Sunday, March 6, 2011

Bipolar Disorder

Dua minggu lepas seorang sahabat lama telah datang mengunjungi aku setelah sekian lama menyepi. Kali terakhir berjumpa pada tahun 2007 dirumah mak aku. Banyak yang kami borakkan antaranya tentang kerja, bila nak kawin dan sebagainya. Dipendekkan cerita beliau maklumkan pada aku beliau akan bercuti untuk ke India bagi menjalankan kerja-kerja dakwah beliau selama 40 hari tak silap aku.

Setelah sekian lamanya tak dengar kabar berita, pertengahan tahun lepas aku terjumpa facebooknya dan Alhamdullillah masih sihat walafiat kawan ku itu.  Aku selalu membaca statusnya dan banyak juga perkara yang dikongsi untuk pengetahuan rakan-rakan. Awal bulan ini dia menghantar mesej meminta alamat untuk menghantar kad kawin katanya. Alhamdullillah kataku, sampai juga jodoh sahabatku ini ( dah 33 tahun umurnya). Walaupun aku tiada kepastian sama ada dapat menghadirkan diri tapi isteriku teringin melihat kad kawin sahabatku ini.

Dan dua minggu lepas dia menelepon untuk datang kerumah untuk berziarah sambil menghantar kadnya. Kali ini banyak juga yang kami borakkan tentang kawan-kawan lain yang dah lama tak berjumpa, tentang pekerjaannya dan macam-macam lagi. 

Sehinggalah aku bertanyakan kemana lama menghilang, agak terperanjat bila dia membuka cerita bahawa  hampir tiga bulan dia bercuti sakit pada awal tahun 2008. Penyakitnya dipanggil Bipolar Disorder  dimana keadaan dirinya menjadi tidak terkawal dan segala kelakuannya tidak disedari. Puncanya bermula apabila beliau tidak tidur selama 7 hari,  tidak mengantuk dan masih boleh menjalankan tugas seperti biasa...

Sehinggalah keadaannya menjadi tidak terkawal dan dibawa kehospital untuk mendapat rawatan. Katanya dirinya hampir dimasukkan ke wad sakit jiwa (keadaannya masa tu memang teruk sehingga dipakaikan baju yang selalu kita tengok dipakaikan kepada pesakit mental), nasibnya baik apabila majikannya berjaya berunding dengan pihak hospital untuk membawanya pulang dan menjaganya dirumah. Walaubagaimanapun beliau diwajibkan mengambil dos stabilizer untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin parah. 

Alhamdullillah keadaannya menjadi stabil selepas itu tapi terpaksa mengambil stabilizer secara berterusan. Puncanya tidak dapat dikenalpasti walaupun kami ada berbincang pasalnya, antaranya tekanan kerja atau kegiatannya dalam komuniti dakwah dan sebagainya. Namun tiada satu yang dapat dijadikan alasan kenapa penyakit ini menyerang beliau.

Apapun aku benar-benar berharap penyakitnya akan sembuh sepenuhnya selepas ini dan dapat melayari kehidupan berumahtangga sebaik yang mungkin dan terus menjalankan kerja-kerja dakwahnya.

Perancangan Allah itu sentiasa ada hikmahnya...

Kisah lain berkaitan ini juga boleh dibaca di SINI

13 comments:

  1. Salam Arol...
    Macam-macam penyakit didengar ya sekarang ni. Semoga kawan Arol itu pulih, apatah lagi nanti tanggunjawab bertambah selepas berumah tangga. Selamat pengantin baru kepada Arol...eh silap, kawan Arol tu(marah mak Nuyin nanti! :D)

    ReplyDelete
  2. semoga setelah berumahtangga nanti kawan Arol akan bertambah baik lagi....dan untuk bakal isterinya diharapkan akan tabah menghadapi perjalanan hidup berumahtangga....dan untuk Arol - take care your health

    ReplyDelete
  3. salam Arol..
    dugaan Allah di mana-mana
    dan tanpa kita duga..harapan
    sahabat anda tabah menghadapinya
    Allah bersama orang yang sabar

    ReplyDelete
  4. @zulkbo
    saya juga mengharapkan perkara yang sama...

    ReplyDelete
  5. Semoga dia akan pulih sepenuhnya....dan dapat menjalani kehidupan bekeluarga yg mmg penuh dgn cabaran nnt....

    ReplyDelete
  6. assalam..
    moga dia baik sepenuhnya.. selain org normal kalo penagih syabu pun slalu kene gejala camni.. bila dah isap menatang tu xkan dpt tido berhari-hari dan pasti akan berhalusinasi

    ReplyDelete
  7. @Eye_nee
    betul tu cik kak, harap dia dapat melalui frasa berumah tangga yang penuh cabaran dengan sebaiknya...

    ReplyDelete
  8. @endiem
    memang bahaya kalau tidak diuruskan sebaiknya...

    ReplyDelete
  9. @maiyah
    oh ye ke, tak tau plak saya kaitan dengan penagih syabu pun mengalami gejala yang sama..apa2 pun harap yang terbaik untuk beliau...

    ReplyDelete
  10. mcm mcm penyakit bahaya ni..akhir zaman

    p/s saya pun lama tak jumpa rakan baik saya tu dah 8 tahun huhu

    ReplyDelete