Showing posts with label Kerusi roda. Show all posts
Showing posts with label Kerusi roda. Show all posts

Monday, August 19, 2013

Wheelchair Lagi..Hehehe..This Is Neon.






Kerja-kerja pemotongan frame selesai. Dapat kurangkan dalam 2" je pasal frame ni rupanya ada dua lapisan, tak muat nak masukkan connecter. Kalau dapat kurangkan lagi 1 1/2" memang terbaik ah wheelchair ni. Insha Allah lain kali kalau ada masa boleh cuba untuk kikiskan lapisan dalam frame plak..terima kasih untuk adik hamba BoB @ lee yang bertungkus lumus siapkan wheelchair abang dia ..hehehe..juga kerana repair footrest untuk breezy hamba.


Saturday, May 4, 2013

Wheelchair Baru - Breezy 600

Baru terima pada 22.02.2013. Saiz 16". Asalnya aku tunggu Socso gantikan tayar untuk neon tiba-tiba sampai plak wheelchair lain. Katanya hari tu kalau ganti baru mesti wheelchair yang sama, tapi ni dah lain, hantar plak yang standard. Bukannya aku sombong tak nak pakai yang standard tapi sebelum ni aku dah citer pasal apa nak kena pakai yang jenis ringan dan sesuai. Tapi takpelah hanya patient spinal je yang tahu keperluan ni.

Aku citerkan kat pegawai socso (pegawai baru) yang uruskan hal aku ni asyik dok angguk-angguk kepala je ingatkan faham, rupanya blur je. Dia kata aku boleh komplain kat HQ KL kalau tak puas hati, tapi aku rasa patutnya dia tolong aku komplen pasal rekod semua ada kat dia. Lepas ni dah tentu susah dah nak dapat balik jenis quickie yang setara dengan neon tu (sport wheelchair-xenon terbaru).

Takpalah aku malas dah nak pikir pasal ni, kalau ada rezeki tu adalah. Patutlah ada sesetengah tempat prosedur dia mudah je, rasanya memang bergantung kepada pegawai yang menguruskannya. Sebabnya sebelum ni tempat aku rasanya ok je.

2013


Apa-apapun dah seminggu lebih aku kayuh dengan wheelchair baru ni. Memang agak berat sebab dah lama kayuh Quickie Neon. Tapi yang ni lebih baik daripada jenis "Bantex" yang saiznya 18" tu. Kiranya sedang-sedang elok je ngan punggung.

Apa-apa pun sejam pertama pakai aku dah tergolek dalam bilik air hihi..licin sebab tayar dia jenis poly (tayar mati).

Asalnya agak kekok nak gunakan sebab agak tinggi setting dia, tapi nasib baik jenis ni boleh adjust bagi rendahkan sikit kedudukannya so sekarang ni kiranya dah ok lah. Tinggal lagi footrest aje agak tak selesa kedudukan kaki agak jauh kebawah (dah abis adjust). Nak kena potong dan buat lubang skru baru supaya dapat adjust naik ke atas lagi. (yang ni nt. kalau ada orang tolong baru boleh buat).

Setakat ni jelah aku nak sembang pasal wheelchair ni. Nanti aku sambung lagi kalau aku dah dapat wheelie dengan wheelchair ni.

Esok dah nak mengundi, jangan lupa tunaikan tanggungjawab ye kawan-kawan.

 
neon 2011 (tayar uzur hihi)


bantex 2008 (hihi tinggal rim je)

taiwan 2007 (Ok Lagi)

esco 2006 (dah KO)
p/s: enjoy the ride huhu...

Sunday, April 29, 2012

Bengkel PSPT 2012 - Tok Bali - 24 hingga 26 April

sweet beach resort-tok bali, pasir putih, kelantan

bilik kami..
dewan-kena lalu kerb..

senaman pagi


peserta spinal depan sekali, belakang sekali peserta lelaki

cam besa peserta perempuan (normal) ditengah
en. abas dan ku

pok wan..

fakru dan en. mat baya

mizan pagar besi

aku, najib, cikgu rosdi dan en. mat baya

aku, ku ghazali, ila dan ika
dapat sijil kosong je hehe...

