Saturday, June 30, 2012

TP-Link Modem Router TD-W8901G

Masa modem aku rosak hari tu, aku ada beli satu modem router jenama Tp-Link ni harga dalam RM95 kat area Dungun. Kalau jenama D-Link yang macam TM supply tu harga dalam RM105.

Dari segi prestasi aku rasa sama je hehe pasal speed tu bergantung pada pakej yang kita langgan kan, jadinya pilih je yang murah dan sesuai dengan keperluan.

Nak setting pun senang cuma masukkan CD dan ikut arahan dah siap.

Ni untuk yang pakej yang dah tamat tempoh je, kalau masih dalam waranti mintak aje ngan TM hehe..Sekian.

Thursday, May 17, 2012

Modem Rosak..D-Link DSL-2640B..100..Teknisen

Fakta:

31 April 2012 - Modem tak boleh 'ON'-button 'on/off'' tidak berfungsi/semua lampu tidak bernyala (kemungkinan besar akibat hujan/kilat malam tu walaupun peralatan lain seperti PC, telefon dan peralatan eletrik lain OK).

1 Mei 2012 - Buat laporan pada 100 berkaitan kerosakan modem. Maklumat diberi lengkap dan jelas.

2 Mei 2012 - Terima panggilan dari TM Follow-Up bertanyakan sama ada sambungan intenet telah OK atau tidak. Penjelasan telah diberi berkaitan kerosakan sebenar (Modem bukannya sambungan). Pihak TM akan memaklumkan semula pada bahagian teknikal.

3 Mei 2012 - 100 lagi memandangkan tiada respon dari pihak TM (teknikal). Alasan terdapat kerosakan kabel dikawasan tersebut jadi perlu tunggu siap pembaikan kabel iaitu besok (4 Mei 2012) sebelum modem dapat ditukar sedangkan pada 1 Mei 2012 pembaikan kabel telah pun siap dijalankan.

7 Mei 2012 - 100 lagi memandangkan tiada wakil TM datang untuk pemeriksaan/penukaran modem. Dimaklumkan bahawa laporan telah ditutup (bermaksud kerja sudah siap dijalankan). Apabila diminta penjelasan katanya laporan akan ditutup secara automatik sekiranya pihak teknikal memaklumkan kerja telah siap dijalankan sedangkan sebelum ini pihak TM follow-up akan menelefon pelanggan dahulu bertanyakan status laporan yang dibuat sebelum tindakan menutup laporan dilakukan.
Memandangkan laporan tersebut telah ditutup satu laporan baru telah dikeluarkan bersandarkan maklumat asal laporan tersebut iaitu kerosakan modem (semua lampu tidak menyala).

8 Mei 2012 - 100 lagi. Alasan kali ini laporan dibuat sebelum ini tidak lengkap katanya sebab tu teknisen tak dapat proceed..ada ke jawapan macam tu..macamana plak laporan tak lengkap padahal semalam beria-ia bertanyakan kerosakan apa, modem jenama apa, pakai window apa bla..bla..bla..last2 hari ni kata borang maklumat kosong..huh..jadi lagi sekali menjawap pertanyaan rutin pihak 100..

 Dan hari-hari seterusnya aku menelepon 100 bertanyakan status laporan dan dimaklumkan akan di "remark" supaya tindakan segera dari pihak teknikal.

Selain itu pernah sekali pergi ke kedai TM di Dungun bertanyakan masalah ini dan diminta ke ibusawat TM di Kerteh untuk membuat penukaran modem walaubagaimanapun waktu pergi tengahari tu tiada orang dan difahamkan oleh pengawal bahawa teknisen telah keluar (kerja)/hanya ada satu pekerja untuk satu kawasan ie Kerteh.

Pernah dua kali bercakap dengan pegawai waktu menelepon 100 dan dimaklumkan pihak beliau akan cuba mendapatkan maklumbalas secepat mungkin dari pihak teknikal berkaitan kelewatan tersebut tapi tak pernah dapat jawapan plak lepas tu.

Dan akhirnya....

15 Mei 2012 - lebih kurang 10 pagi barulah ada teknisen TM Kemasik yang menelepon untuk datang kerumah (waktu tengahari katanya), dan katanya beliau back-up je kerana wakil TM Kerteh terlampau sibuk katanya..tunggu punya tunggu pukul 6 lebih baru datang dan rasanya kerja yang dilakukan lebih kurang 20 minit je; cek modem, konpem rosak, tukar baru, setting dah Ok. Dari perbualan aku dan teknisen ni katanya laporan telah diterima pada 8 Mei 2012 cumanya terlampau ramai orang yang mengalami kerosakan modem..huhu..tu yang jadi lambat tu..so dia akan datang sebagai back-up bila ada permintaan dari pihak teknisen lain.

