Wednesday, March 16, 2011

Monday, March 14, 2011

Kereta Terbabas Tapi Alhamdullillah Selamat...

Kejadian berlaku sewaktu kami pulang dari Felda Kota Gelanggi 1 pada 12 Mac 2011 ( Sabtu) lebih kurang jam 11 pagi di laluan susur keluar Jabor Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuala Terengganu. Keadaan jalan masa tu agak licin kerana hujan renyai-renyai. Sehari sebelum tu hujan lebat sepanjang perjalanan pergi.

Kereta ini milik kakak ipar aku dan dipandu anak lelakinya. Kami sekeluarga menumpang dan selesai urusannya di Jengka 12, kami bermalam di rumah Ayah Alang dan pagi esok dalam pukul 9 pagi kami bertolak balik walaupun dijemput makan kenduri dirumah jiran Ayah Alang. Alasannya untuk menghadiri kenduri emak saudara isteri aku di Kerteh. Memandangkan dah menumpang kereta orang aku hanya sekadar mengikut sahaja perancangan diorang.

Sepanjang perjalanan aku hanya sekadar memerhati meter kelajuan tanpa berkata apa-apa walaupun isteri dan kakak iparku bising dibelakang meminta diperlahankan kelajuan kereta tersebut. Namun semacam tidak diendahkan.    

11 Mac 2011-hujan lebat sepanjang perjalanan pergi

Entah mengapa sewaktu melalui selekoh susur  keluar jalan tersebut tergerak di hati aku untuk memaut  bahu Nurin yang duduk bersama di depan dan secara tiba-tiba tayar belakang seperti menggelungsur lalu kereta berpusing 360 darjah dan berundur melanggar penghadang jalan seterusnya melintang di tengah jalan. Semuanya berlaku dalam sekelip mata dan seolah-olah dalam gerak perlahan. Pada masa tersebut tiada satu kenderaan pun melalui jalan tersebut hanya kami ...

Memandangkan enjin masih hidup, aku yang duduk disebelah penumpang cepat-cepat menyuruh pemandu membawa kereta ke tepi jalan. Nasib baik pemandu tidak panik . Kami semua terdiam dan hanya berhenti di kawasan tol. Tiada apa yang dapat diucapkan melainkan syukur kepada Allah kerana melindungi kami daripada musibah yang lebih buruk...
12 Mac 2011- Agaknya beginilah keadaannya semasa berpusing (gambar hiasan)
Gambar bawah diambil di Hentian Tol Jabor hampir 1.5 km dari tempat kejadian. Setelah berbincang kami memutuskan untuk menelepon pihak insuran dan diminta membuat laporan polis dan menghantar kereta ke Toyota Kuantan. Abang ipar aku dimaklumkan untuk menjemput kami pulang.

Selesai urusan di Pejabat Trafik Kuantan dan disaman RM300 kerana cuai, kereta dihantar ke bengkel Toyota untuk urusan seterusnya. Dan kami sampai dirumah hampir 7 malam...

12 Mac 2011-macam tiada apa-apa
bumper terperosok ke dalam
pandangan kiri
buat laporan di Pej. Caw. Trafik IPD Kuantan

p/s: masih terbayang-bayang kejadian tersebut...Apakah akan berlaku sekiranya senario kejadian berlainan...jawapan yang aku dapat ... Allah masih memberi peluang...

Sunday, March 6, 2011

Bipolar Disorder

Dua minggu lepas seorang sahabat lama telah datang mengunjungi aku setelah sekian lama menyepi. Kali terakhir berjumpa pada tahun 2007 dirumah mak aku. Banyak yang kami borakkan antaranya tentang kerja, bila nak kawin dan sebagainya. Dipendekkan cerita beliau maklumkan pada aku beliau akan bercuti untuk ke India bagi menjalankan kerja-kerja dakwah beliau selama 40 hari tak silap aku.

