Saturday, September 21, 2013

POSLAJU

Pernah guna Poslaju? Aku pernah gak guna kadang-kadang. Selalu guna servis kourier Skynet atau Nationwide.

Tapi hari ni nak cite sikit pasal poslaju, yelah selalunya suspen je time nunggu barang tak sampai-sampai. Kalau ikutkan barang akan sampai dalam masa 1-3 hari.

Selalunya kalau kita membeli sesuatu barang atau ada kawan pos barang menggunakan servis kourier, kita akan diberi No. Tracking bertujuan untuk menjejak  perjalanan barangan tersebut.


Caranya ialah dengan membuka laman web Pos Malaysia dan masukkan No. Tracking tersebut ke dalam ruangan 'Track and Trace', dan klik trace.

Apabila dah keluar macam tu, klik plak pada no. tracking dan akan keluar maklumat berkaitan perjalanan barang tersebut.

info: 'Courier is attempting delivery' maksudnya barang sedang dalam proses dihantar kepada penama.

info: 'Consignment successfully delivered Adam' maksudnya barang telah selamat dihantar kepada penama 'ADAM'

huhu..

Tuesday, September 17, 2013

PROMOSI PERFECT-TREATMENT

HARGA PENGENALAN  HANYA RM29 SEBOTOL

(postage tambah RM8 - semenanjung)


Oleh kerana minyak petrol dah semakin tinggi harga, apakata kita cuba alternative lain... Gunakan perfect-T.
Selain menjimat minyak, antaranya ia juga dapat menambah pick-up kereta dan memanjangkan hayat enjin kereta. Hanya RM29 sebotol untuk penggunaan sejauh 5,000km (anggaran 9-12 isian penuh).

Cara Penggunaan:


Faedah Umum
-Berkesan untuk enjin baru dan lama
-Mengembalikan kuasa dan pecutan
-Menghapuskan ‘pinging’ dan ‘knocking’
-Meningkatkan perbatuan (mileage, 10%-40%)
-Melindungi daripada kerosakan akibat haba.
-Mengurangkan pelepasan gas-gas merbahaya (karbon monoksida [CO] sebanyak 62% dan -hidrokarbon [HC] sebanyak 39%).
-Meningkatkan kuasa kuda dan memperbaiki prestasi
-Melanjutkan hayat enjin


Proton Iswara 91'

selepas 2 hari menggunakan Perfect-T

BERMINAT SMS/WHATSAPP  HAZRUL MAMAT 017-9388 662 (KERTEH/PAKA/KIJAL)

Untuk Testimonial boleh rujuk page:  Perfect-T

Laman web : Perfect-T

Wednesday, August 28, 2013

Raya Aidilfitri 2013

AKU DAN KELUARGA


X-SMTT 88/89




X-SK FELDA BKT BADING




X-SM AJIL


Alhamdullillah, tahun ni dapat jumpa ramai kawan-kawan sekolah...

Monday, August 19, 2013

Wheelchair Lagi..Hehehe..This Is Neon.






Kerja-kerja pemotongan frame selesai. Dapat kurangkan dalam 2" je pasal frame ni rupanya ada dua lapisan, tak muat nak masukkan connecter. Kalau dapat kurangkan lagi 1 1/2" memang terbaik ah wheelchair ni. Insha Allah lain kali kalau ada masa boleh cuba untuk kikiskan lapisan dalam frame plak..terima kasih untuk adik hamba BoB @ lee yang bertungkus lumus siapkan wheelchair abang dia ..hehehe..juga kerana repair footrest untuk breezy hamba.


Saturday, May 4, 2013

Wheelchair Baru - Breezy 600

Baru terima pada 22.02.2013. Saiz 16". Asalnya aku tunggu Socso gantikan tayar untuk neon tiba-tiba sampai plak wheelchair lain. Katanya hari tu kalau ganti baru mesti wheelchair yang sama, tapi ni dah lain, hantar plak yang standard. Bukannya aku sombong tak nak pakai yang standard tapi sebelum ni aku dah citer pasal apa nak kena pakai yang jenis ringan dan sesuai. Tapi takpelah hanya patient spinal je yang tahu keperluan ni.