Aku boleh terima alasan dia lambat memandangkan katanya ramai orang yang mengalami kerosakan modem. Cumanya aku tertanya-tanya mengapa teknisen TM Kerteh ini tidak mengambil tindakan sewajarnya sekiranya tidak mampu menangani masalah di kawasan beliau secepat mungkin dan yang aku paling ralat kenapa beliau tak tengok betul-betul laporan aku pada 1 Mei tersebut. Andainya aku jenis yang malas bertanyakan pihak 100 sampai ke sudah aku tak tau status laporan aku dah ditutup tanpa ada tindakan sewajarnya dari pihak TM.  

Aku tak tau sapa yang nak disalahkan dalam hal ni tapi aku rasa pihak TM perlu mempertimbangkan menambah sekurang-kurangnya seorang lagi pekerja di kawasan Kerteh ni (kawasan lain aku tak tau ..hehe..) memandangkan tempoh seminggu yang diambil untuk penukaran modem adalah tersangat-sangat lama dan sepatutnya rebet diberi secara automatik untuk tempoh modem tersebut tidak boleh digunakan bukannya dengan pelanggan meminta rebet (untuk kes yang masih ada kontrak dengan TM).

p/s: 12 Mei 2012 - aku dah beli modem lain jenama TP-Link sebagai penyelesaian segera.





Sunday, April 29, 2012

Bengkel PSPT 2012 - Tok Bali - 24 hingga 26 April

sweet beach resort-tok bali, pasir putih, kelantan

bilik kami..
dewan-kena lalu kerb..

senaman pagi


peserta spinal depan sekali, belakang sekali peserta lelaki

cam besa peserta perempuan (normal) ditengah
en. abas dan ku

pok wan..

fakru dan en. mat baya

mizan pagar besi

aku, najib, cikgu rosdi dan en. mat baya

aku, ku ghazali, ila dan ika
dapat sijil kosong je hehe...

Sunday, March 25, 2012

My Quickie..Dah Setahun Pun.

Alhamdullillah dah setahun pun aku pakai wheelchair ni, segala-galanya masih berfungsi dengan baik kecuali bearing caster yang dah bertukar baru 2, 3 kali, serta footrest yang pecah (dah di gam).

Terakhir ni tayar yang dah menampakkan keretakan membuktikan penggunaan yang maksimun telah berlaku hehehe...

Thank to SOCSO for nice wheelchair.
my quickie neon-all adjustable

Saturday, March 17, 2012

Tayar Kerusi Roda 25 - 540 24x1






Tak pasti berapa lama lagi boleh bertahan ni...saiz tayar 25mm x 540mm (1" lebar x 24" diameter). Dengar cerita harga sepasang tayar ni boleh tahan jugak...emm...

Gambar bawah takda kena mengena dengan ini cerita...


Wednesday, March 14, 2012

Sepupu Sepapat

Apa yang paling menggembirakan bila zaman cuti sekolah dulu-dulu ialah bila dapat balik kampung, sungguh meriah rasanya. Saudara mara kebanyakannya akan berkumpul di rumah aruah Atok dan aruah Wan di Janda Baik. Itu kisah dulu-dulu.

Sekarang ni kebanyakan sepupu sepapat semuanya dah berkeluarga jadi masing-masing akan berkumpul dirumah mak bapak masing-masing membawa anak ataupun pergi bercuti Malaysia ke mana-mana.

Tapi bagi aku sama aje cuti sekolah ke cuti apa-apa pun tetap aje kat rumah tak kemana-mana. Hanya berlegar-legar dalam rumah je. Entah sampai bila pun aku tak tau.

Kesian jugak aku kat Nurin, cuti sekolah tak pernah merasa berjalan-jalan, sekadar bemain-main dirumah sorang diri. Semalam sepupu-sepupunya ada datang singgah dalam perjalanan balik ke KT dari Bentong. Aku pasti perasaan yang sama dapat dirasai oleh Nurin apabila dapat berkumpul bersama-sama, dapat bermain sehingga lupa makan..alangkah indahnya... 

