Showing posts with label komputer. Show all posts
Showing posts with label komputer. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

Pakej Streamyx Untuk OKU

Kalau kawan-kawan OKU berminat bolehlah layari laman web Streamyx ni. Untuk Unifi tak tau la plak ada ke tak untuk OKU..

Prosedur dia macam biasalah kena ada talian telepon, kalau tak kena mohon dulu talian dan tunggulah sampai dapat hehe (kena masuk waiting list dulu), ..kalau aku punya kes, aku mohon talian telepon bersama-sama permohonan streamyx, 4 bulan baru dapat alasan tiada kekosongan. Jadi aku kena tunggu sampai ada pelanggan lain kena potong atau memotong talian.

Dah ada talian telepon diorang akan telepon semula untuk pastikan sama ada nak teruskan pemasangan streamyx atau tak, pastu dalam seminggu barulah diorang datang pasang (tu pun bergantung pada kekosongan port).

Ok, untuk telepon pun ada pakej OKU ni, sewa bulanan tak kena bayar cuma RM1 untuk caj bulanan dan caj biasa untuk panggilan. Deposit RM75 dikenakan semasa permohonan dan dapat satu set telepon (bateri kena beli sendiri hehe). 'Wiring' telepon kena bayar pada kontraktor sebanyak RM50.

Untuk streamyx plak tiada bayaran dikenakan semasa pemasangan tapi bil bulan pertama kena bayar RM100 untuk yuran tahunan dan bil bulanan RM66 (ikut speed, aku punya 1.0 Mbps).

Lupa plak ada caj perkhidmatan 6% untuk telepon.

Alhamdullillah dah beberapa bulan guna pakej ni nampaknya semua ok (dari segi speed), cuma makin malas nak update blog sebab terlampau banyak benda nak baca hehe...

Ok lah kalau ada kawan-kawan berminat boleh lah pergi ke Kedai TM atau hantar wakil pun boleh, syarat dia bawak salinan IC dan Salinan Kad OKU (JKM), kalau takda kad OKU pergi mohon kad OKU dulu, ada banyak kelebihan dia sedikit sebanyak membantu kita golongan OKU.....

Monday, December 26, 2011

Gamepad Logitech F310/Edifier M3200 Speaker

 1. Gamepad Logitech F310.

Aku beli ni dengan harga RM 110 walaupun tengok dalam internet harganya cuma RM 79 je, memandangkan dah seluruh bandar K.Terengganu aku pusing cari cuma satu kedai tu je yang ada jual jenama ni, aku belilah jugak bagi memuaskan hati aku hahaha...nama kedai tu Lagimura kat Pulau Kambing...ada banyak barang2 untuk 'games' kat situ.

2. Edifier M3200 Multimedia Speaker.

Harga RM190 beli dekat Dungun, kedai azax computers Jalan Pak Sabah. Aku beli ni pasal speaker Altez Lansing yang aku beli 11 tahun dulu dah rosak connector cable dia, speaker bunyi sebelah je.

Untuk Edifier ni, kualiti bunyi boleh tahan...


*Bila sebut Edifier mesti aku teringat kawan aku kat kedai komputer sofi dulu, stopa, manalah ko agaknya sekarang ya?

Saturday, July 2, 2011

Tp-Link 150Mbps Mini Wireless N USB Adapter


Saiznya sebesar ibu jari tangan tapi pada aku cukup power sebab mampu menarik signal penuh walaupun router terletak lebih kurang 50 kaki jaraknya (rumah jiran sebelah). Kalau guna laptop aku paling bagus pun dapat 3 Bar je, so rasanya memang berbaloi aku beli ni pakai di PC aku. Harganya RM50.00.


So far masih lagi guna jiran sebelah punya internet (dengan ehsan-bukan curi hehehe) sebab talian telepon/streamyx yang aku pohon masih lagi belum dipasang (dah masuk sebulan lebih ni...grrrrrrrrrrrr)

Wednesday, September 22, 2010

Aku Keliru...


Keliru kenapa tetikus yang aku baru beli ni lambat sangat detect pada lappy aku. Tak macam yang lama pantas berdesup. Masa mula pasang kusangkakan rosak rupanya terpaksa dibiarkan lama untuk dikesani baunya kehadirannya oleh laptop aku. Kesannya pada aku, geram dan bengang..hehehe tapi takdaler sampai rosak urat saraf kepala bagai...

Bila dibelek-belek rupanya yang baru ni balutan wayarnya lebih tebal berbanding yang lama. Adakah ia mempengaruhi fungsi tetikus tersebut? Aku belum ada jawapannya....