Sunday, March 25, 2012

My Quickie..Dah Setahun Pun.

Alhamdullillah dah setahun pun aku pakai wheelchair ni, segala-galanya masih berfungsi dengan baik kecuali bearing caster yang dah bertukar baru 2, 3 kali, serta footrest yang pecah (dah di gam).

Terakhir ni tayar yang dah menampakkan keretakan membuktikan penggunaan yang maksimun telah berlaku hehehe...

Thank to SOCSO for nice wheelchair.
my quickie neon-all adjustable

Saturday, March 17, 2012

Tayar Kerusi Roda 25 - 540 24x1






Tak pasti berapa lama lagi boleh bertahan ni...saiz tayar 25mm x 540mm (1" lebar x 24" diameter). Dengar cerita harga sepasang tayar ni boleh tahan jugak...emm...

Gambar bawah takda kena mengena dengan ini cerita...


Monday, December 26, 2011

AIR-CUSHION BERGANTI...

Akhirnya dapat jugak ganti baru tadi, tenkiu En. Arif (Socso kemaman). Kusyen lama aku dah bocor hampir sebulan dah, walaupun dah tampal tetap jugak angin dia nak keluar aduh..Kebetulan pagi tadi aku ke Socso Kemaman untuk isi borang 117 tu, hehehe..sebenarnya orang rumah yang isikan aku tunggu sign dalam kereta je...tiba2 En. Arif datang jadi aku terus adukan mengenai kebocoran yang berlaku, jadi memandangkan aku dah ada kat pejabat tu, terus dia cari dalam stor dan bagi satu yang baru (katanya cuma ada 2 je, kalau tak nak nanti kena tunggu order baru, lambat sikitlah kata dia). Jadi aku ambik jelah mana yang ada, saiz 16 x 16 x 4 inci. Jenama sama macam yang lama Clearview buatan Korea.

Sebenarnya aku pernah mohon kusyen span berjenama ROHO, tapi yang aku dapat jenama lain tapi tertulis di borang terima kusyen ROHO..agak pelik jugak aku pada mulanya, cuma agakan aku,pada pemahaman diorang ROHO itu bermaksud kusyen bukannya Jenama. Lagipun bukannya diorang nak pakai pun, buat apa nak kisah sangat..emmm nasibler...

Apa-apa pun aku tetap bersyukur dan berterima kasih...daripada takda baiklah ada..hehehe..peace.

Friday, July 22, 2011

footrest dah ok..


aku dah tampal bahagian pecah tu dengan cold curing pasal takde gam gajah..harap-harap boleh tahan.

aku bukan ganas sebenarnya tapi macam usop wheelcha cakap "  maafle,awok dah kabo awok tak boleh control buoh pinggang awok ni, lumpoh tau..." so gitulah keadaannya kadang2 kaki aku terhentak2 tanpa dapat dikawal, maka penuhlah parut-parut bekas luka dibahagian kaki dan betis.

Thursday, July 21, 2011

Pecah la Plak 'Footrest' Ni..

top view
Tiba-tiba je boleh pecah pulak 'footrest' ni, memang ganas la aku ni. Hari tu baru sebulan pakai wheelchair ni bearing caster (tayar depan) pecah, nasib baik ada ganti kat kedai motor. Footrest ni nampak gayanya kena pakai gam le dulu, kalau tak jalan jugak baru cari baru, tu pun kalau ada gantinya. Tapi aku ada terfikir jugak kalau susah-susah sangat nanti aku pergi kedai suruh diorang welding besi je buat alas kaki, lagi tahan lama kot...

p/s: sedih dah takde free wifi...waaaaaaaaaaaaaaaa...

Thursday, March 3, 2011

Wheelcha Baru...Quickie Neon

Alhamdullillah setelah sekian lama menunggu akhirnya hari ni sampai jugak wheelcha (bak kata usin) yang aku pohon sejak setahun yang lalu. Terima kasih aku ucapkan pada Encik Ariff (Socso Kemaman) yang bertungkus membantu aku dalam mendapatkan kerusi roda ni dan juga kawan-kawan maya yang sentiasa menyokong dan mendoakan aku, Terima Kasih...





