Saturday, January 7, 2012

Pakej Streamyx Untuk OKU

Kalau kawan-kawan OKU berminat bolehlah layari laman web Streamyx ni. Untuk Unifi tak tau la plak ada ke tak untuk OKU..

Prosedur dia macam biasalah kena ada talian telepon, kalau tak kena mohon dulu talian dan tunggulah sampai dapat hehe (kena masuk waiting list dulu), ..kalau aku punya kes, aku mohon talian telepon bersama-sama permohonan streamyx, 4 bulan baru dapat alasan tiada kekosongan. Jadi aku kena tunggu sampai ada pelanggan lain kena potong atau memotong talian.

Dah ada talian telepon diorang akan telepon semula untuk pastikan sama ada nak teruskan pemasangan streamyx atau tak, pastu dalam seminggu barulah diorang datang pasang (tu pun bergantung pada kekosongan port).

Ok, untuk telepon pun ada pakej OKU ni, sewa bulanan tak kena bayar cuma RM1 untuk caj bulanan dan caj biasa untuk panggilan. Deposit RM75 dikenakan semasa permohonan dan dapat satu set telepon (bateri kena beli sendiri hehe). 'Wiring' telepon kena bayar pada kontraktor sebanyak RM50.

Untuk streamyx plak tiada bayaran dikenakan semasa pemasangan tapi bil bulan pertama kena bayar RM100 untuk yuran tahunan dan bil bulanan RM66 (ikut speed, aku punya 1.0 Mbps).

Lupa plak ada caj perkhidmatan 6% untuk telepon.

Alhamdullillah dah beberapa bulan guna pakej ni nampaknya semua ok (dari segi speed), cuma makin malas nak update blog sebab terlampau banyak benda nak baca hehe...

Ok lah kalau ada kawan-kawan berminat boleh lah pergi ke Kedai TM atau hantar wakil pun boleh, syarat dia bawak salinan IC dan Salinan Kad OKU (JKM), kalau takda kad OKU pergi mohon kad OKU dulu, ada banyak kelebihan dia sedikit sebanyak membantu kita golongan OKU.....

14 comments:

  1. bila diri kita di timpa ujian baru kita perasaan yang banyak kemudahan untuk diri ini kan, seperti saya ni dulu ubatan free kat hospitl semua tak pandang dan pandang remeh, kerana ketika itu kita sihat dan tidak ditimpa ujian apa-apa pun kan maksudnya kita ramai yang lupa tentang banyak kemudahan bukan saja buat diri ini tapi semua orang malah yang sihat pun banyak mendapat kemudahan kan contoh...... subsidi petrol hehehe. Syukur kepada Allah ya... moga awak sentiasa cergas dan gembira disamping keluarga

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah la ni semuanya dipermudahkan....cuma kesian pejalan2 kaki yang kurang penglihatan terpaksa bertarung dengan stalls di atas kaki lima jalan...

    ReplyDelete
  3. patut rebut peluang yang terhidang..

    ReplyDelete
  4. Boleh tanya tak. Dapat tak modem wifi. Pas tu semasa register nak kena bayar brapa ringgit n bulan pertama nak kena bayar brapa ringgit

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk pakej ni memang dapat modem wifi(rasanya sekarang ni semua dah pakai modem wifi). Bayaran bulan pertama RM100 untuk yuran tahunan plus bil bulanan (ikut pakej yang diambil). Tiada bayaran semasa register.

      Delete
  5. Welcome to OKU JOB DB, whether you are looking for a job or an employee, we can help you find what you have in mind. The best way to change your career or help to change someone else future. Let us know today.

    欢迎来到OKU JOB DB,无论你是寻找工作或是有任何工作介绍,让我们建立你的未来,可以帮助你找到适合的工作。快联络我们。
    Come to my site

    ReplyDelete
  6. pakej streamyx 8 Mbps sesuai kepada yg berminat memasang unifi tetapi tiada coverage... daftar secara online di http://daftarunifionline.com/
    pendaftaran secara percuma, mudah dan cepat...

    ReplyDelete
  7. sekarang saya pakai pakej biasa kalau nak tukar ke pakej oku kena bayaran tak? saya baru tahu saja mengenai pakej ini

    ReplyDelete
  8. salam..kalau nak pakai pakej oku ni ada had umur yg ditetapkan tak? misalya guna kad anak ker? boleh tak?

    ReplyDelete
  9. 18 thun ke ats bru bole, aku un oku gak,fizikal sbb exsden,zzzz.hihi

    ReplyDelete
  10. sy guna kad oku adik sy, xsampai seminggu dah settle.. cuma bayar rm50 je kat dorang untuk install dan bill sebulan cuma rm66 je..sy amik 2mhp

    ReplyDelete