Aku citerkan kat pegawai socso (pegawai baru) yang uruskan hal aku ni asyik dok angguk-angguk kepala je ingatkan faham, rupanya blur je. Dia kata aku boleh komplain kat HQ KL kalau tak puas hati, tapi aku rasa patutnya dia tolong aku komplen pasal rekod semua ada kat dia. Lepas ni dah tentu susah dah nak dapat balik jenis quickie yang setara dengan neon tu (sport wheelchair-xenon terbaru).

Takpalah aku malas dah nak pikir pasal ni, kalau ada rezeki tu adalah. Patutlah ada sesetengah tempat prosedur dia mudah je, rasanya memang bergantung kepada pegawai yang menguruskannya. Sebabnya sebelum ni tempat aku rasanya ok je.

2013


Apa-apapun dah seminggu lebih aku kayuh dengan wheelchair baru ni. Memang agak berat sebab dah lama kayuh Quickie Neon. Tapi yang ni lebih baik daripada jenis "Bantex" yang saiznya 18" tu. Kiranya sedang-sedang elok je ngan punggung.

Apa-apa pun sejam pertama pakai aku dah tergolek dalam bilik air hihi..licin sebab tayar dia jenis poly (tayar mati).

Asalnya agak kekok nak gunakan sebab agak tinggi setting dia, tapi nasib baik jenis ni boleh adjust bagi rendahkan sikit kedudukannya so sekarang ni kiranya dah ok lah. Tinggal lagi footrest aje agak tak selesa kedudukan kaki agak jauh kebawah (dah abis adjust). Nak kena potong dan buat lubang skru baru supaya dapat adjust naik ke atas lagi. (yang ni nt. kalau ada orang tolong baru boleh buat).

Setakat ni jelah aku nak sembang pasal wheelchair ni. Nanti aku sambung lagi kalau aku dah dapat wheelie dengan wheelchair ni.

Esok dah nak mengundi, jangan lupa tunaikan tanggungjawab ye kawan-kawan.

 
neon 2011 (tayar uzur hihi)


bantex 2008 (hihi tinggal rim je)

taiwan 2007 (Ok Lagi)

esco 2006 (dah KO)
p/s: enjoy the ride huhu...

Sunday, February 24, 2013

Peti Sejuk Ajaib..


Dah lama tak menulis memang malas yang amat. Tapi hari ni nak cite sikit pasal peti sejuk yang dah 4 hari tak sejuk dibahagian sayur tiba-tiba kembali berfungsi..hehe.

Sebenarnya ini kali kedua berlaku. Yang pertama dua hari tak sejuk pastu dia ok balik. Peti sejuk ni jenama Panasonic jenis freezer kat bawah. Dah nak masuk lima tahun usia dia. Bila dah jadi kali kedua kami cuba panggil pomen nak suruh repair mana yang patut. Semalam bila pomen nak datang tiba-tiba ok plak. Dah alang-alang pomen datang kami suruh jelah diorang tengok-tengok kan. Sekali pomen kata timer dan themostat dah rosak sebab tu peti tak sejuk sebab tak dapat nak defrost. Jadi kami suruh lah diorang tukarkan. Tapi peti sejuk tu kena off kan dulu sehari supaya semua air batu yang melekat pada coil dan macam-macam lagi cair dulu. So tadi dalam kol 4 pomen datang lagi. Sekali bila dah bukak diorang tak boleh nak repair plak sebab katanya semua pcb nya (betul ke aku tulis ni) eletronik. Jadi diorang boleh servis aje. Servisnya cuma cairkan air batu yang melekat kat lubang dalam peti tu dengan blower. Bukak, sembur angin dan pasang balik cover dalam tempat beku tu lebih kurang 10 minit dan caj 40 Ringgit. Pastu selamba je bagitau aku dah sejuk pun peti ni..hihihi..

So Moral Of The Story:

1. Kalau sekadar tiba-tiba simpton tak sejuk berlaku lagi, off kan ajelah peti tu dua tiga hari habis cerita.Biarkan aje semua ais tu defrost. Kalau tak ok gak, agak2 ada duit lebih beli jelah yang baru..Lega hati aku.

Itu jelah nak cakap... masih dalam mode kebingungan akibat kata2 pomen tadi.