap rokok gulung kertas suratkhabo) dari kecik sampailah ke tua ni pun, kasih sayangnya tidak pernah pudar. Mana mungkin melupakan emak yang membasuh punggungku daripada kecik sampailah masa sakitku. Mana mungkin melupakan emak yang menjaga makan-minumku dari kecik sampailah masa sakitku.

Tidak mungkin aku melupakan.....

Aku sayangkan Mak.....


Bahagian II...



Untuk isteriku Mariati Musa, terima kasih atas segalanya. Perkongsian ini sungguh bermakna walau dilanda badai bergelora, Ummi masih tetap di sini mengharungi arus menggila. Pastinya setiap hari yang dilalui sungguh bermakna.

Mana mungkin dapat melupakan saat-saat kasih sayangmu, bahagiamu, marahmu, sedihmu, kecewamu dan rasa gembiramu.

Tidak mungkin aku melupakan......

Aku sayang Ummi...


Bahagian III



Untuk anakku Nurin Imanina...belum cukup umur lagi hehehe....

Abah sayang Adik....


Bahagian IV

Untuk Ibu, Ummi, Nurin dan juga Allahyarhamah Ibu mertuaku...

Ku panjatkan doa kepadaNya semoga kekasih-kekasihku ini diampunkan dosa-dosa mereka, diberkati hidup dan dimurahkan rezeki.

Amin.





25 comments:

  1. Selamat hari ibu untuk ibu-ibu itu...moga menjadi ibu yang dikasihi anak-anak sehingga bila-bila pun...


    ...kerana hanya anak yang kasih, yang akan mendoakan ibunya...dan hanya doa itulah yang menjadi bekal hingga ke alam sana...

    ReplyDelete
  2. awhh... surrounded by great people :)

    ReplyDelete
  3. selamat hari ibu ...
    nurin mesti teruja. :)


    >>___<<

    ReplyDelete
  4. Salam aroL..

    Selamat Hari Ibu..

    ReplyDelete
  5. slmt hr ibu buat kedua wanita yg amat berjiwa besar dan begitu berharga.. pengorbanan mrk tdk akan di lupakan..

    ReplyDelete
  6. @xiiinam

    Selamat Hari Ibu untuk cikgu juga..

    ReplyDelete
  7. @relevan

    selamat hari ibu untuk semua ibu yang menjaga anak, yang buang anak tak kira..

    ReplyDelete
  8. @maiyah

    Untuk Maiyah juga..Happy Mother's Day..and be happy :-)

    ReplyDelete
  9. salam hazrul..
    betul menyentuh hati saya
    selamat hari ibu buat wanita pujaan
    anda semua..

    ReplyDelete
  10. salam ziarah,
    mereka adalah insan2 yg hebat. kita doakan keredhaan, keberkatan & kesejahteraan mereka dunia akhirat. amin.

    smoga sahabat tabah dan ceria selalu!

    ReplyDelete
  11. Untuk semua wanita hebat ini - semoaga dipeliharaNya dari segala kerumitan dan kesusahan...

    ReplyDelete
  12. salam arol

    semoga berbahagia dgn keluarga tercinta hingga ke akhirnya

    ReplyDelete
  13. @piewahid

    Tiada yang sehebat wanita bergelar ibu..terima kasih bro piewahid

    ReplyDelete
  14. kembali dtg ziarah sahabat.
    moga sihat & ceria slalu :)

    ReplyDelete
  15. sungguh bertuah memiliki tiga dalam hati mu...sayangilah mereka sepenuh hatimu

    ReplyDelete