Saturday, March 10, 2012

Persatuan Spinal Pantai Timur (PSPT)

Minggu lepas (3hb Mac 2012) aku menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Kali Ke-3 Persatuan Spinal Pantai Timur. Ini kali kedua aku aku datang mesyuarat, tahun kedua aku berpersatuan dan tahun ke lima aku berOKU.

Jujurnya berkumpul sesama 'sejenis' hehehe...maksud aku geng2 OKU spinal sangat bermakna buat aku kerana di sini aku dapat sedikit sebanyak pengetahuan dan pengalaman hidup masing-masing sepanjang bergelar OKU.
orang kuat PSPT

"Namun kehadiran pada kali ini sangat mendukacitakan" kata bendahari, hanya 16 orang daripada 44 orang ahli..hehe..betul lah tu tapi mungkin ada masalah yang tak dapat dielakkan. Yang penting mesyuarat dijalankan dengan sempurna dan kalau boleh jangan culas bayar yuran udahler..

antara ahli yang hadir

Bagi aku tak kisahlah berapa orang datang pun janji dapat berkongsi pengalaman dah cukup bagus dah. Tak guna kalau ramaipun tapi tak sudi berkongsi cerita. Apa-apa pun aku enjoy dapat join persatuan ni.

Tak lupa juga persatuan ni pun ada 'support group' dia terdiri dari kakitangan hospital dan juga ahli keluarga.

p/s: harap2 kalau ada kursus apa-apa lepas ni diorang tak lupa jemput aku skali..hehe..

Tuesday, February 28, 2012

Ikan Kerapu Masak Stim

masih dalam pembikinan




Semalam aku cuba buat ikan kerapu masak stim ni, sempoi je makan berdua dengan Nurin (umminya tak makan sebab diet malam, hahaha) tapi rasa cam tak puas sebab buat sekor je... so petang ni kalau rajin aku nak cuba buat lagi 3 ekor hehe...

Aku punya resepi mudah je. Mayang seulas bawang putih, sebiji bawang besar, halia seinci, serai 2 batang, Pastu sapukan ikan kerapu dengan garam halus sikit dan gaul dengan bahan-bahan yang dimayang tadi. Masukkan cili padi, sos tiram dan air setengan cawan pastu kukus lebih kurang 20 minit siap hehehe..kalau nak masam boleh perahkan asam limau sikit.. jadilah Ikan Kerapu Masak Stim sempoi hahaha..

Saturday, January 7, 2012

Pakej Streamyx Untuk OKU

Kalau kawan-kawan OKU berminat bolehlah layari laman web Streamyx ni. Untuk Unifi tak tau la plak ada ke tak untuk OKU..

Prosedur dia macam biasalah kena ada talian telepon, kalau tak kena mohon dulu talian dan tunggulah sampai dapat hehe (kena masuk waiting list dulu), ..kalau aku punya kes, aku mohon talian telepon bersama-sama permohonan streamyx, 4 bulan baru dapat alasan tiada kekosongan. Jadi aku kena tunggu sampai ada pelanggan lain kena potong atau memotong talian.

Dah ada talian telepon diorang akan telepon semula untuk pastikan sama ada nak teruskan pemasangan streamyx atau tak, pastu dalam seminggu barulah diorang datang pasang (tu pun bergantung pada kekosongan port).

Ok, untuk telepon pun ada pakej OKU ni, sewa bulanan tak kena bayar cuma RM1 untuk caj bulanan dan caj biasa untuk panggilan. Deposit RM75 dikenakan semasa permohonan dan dapat satu set telepon (bateri kena beli sendiri hehe). 'Wiring' telepon kena bayar pada kontraktor sebanyak RM50.

Untuk streamyx plak tiada bayaran dikenakan semasa pemasangan tapi bil bulan pertama kena bayar RM100 untuk yuran tahunan dan bil bulanan RM66 (ikut speed, aku punya 1.0 Mbps).

Lupa plak ada caj perkhidmatan 6% untuk telepon.

Alhamdullillah dah beberapa bulan guna pakej ni nampaknya semua ok (dari segi speed), cuma makin malas nak update blog sebab terlampau banyak benda nak baca hehe...

Ok lah kalau ada kawan-kawan berminat boleh lah pergi ke Kedai TM atau hantar wakil pun boleh, syarat dia bawak salinan IC dan Salinan Kad OKU (JKM), kalau takda kad OKU pergi mohon kad OKU dulu, ada banyak kelebihan dia sedikit sebanyak membantu kita golongan OKU.....

Sunday, January 1, 2012

2012

Semoga tahun ini terus mendatangkan kerahmatan kepada kami sekeluarga...