Entri ni sekadar menjawab pertanyaan sahabat anom yang bertanyakan software link untuk modem ZTE 3565-Z yang aku guna sekarang ni. Software Vodafone mobile broadband boleh download kat SINI.
Kalau nak link untuk Joint Air aku takda la. Aku pun dah puas cari tapi tak jumpa2 jugak, so setakat ni jelah aku boleh tolong...
Showing posts with label broadband. Show all posts
Showing posts with label broadband. Show all posts
Tuesday, March 1, 2011
Friday, September 3, 2010
ZTE 3565-Z Lagi..Design Fault Atau Aku Yang Ganas...
Kisahnya dah lama ni akhir bulan Jun hari tu, tengah aku syok2 layan tenet tiba-tiba je line putus. Bukannya tak biasa dengan masalah cam ni, kat rumah aku signal 3G satu bar je (cukup-cukup makan), so faham-faham ajalah. Tapi kali ni terus hilang tak timbul-timbul dah, yang keluar cuma warning kata "not found".
Puas menggodek begitu begini, sekali aku tengok sim kad macam dah menggelembung kat sebelah atas tu, dah agak dah mesti kad rosak ni, takkan broadband kot?. Sebabnya bila test kat henpon pun tak jalan jugak.
So pagi-pagi besok terus call celcom service tanya, konpem sim rosak, jadinya kena tukar baru, caj RM5 . Katanya kena tukar kat Kedai Celcom sebab pakej yang aku guna tu pakej gomen. Pasal Kedai Celcom jauh di Kemaman dan bini aku malas nak ambik cuti terpaksalah hantar kat kedai henpon kat Paka je, budak kedai tu kata 4 - 5 hari baru siap pasal bla..bla..bla..(ini bini aku citer le), aku cakap kat bini aku takkan takleh aktifkan segera kad ganti pasal sim kad baru boleh ambik (sim kad lama diorang tak ambik pun) kat kedai tu je walaupun rasa cam tak puashati je tapi nak buat macam mana orang dah malas, ikut je lah. Lagipun sim kad tu nama bini aku hehehe...
Besok petang bila aku test sim kad baru sekali dah aktif dah, hah cepat plak buat kerja...macam-macam kerenah orang.
Tapi citer sebenar dia bukan pasal sim kad hehe tapi pasal broadband ZTE ni, adakah broadband ZTE 3565-Z ni mempunyai masalah dalam design dia menyebabkan kepanasan melampau kepada sim kad?? Orang lain ada kena tak ker aku sorang je kena...?
Tapi sekarang broadband tu aku simpan je pasal aku dah pakai wifi streamyx hehehe tumpang jiran sebelah merangkap kakak ipar aku punya huahuahua....
Labels:
broadband
Monday, April 19, 2010
Maxis Broadband 1.5 Gb...Speed ker????

(sumber)
Petang tadi bila isteri aku tepon bagitau kawan dia tanya pasal maxis broadband 1.5 Gb, terkejut berok gak aku. Aku cakap ler mana ada broadband speed sampai Gb2 ni. Setau aku Mb2 je (aku ni kiranya pakar penasihat teknologi la pada bini aku, pasal tahap kecanggihan dia lebih skit pada nurin jer pasal teknologi canggih manggeh ni, hehe...).
"Murah lah Bah" kata isteri aku "RM48 je sebulan tapi time promosi ni bayar RM18 jer bulanan". Katanya ada iklan dalam tv. Memang aku pernah tengok iklan tu tapi tak perasan plak pasal 1.5 Gb.
Aku cakap ler kita punya pakej Celcom broadband yang paling murah (pakej gomen RM50, dulu pun aku rekomen kawan dia beli ni tapi taknak) tu baru 384kb aje (ala-ala kompiden gitu aku buat penerangan) speed dia tapi kalau dah selaju tu bolehler beli tapi pastikan ada coverage 3g baru best (mandai2 aku sampaikan nasihat melalui isteri aku tu).

