Ke Shah Alam untuk ambil ukuran kerusi roda biarpun pihak Socso kata akan hantar surat rasmi sekiranya ukuran diperlukan.
Aku buat keputusan ini kerana aku fikir pegawai yang terlibat tidak memahami keperluan orang berinsuran seperti aku yang menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Aku juga buat keputusan ini kerana aku fikir mereka langsung tidak membuat kajian atas keperluan sebenar orang-orang berinsuran yang memerlukan peralatan yang sesuai untuk terus hidup normal sebaik mungkin.
Aku juga buat keputusan ini setelah pihak Maycare memaklumkan bahawa pihak berinsuran menyertakan sekali spesifikasi kerusi roda dari Doktor (memo yang aku dapat dari Doktor Pakar berkaitan kerusi roda rupanya lama terperap di dalam fail..ish..ish..ish..mungkin dihantar setelah sebutharga dibuat, tu pun aku yang suruh pegawai tu cari masa perbincangan kat rumah aku baru-baru ni hehehe...) maka pihaknya perlu mendapatkan maklumat yang tepat supaya fungsi kerusi roda akan memenuhi keperluan pihak berinsuran.
sekeping memo yang dilupakan... |
Aku juga buat keputusan ini supaya aku sendiri mendapat pengetahuan cara mendapat ukuran sebenar bagi pengguna kerusi roda tegar seperti aku..huhu..
Dan aku buat keputusan ini kerana adik aku sudi hantarkan Aku dan Mak ke Kota Gelanggi hari Ahad ini menziarahi Ayah Alang dan Mak Lang yang akan berangkat ke Tanah Suci InsyaAllah pada 14hb ini (Alhamdullillah) dan seterusnya ke Shah Alam esoknya.
Moga semuanya dipermudahkan oleh Allah..thank Bro dan juga atas doa sahabat semua.
salam Arol..
ReplyDeletemoga di permudahkan segala urusan anda
Semoga anda selalu sihat
dan ceria selalu..
Salam Arol...
ReplyDeleteSemoga Allah mudahkan semuanya. Amin....
Bertabah sentiasa ya...!
Buat lah apa yang terbaik untuk manfaat diri.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan.