Thursday, October 28, 2010

Hu..Hu..Mencanak..

Hajat hati hari ni nak balik jengok orang tua tapi pagi semalam kereta buat hal plak. Tiba-tiba je jarum temperature naik mencanak sampai ke level merah, apa lagi kalut semacam la orang umah aku. Hehe..lupa plak nak bagitau bukan aku yang bawak, orang rumah aku yang drive pergi kerja. So parking tepi jalan, pastu call kawan dia bawak pomen tengok, sekali pomen kata motor kipas 'air-cond' rosak. Apalagi hantar kedai tukar baru,pastu ganti 'gas' baru untuk 'air-cond', kopak RM180.

Pastu time nak balik petang jadi plak perkara yang sama, lagi sekali panggil pomen untuk periksa, katanya semua nampak OK.  Motor kipas OK, level air Ok takda tanda bocor pada hose, termostat OK 'kalau tak dah keras hose ni' kata pomen. Sudahnya kereta tu terpaksa ditinggalkan kat rumah kawan dia. 

Malam tadi kawan dia kata pomen tu tengah periksa semuanya OK cuma ada fius yang longgar ( aku agak2 fius kompressor kot) pasal dulu ada masalah air-cond tak sejuk bila parking cuma angin je terasa). Nak kena test dalam sejam tengok ada naik tak 'temperature'.

Pagi ni tepon lagi kawan dia tanya, katanya semuanya OK, takda rosak.

Itulah aku pun susah hati jugak dalam keadaan aku macam ni tak banyak yang aku boleh tolong, habis-habis pun suruh hantar bengkel. Dulu masa adik aku kerja sini senang apa-apa hal suruh dia tengokkan, sekarang dah kerja kat Bentong jauh la plak nak suruh datang tengok. Sekarang ni kalau ada masalah kereta aku telepon la mintak pendapat dia, pastu terangkan kat orang rumah supaya dia faham bila hantar pergi bengkel. Takda la terkebil-kebil bila pomen bagitau dia apa-apa. Tau-tau aje le pompuan bila hantar kereta ke bengkel. apa yang pomen kata semuanya angguk, tak tau pun angguk. Kalau aku angguk jugak, pastu aku tanya balik kalau tak tau..hehe..Dia tak tau dia tanya plak aku yang tak tau ni, terpaksalah plak aku ambik tau huhu..

Tengoklah macamana, tapi minggu ni duduk rumah ajelah pasal orang rumah takut nak drive jauh. Adik aku ada bagitau kemungkinan pasal kereta aku tu, tapi semuanya abang pomen dah periksa cuma pasal tangki tersumbat tu ada tengok tak, tak tau la plak. Nanti petang lah aku tanya...

p/s: kawan-kawan ada pengalaman sama tak, boleh kongsi kot...
nota kaki: pomen - merujuk kepada mekanik 

16 comments:

  1. salam arol

    tahun lps habis keta kompeni yg staff bawak kerana turun enjin, bukan mencanak lagi meter tu, sampai jejak tebing meter tempreture tu hehehe

    manakan tidak, dia check air radiotor, lps tu tak tutup semula tutup radiator tu, terus jalan

    penghabis air kering tgh jalan
    adoiiiiii
    1.5 k juga habis buat overhall hehehe

    ReplyDelete
  2. salam Arol..
    keta ni bila dah start meragam..
    macam-macam hal la pulak yang datang
    kan?semuanya nak duit..he he

    ReplyDelete
  3. ish..mmg risau kalu keta meragam n kita plak nak jalan jauh..sy pernah dulu ms pakai keta lama..radiator bocor..temp naik nsb baik x nah sampai merah..pastu compressor aircond plak rosak..sampai hangit baunya..huhu

    ReplyDelete
  4. salam arol...
    kalau dah duit tu nak terbang, hehe.. berkepak2 dia melayang. Tak boleh di tahan2 lagi dah.

    ReplyDelete
  5. @zulkbo
    betullah Zul, dah masuk 5 tahun ni, dah macam penyakit berjangkit plak dah..

    ReplyDelete
  6. @Ibu Mifzal Arsyad
    risau takut terbakar je..mintak dijauhkan.

    ReplyDelete
  7. @kakpah
    betul tu kakpah, dah jadi rezeki orang..hehe...

    ReplyDelete
  8. Salam

    Saya lgsung x reti bab2 ni..
    Saya tau drive jer..rosak anto bgkel..
    Kdg2 kena tipu jer dek pomen cina..
    nk wat cemane,dh xde pilihan..

    ReplyDelete
  9. Meter tu je yang buat jadi kelam kabut yer..

    ReplyDelete
  10. Salam.
    Susah juga tu kalau aircond tak sejuk kan?
    Ni kereta kira dah OK la ni?

    ReplyDelete
  11. @Zezebel
    dah ok dah, pomen kata relay longgar huhu..

    ReplyDelete
  12. Salam Arol..
    Biasanya kalau temperature naik kipas radiator yang rosak dan masih blh dibaiki (utk sementara) dgn mengetuk bahagian tgh kipas tersebut (didalamnya ada karbon)..selepas itu bila dah balik seeloknya diganti baru (jika kipas masih elok untuk menukar bhgian karbon/motor tu cuma rm 80).
    Jika aircond x sejuk biasanya bukan masalah fius tapi masalah pada relay..relay ini juga susah rosak sebenarnya mungkin longgar saja...ramai yg tertipu dgn pomen yg mengatakan kononnya relay rosak.

    ReplyDelete
  13. @ozzy
    Tulah, bila ilmu kurang memang mudah kena tipu. Rupanya relay aje yang longgar tapi nak buat macamana dah terkena..boleh jadi pengajaran ni.

    ReplyDelete