Keseluruhan sangat memuaskan cuma tempat duduknya sahaja agak dalam menyebabkan sedikit kurang selesa.. Lain2 semuanya OK..rasanya itu aje yang dapat diceritakan buat masa ni..
*wheelcha - wheelchair

Monday, November 22, 2010

Dah Ganti Bearing..

bearing baru..
Akhirnya penantian selama hampir setengah tahun berakhir...hehe..bukan dapat baru tapi bearing baru. Terima kasih zul kerana tolong carikan untuk aku. Katanya order kat Sg, Besi..dalam sibuk-sibuk training untuk sukan paralimpik dapat jugak celah-celah untuk tolong kawan.

kembali merempit...
Kesian plak tengok kerusi roda ni, dah macam anak terbiar plak, abis karat sana-sini, maklumlah dah lama tak dibelai hehe...sori le, diri sendiri pun tak terbelai hahaha...

Tapi dah pasang bearing baru, footrest ngan hand arm-rest plak buat hal adui la, sabar jelah. Sementara nak tunggu dapat kerusi baru ni pakai jelah yang mana ada..harap-harap kerusi ni dapat bertahan sehingga dapat penggantinya. huhu...

p/s: ello..ello..socso ke, ada perkembangan tak? socso: bla..bla..bla...aku: zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Thursday, October 14, 2010

Dari Kerteh Ke Shah Alam...

Perjalanan Hari Pertama (Ahad-10/10/10)
ke Kota Gelanggi 1...tidur semalam, kami bersembang sampai ke tengah malam dengan Ayah Alang kemudian sambung lagi ke pagi esoknya...Semoga Selamat Pergi Dan Selamat Kembali..Amin.
kiri- mak, ayah alang, lee, umie, mak lang/ depan- uyen, aku
Perjalanan Hari Kedua (Isnin-11/10/10)
Ke Shah Alam untuk urusan kerusi roda. Singgah di Bentong umah Cik Ana drop mak kat situ dan teruskan perjalanan. Sampai tengahari dan Alhamdullillah semua urusan yang dirancang beres semuanya dah selesai meskipun ada sikit masalah dengan temujanji yang dibuat tapi dapat diselesaikan dengan baik. Terima kasih kepada Pengurus Maycare Shah Alam dan OT Cik Hanizah serta staff2 lain yang baik hati melayan kami.

Friday, October 8, 2010

Aku Buat Keputusan Ini...

Ke Shah Alam untuk ambil ukuran kerusi roda biarpun pihak Socso kata akan hantar surat rasmi sekiranya ukuran diperlukan.

Aku buat keputusan ini kerana aku fikir pegawai yang terlibat tidak memahami keperluan orang berinsuran seperti aku yang menggunakan kerusi roda untuk bergerak. 

Aku juga buat keputusan ini kerana aku fikir mereka langsung tidak membuat kajian atas keperluan sebenar orang-orang berinsuran yang memerlukan peralatan yang sesuai untuk terus hidup normal sebaik mungkin. 

Aku juga buat keputusan ini setelah pihak Maycare memaklumkan bahawa pihak berinsuran menyertakan sekali spesifikasi kerusi roda dari Doktor (memo yang aku dapat dari Doktor Pakar berkaitan kerusi roda rupanya lama terperap di dalam fail..ish..ish..ish..mungkin dihantar setelah sebutharga dibuat, tu pun aku yang suruh pegawai tu cari masa perbincangan kat rumah aku baru-baru ni hehehe...) maka pihaknya perlu mendapatkan maklumat yang tepat supaya fungsi kerusi roda akan memenuhi keperluan pihak berinsuran. 
sekeping memo yang dilupakan...

Aku juga buat keputusan ini supaya aku sendiri mendapat pengetahuan cara mendapat ukuran sebenar bagi pengguna kerusi roda tegar seperti aku..huhu..

Dan aku buat keputusan ini kerana adik aku sudi hantarkan Aku dan Mak ke Kota Gelanggi  hari Ahad ini menziarahi Ayah Alang dan Mak Lang yang akan berangkat ke Tanah Suci InsyaAllah  pada 14hb ini (Alhamdullillah) dan seterusnya ke Shah Alam esoknya.