(sumber)
Lagipun aku tak boleh nak compare pasal kat area rumah aku takda coverage maxis 3g, maklumlah dalam kawasan hutan. Coverage celcom 3g pun dapat satu bar je tapi ok ler dari takda langsung.
Dulu2 pernah gak cuba guna maxis yang daily basis tu, tapi dia punya speed macam siput sedut je, jadi aku cakap ler kat isteri aku, kalau kawan dia nak beli boleh ler, memang berbaloi, laju giler tu.
Malam tadi isteri aku cakap lagi "ada bah, maxis broadband 1.5 Gb". Aku malas nak tanya lebih2 pasal isteri aku bukan tau apa2 pun kalau aku terangkan, buat kering tekak je. Tapi aku ada bagi jawapan bodoh kat dia, aku kata mungkin memori kad dia 1.5 Gb kot. Isteri aku terangguk2 je.
Bimbang plak takut besok dia terangkan kat kawan dia macam yang aku cakapkan tu, terpaksalah aku menggogel untuk mendapatkan kepastian.
Lalala..gelak sorang2 aku, rupanya-rupanya volume kuota dia yang 1.5 Gb. Macamana la aku bleh tak terpikir lak pasal tu. Nampak gaya besok pagi kena la sekali lagi bagi penerangan kat isteri aku. Cuma tak berani la nak rekomen suruh beli ke apa ke pasal tak tau dia nak guna untuk apa, pesbook ke, download Adamaya ke, bak kata sorang pelawak tu..lu pikir la sendiri.
Yang aku pasti isteri aku ngan kawan dia sama level je kot. Yelah kalau tau tak kan nak tanya aku plak kan..hehehe..rasa macam power gitu, keh...keh...keh...padahal aku pun tak tau hua..hua..hua...
Ok lah pasni nak gi jelajah blog kawan2 cari info pasal maxis broadband RM48 ni, nak bagi mantap skit penerangan untuk esok pagi.
Labels:
broadband
Sunday, February 21, 2010
Huawei usb stick modem celcom broadband
Dua hari lepas masa aku repair laptop anak sedara aku, ada la aku test internet guna stick modem broadband dia (lupa plak aku model ape tp ada no 2xx kat belakang dia la-kat body ada tulis celcom broadband) lebar skit drp k3565z. Aku perasan yang modem tu sangat cepat mengesan signal dan nak surf internet pun macam ok je..nak banding dengan zte vodafone k3565-z aku tu lembab semacam je..
Dulu masa beli salesman kata software zte ni berat sebab tu lambat nak dibanding dengan csl pun cepat je detect signal..tp mungkin la jugak bila aku tukar guna software vmc ni mcm ada perubahan sikit banding dengan zte join air tu..
Banyak sangat modem kat pasaran, sampai tak tau nak pilih yang mana satu..nak tak nak pakai ajelah yang dah beli tu..
Dulu masa beli salesman kata software zte ni berat sebab tu lambat nak dibanding dengan csl pun cepat je detect signal..tp mungkin la jugak bila aku tukar guna software vmc ni mcm ada perubahan sikit banding dengan zte join air tu..
Banyak sangat modem kat pasaran, sampai tak tau nak pilih yang mana satu..nak tak nak pakai ajelah yang dah beli tu..
Labels:
broadband
ZTE K3565-Z -masalah lagi
Hari tu ok dalam dua tiga hari je lepas tu dia buat hal lagi. ingatkan dah settle rupa2 tak settle jugak.
Kali ni aku cuba gunakan software vodafone mobile connect v 9.4.4.17702 yang dikeluarkan oleh pihak Vodafone sendiri. Dan kesannya sangat baik berbanding software zte. so far so good..setting 3g lebih baik dari zte rasa aku.
Harap2 yang ni dapat selesaikan masalah broadband ni.
Kali ni aku cuba gunakan software vodafone mobile connect v 9.4.4.17702 yang dikeluarkan oleh pihak Vodafone sendiri. Dan kesannya sangat baik berbanding software zte. so far so good..setting 3g lebih baik dari zte rasa aku.
Harap2 yang ni dapat selesaikan masalah broadband ni.
Labels:
broadband
Saturday, February 20, 2010
Kesan Signal Pada Speed Broadband
Masa cuti raya china baru2 ni aku balik kampung, so dapatlah test broadband kat sana peh full bar 3g..bukak internet syok je.
Bila balik rumah bar 3g dapat satu je, kadang2 hilang mcm tu je, ada signal high speed tapi 1 bar gak. nak bukak internet kadang2 ok kadang2 ko.
Pada pandangan aku signal ni rupanya peranan dia sgt penting bila nak surf internet. Masa nak beli hari tu salesman tu cakap dapat signal satu bar pun dah ok tp dia tak cakap dapat banyak bar lagi bagus..tapi berdasarkan pengalaman aku dapat signal banyak lagi bagus la..
Bila balik rumah bar 3g dapat satu je, kadang2 hilang mcm tu je, ada signal high speed tapi 1 bar gak. nak bukak internet kadang2 ok kadang2 ko.
Pada pandangan aku signal ni rupanya peranan dia sgt penting bila nak surf internet. Masa nak beli hari tu salesman tu cakap dapat signal satu bar pun dah ok tp dia tak cakap dapat banyak bar lagi bagus..tapi berdasarkan pengalaman aku dapat signal banyak lagi bagus la..
Labels:
broadband
Thursday, February 11, 2010
ZTE K3565-Z USB STICK + WINDOWS 7

Alhamdullilah..sejak 6 hari aku pakai windows 7 ni semuanya aku rasa ok kecuali dengan usb modem stick ni (sebelum ni pakai XP..no problem). Masalah dia ialah tiap kali aku nak guna dia akan keluar error "undetect u(sim)". bila tukar simcard lain dia ok plak, puaslah aku bereksperimen dengan menatang alah ni. ingatkan ada masalah dengan celcom broadband cuba masukkan simcard tu dalam handphone laju je internet, tukar balik dalam stick tu tak detect jugak..naik pening lak plak..bila aku baca kat kotak dia rupanya dia support Vista, XP dan Windows 2000 pastu Mac OS..takda la pulak windows 7..banyak kali gak aku install driver tp tak jadi2 gak. nak update driver takda la plak, apa la ZTE ni..nak tak nak cubalah juga cari jalan nak selesaikan, nak guna XP balik malas plak nak install semua..
Entah macamana semalam aku cuba uninstall driver ni skali lg pastu aku delete semua fail zte kat registry dan install semula driver dia dan ..yes aku berjaya...
Alhamdullillah semuanya nampak OK..setakat semalam dan hari ni berjalan dengan lancar..mungkinkah file registry XP masih ada masa aku install windows 7 kerana aku tak format semula masa nak install hari tu. so aku rasa sapa2 yang ada masalah dengan ZTE ni mungkin bleh cuba cara yang aku gunakan, mungkin bleh selesaikan masalah korang semua..
Labels:
broadband
Sunday, February 7, 2010
Broadband lagi..
nape pakai di handphone laju je, tp sambung di modem zte ni slow nak mampus..pelik2..kena sampuk ker?
Labels:
broadband
Friday, February 5, 2010
Thursday, December 24, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)