Monday, May 17, 2010

Cara Buka Keyboard Acer TravelMate 2413



Kisahnya laptop ni ada masalah dengan bunyi beep berpanjangan masa nak boot os windows tapi sangkut kat logo Acer tak bergerak-gerak. Bila tekan "enter" masuk ke option dan pilih 'normal windows' baru lepas masuk sistem.

Jadi aku pun macam biasa berlagak terrer godek sana godek sini dan akhirnya jumpalah punca dia, rupa-rupanya keyboard rosak. Bawah ni aku tunjuk cara nak tanggalkan keyboard tu, guna screwdriver kecik yang rata untuk kerja-kerja remeh tapi menyesakkan nih (kena hati-hati pasal klip dia plastik je).
1. Apa-apa hal buang bateri dulu kemudian buka klip lcd kat belakang tu.

2. Buka semua skru kat bawah laptop tu supaya body dia longgar.


3. Cungkil panel plastik dengan hati-hati sampai terbuka semua klip dan tanggalkan.

4. Buka skru keyboard untuk tanggalkan (ada satu skru) dan siap.

Kalau nak tahu pasal beep codes boleh tengok SINI

Tuesday, February 23, 2010

Cara delete partition/format hard disk guna Windows


Right click my computer, pilih manage, storage, disk management, right click pada volume, dan pilih untuk delete/format disk.

Monday, February 22, 2010

Cara nak ' Insert Link' muat turun

Kadang-kadang nak jugak kita buat macam orang lain yang masukkan link2 untuk download dan sebagainya. So cara dia macam ni.

1.Copy dulu link yang berkenaan( link untuk download dsb)

2.Pastu kat pos kita tu, kita highlight kan ayat yang kita nak masukkan link tersebut,

contohnya :-
muat turun di sini, jadi highlight pada ayat sini, tekan insert link pastu masukkan alamat link tersebut dan tekan OK. Dah siap..

Ccleaner


CCleaner is a freeware system optimization, privacy and cleaning tool. It removes unused files from your system - allowing Windows to run faster and freeing up valuable hard disk space. It also cleans traces of your online activities such as your Internet history. Additionally it contains a fully featured registry cleaner. But the best part is that it's fast (normally taking less than a second to run) and contains NO Spyware or Adware! :)

Begitulah yang dicatatkan oleh pengeluar perisian ni. Boleh dikatakan 'all in one', kerja2 pembersihan sistem boleh dilakukan hanya dengan satu perisian aje.

Pada aku yang tak berapa pandai komputer dan tak berapa rajin ni, perisian ni sangat2 berguna bila time nak kosongkan recycle bin tu. Yang lain2 tu aku tak berapa tau sangat hehehe..memandangkan laptop aku belum pernah rasa berat isi dia..huhu..

Sapa2 yang belum cuba boleh le download kat sini

Thursday, February 11, 2010

Ultra Surf




Aku ada baca dalam satu blog yang kata boleh guna ultra surf kalau kredit dah habis, tapi aku cuba2 tak pernah plak dapat. Betul ke? Mungkin tak kena cara kot..tapi apa yang aku nak cerita kat sini ialah penggunaan ultra surf untuk membuka lawan web yang di blok oleh penyedia telco, gitulah lebih kurang..so kalau ada laman web yang tak bleh bukak, bolehlah guna ni ..

caranya mudah je..download ultra surf pastu execute je kat windows, pastu bila dah bersambung ke server bolehlah buka internet explorer, tp aku guna firefox so setting sikit la kat ultra surf check box yang tulis do not use IE pastu kat firefox adjust manual proxy:

buka tool - option - advanced - network - setting
kat manual proxy config letak 127.0.0.1 port 9666
pastu click ok.. dan restart firefox...

kegunaan lain dia aku tak tau plak, pasal aku kadang2 je guna ni. Aku cuma nak test untuk internet free jer tapi hampeh..yang free ultra surf ni je , internet tetap kena bayar huhu...

Sunday, February 7, 2010

Barang Klasik


Aku ada satu barang klasik tinggalan komputer lama aku. Tinggal ni je yang dapat diselamatkan. yang lain semua dah berkarat sejak aku sakit hari tu..komputer aku tu jenis tower tahun 99 tapi kira ok la masa tu. ada kawan aku sorg tu pakai desktop lg lah klasik tp bleh lg main game fifa 98 hu..hu..aku punya entah jenis ap ntah processor celeron memory sdram kecik pastu aku up skit..hard disk beberapa Gigit je.. tak mcm skrg ratus2 Gb..pakai window 95, pastu 98, pastu win ME, cubaan pakai XP gagal, akhirnya ME jugak hayat dia..sayonara...