Moga semuanya dipermudahkan oleh Allah..thank Bro dan juga atas doa sahabat semua.

Saturday, October 2, 2010

Aku Dapat Panggilan...

Jumaat 1/10/2010 lebih kurang 2.30 petang

Perbualan lebih kurang macam ni le...

Dia: Hello. Selamat Petang..
Aku: Selamat Petang..
Dia: Saya Mr. L** dari Maycare..so saya mahu tanya pasal ultralight wheelchair. Kami pembekal Wheelchair Quickie kepada Socso.
Aku: Quickie...o  ok.
Dia: So saya nak tahu u nak pakai rigid ke yang lipat?
Aku: u nak rekomen yang mana satu?
Dia: Saya nak rekomen quickie GTi atau GTX..u tahu Sunrise website tak?
Aku: Tak...
Dia: Takpa-takpa, nanti saya email gambar dia. u ada email tak?
Aku: Ada..xxxxxxxxx.gmail.com.
Dia: u pakai saiz berapa?
Aku: 16
Dia: 16 x 18 ...
Aku: 16 x 16 kot..tak sure lah. Err Mr. L, ni dah confirm dapat ker?
Dia:  Emm 80 persen la macam tu...u tinggal mana?
Aku: Kerteh, Terengganu
Dia: Aiyooo jauhnya..kalau u boleh datang Shah Alam ambil ukuran lagi senang. Biasa diorang datang ukur kat sini...Bila u ada datang KL?..
Aku: Takda..nantilah saya fikir dulu macamana..
Dia: Ok, nanti saya miss call u, nanti u telepon Ok..
Aku: Ok terima kasih.. klik
image google..Quickie GTi bukan Satria GTi.

Macamana nak pergi Shah Alam ekk. Tadi telepon sana sini tanya, semua orang tengah bizi. Isteri aku memang surrender tak larat drive jauh (tak boleh paksa orang)...Tengok le sehari dua ni kot kalau-kalau ada sapa-sapa yang kelapangan...Kepada Mu hamba berserah Ya Allah..Lapangkanlah dadaku ...

Monday, September 27, 2010

Bila Lagi Dapat Pengganti..


Entahlah Encik abang Socso ni, bila lagilah kerusi roda aku nak berganti. Dah tak larat rasanya guna kerusi roda tinggi ni. Belakang dan rusuk pun dah mula terasa sakit, kaki dah mula rasa kekejangan terlampau. Tidur malam tak pernah lena kerna kekejangan kaki ini. Tolonglah percepatkan permohonan kerusi rodaku ,dari insan yang hina lagi doif ini...please....abang Socso..
bearing rosak yang tiada penggantinya huhu...

Wednesday, April 28, 2010

Aku Terima 'Air Cushion'Nya...


Tengahari tadi aku selamat terima 'air cushion' dari pihak Socso Kemaman. Terima kasih pada En. Ariff yang hantarkan barang tu. Kalau ikutkan jenis yang doktor suggest dari ROHO, tapi yang ni buatan Korea jenama clearview, tapi tak kisahlah, asalkan boleh guna dan berfungsi dengan baik, jadilah. Mencegah lebih baik daripada berubat, betol tak??..

So lepas ni takde lah bimbang sangat pasal bedsore. Sebenarnya aku tak pernah kena lagi bedsore ni almaklumlah penjagaan tip-top hehe..tapi kalau kena memang teruklah, maklumlah aku ni ada diabetis, kalau kudis-kudis ni memang payah nak baik. Makan masa lama ooo..

Dulu pernah kena bisul kat bontot, memang lama gila nak baik, kat sebulan rasanya, tu yang aku beri lebih perhatian sikit pada punggung aku ni. Dulu memang Doktor suruh beli tapi time tu memang tak mampu bila Doktor kata rega dia dalam dua ribu hengget..jadi terpaksalah guna cara manual, cara dia time duduk atas wheelchair kena angkat bontot setengah jam sekali. Buat dalam 10 kali setiap sessi.


Dah pakai 'cushion' ni kuranglah sikit sessi senaman bontot tu, tapi tetap kena buat juga. Bimbang gak kalau -kalau terjadi...baiklah beringat selalu.