Setelah sekian lamanya tak dengar kabar berita, pertengahan tahun lepas aku terjumpa facebooknya dan Alhamdullillah masih sihat walafiat kawan ku itu.  Aku selalu membaca statusnya dan banyak juga perkara yang dikongsi untuk pengetahuan rakan-rakan. Awal bulan ini dia menghantar mesej meminta alamat untuk menghantar kad kawin katanya. Alhamdullillah kataku, sampai juga jodoh sahabatku ini ( dah 33 tahun umurnya). Walaupun aku tiada kepastian sama ada dapat menghadirkan diri tapi isteriku teringin melihat kad kawin sahabatku ini.

Dan dua minggu lepas dia menelepon untuk datang kerumah untuk berziarah sambil menghantar kadnya. Kali ini banyak juga yang kami borakkan tentang kawan-kawan lain yang dah lama tak berjumpa, tentang pekerjaannya dan macam-macam lagi. 

Sehinggalah aku bertanyakan kemana lama menghilang, agak terperanjat bila dia membuka cerita bahawa  hampir tiga bulan dia bercuti sakit pada awal tahun 2008. Penyakitnya dipanggil Bipolar Disorder  dimana keadaan dirinya menjadi tidak terkawal dan segala kelakuannya tidak disedari. Puncanya bermula apabila beliau tidak tidur selama 7 hari,  tidak mengantuk dan masih boleh menjalankan tugas seperti biasa...

Sehinggalah keadaannya menjadi tidak terkawal dan dibawa kehospital untuk mendapat rawatan. Katanya dirinya hampir dimasukkan ke wad sakit jiwa (keadaannya masa tu memang teruk sehingga dipakaikan baju yang selalu kita tengok dipakaikan kepada pesakit mental), nasibnya baik apabila majikannya berjaya berunding dengan pihak hospital untuk membawanya pulang dan menjaganya dirumah. Walaubagaimanapun beliau diwajibkan mengambil dos stabilizer untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin parah. 

Alhamdullillah keadaannya menjadi stabil selepas itu tapi terpaksa mengambil stabilizer secara berterusan. Puncanya tidak dapat dikenalpasti walaupun kami ada berbincang pasalnya, antaranya tekanan kerja atau kegiatannya dalam komuniti dakwah dan sebagainya. Namun tiada satu yang dapat dijadikan alasan kenapa penyakit ini menyerang beliau.

Apapun aku benar-benar berharap penyakitnya akan sembuh sepenuhnya selepas ini dan dapat melayari kehidupan berumahtangga sebaik yang mungkin dan terus menjalankan kerja-kerja dakwahnya.

Perancangan Allah itu sentiasa ada hikmahnya...

Kisah lain berkaitan ini juga boleh dibaca di SINI

Thursday, March 3, 2011

Wheelcha Baru...Quickie Neon

Alhamdullillah setelah sekian lama menunggu akhirnya hari ni sampai jugak wheelcha (bak kata usin) yang aku pohon sejak setahun yang lalu. Terima kasih aku ucapkan pada Encik Ariff (Socso Kemaman) yang bertungkus membantu aku dalam mendapatkan kerusi roda ni dan juga kawan-kawan maya yang sentiasa menyokong dan mendoakan aku, Terima Kasih...





Keseluruhan sangat memuaskan cuma tempat duduknya sahaja agak dalam menyebabkan sedikit kurang selesa.. Lain2 semuanya OK..rasanya itu aje yang dapat diceritakan buat masa ni..
*wheelcha - wheelchair

Tuesday, March 1, 2011

ZTE 3565-Z (LATEST SOFTWARE)

Entri ni sekadar menjawab pertanyaan sahabat anom yang bertanyakan software link untuk modem ZTE 3565-Z yang aku  guna sekarang ni. Software Vodafone  mobile broadband boleh download kat SINI.

Kalau nak link untuk Joint Air aku takda la. Aku pun dah puas cari tapi tak jumpa2 jugak, so setakat ni jelah aku boleh tolong...