Anyway terima kasihlah pada pihak Socso dalam selesaikan masalah aku..

Alhamdullillah...

*p/s- nak pasang sarung dia camna erk..En. Ariff tak ajar td (aku rasa dia pun tak tau ni hehe..sarung je lah)

Monday, April 5, 2010

Bila Abah Nak Boleh Berjalan..



Semalam uyen tanya lagi "bila abah nak boleh berjalan ni? "

"yen nak suruh abah bawak kereta , yen malas dah suruh umie bawak, yen nak duduk sebelah ngan umie, abah bawak kereta"

terkedu lagi aku tapi mcm biasa la jawapan standard aku.."Nantilah besok-besok abah boleh berjalan abah bawaklah"

.."esok ke bah" tanya uyen lagi...waaaaaaaa..sayu lagi hati lelakiku...



Budak umur 4 tahun, apalah yang boleh difahaminya kan...

Namun aku sentiasa berharap kata2 uyen menjadi satu doa dan motivasi kepada aku untuk sentiasa yakin dan tabah pada diri.

Friday, February 5, 2010

KERUSI RODA YG SESUAI


Semenjak aku rajin melayari internet ni, barulah aku tau bahawa pemilihan jenis dan saiz kerusi roda amatlah penting terutama pesakit-pesakit yang mengalami 'paraplegia’ seperti aku. Kerusi roda yang sesuai dapat membantu pesakit menjalani kehidupan yang lebih baik dan mempercepatkan proses penyembuhan mental jugak aku rasa. Kerusi roda yang aku maksudkan adalah dari jenis ‘ultra lightweight rigid wheelchair’ (gambar sebelah) berserta dengan alas kusyen yang sesuai bagi mengelak berlakunya lepuh pada kulit punggung. Ianya ringan dan sangat mudah dikendalikan bersendirian.

Perkara seperti ni memang sangat penting memandangkan golongan marhain seperti aku mana mampu nak upah orang jaga 24 jam, jadi perlulah berdikari. Nak mengharapkan bantuan orang, lama-lama orang akan bosan jugak. Bukan perkara mudah tapi kalau dibantu dengan peralatan bantuan seperti ini aku yakin mampu menjalani kehidupan seperti biasa, Insyaallah. Tapi yang peliknya kenapa doktor yang bertanggungjawab merawat pesakit tidak mengesyorkan peralatan yang sesuai macam kerusi roda ini kepada pesakit untuk tujuan pemulihan. Agaknya mungkin kerana kos yang tinggi jadi jadi takde la nak rekomen kot. Aku rasa patut disediakan seorang pakar Peralatan Pemulihan di Hospital-hospital yang boleh menguruskan hal-hal berkaitan dengan peralatan yang sesuai untuk pesakit-pesakit yang tertentu. Ataupun memang dah ada cuma aku je tak disyorkan untuk berjumpa mereka . Kalau bahagian pemulihan kerja tu, aku pernah la pergi, tapi takde pulak diorang kisah pasal kerusi roda yang aku guna.

Berbalik kepada cerita tadi, kerusi roda yang aku guna sekarang ni adalah dari jenis yang biasa bantuan dari PERKESO (terima kasih le PERKESO) tapi berat dan besar. Dah 3 tahun aku guna walaupun duduk agak selesa tapi dari segi pergerakan agak sukar kerana berat. Pada orang biasa mungkin tidak menjadi masalah tapi orang macam aku memang menghadapi masalah jika berkaitan dengan berat. Habis sakit bahu dan rusuk setiap kali bergerak. Berdasarkan tulisan dalam satu artikel kesihatan, seorang doktor mengatakan pemilihan kerusi roda yang tidak sesuai boleh menyebabkan tulang belakang pesakit menjadi bengkok ‘S’. Malas nak cerita panjang-panjang, Cuma aku harap suatu hari dapatlah aku memiliki kerusi roda yang sesuai untuk kegunaan aku nanti.

*Paraplegia - lumpuh kedua-dua belah kaki dari paras pinggang atau tempat berlakunya kerosakan tulang belakang.