Saturday, December 31, 2011

KISAH AKU SEPANJANG 2011

Alhamdullillah tahun ini banyak jugak hajat di hati tercapai walaupun masih lagi berkerusi roda untuk tahun ke lima. Antaranya:-

1.Memiliki kerusi roda baru,
2.Membina pc idaman,
3.Memperolehi talian telefon dan streamyx,
4.Mendapat pengalaman bekerja walaupun sementara,
5.Berkenalan dengan rakan-rakan OKU...

Harapan dan doa semoga tahun mendatang akan lebih baik dari sebelumnya. Amin.

Thursday, December 29, 2011

GM550-Er2

Baru sebulan guna meter ni (5 kali test) dah rosak hehehe...

Er2 - Error code untuk 'Malfunction'.

update: dah hantar klinik, dapat pinjam yang 'lab' sementara meter dibaiki...strip test pun tukar baru.

Monday, December 26, 2011

AIR-CUSHION BERGANTI...

Akhirnya dapat jugak ganti baru tadi, tenkiu En. Arif (Socso kemaman). Kusyen lama aku dah bocor hampir sebulan dah, walaupun dah tampal tetap jugak angin dia nak keluar aduh..Kebetulan pagi tadi aku ke Socso Kemaman untuk isi borang 117 tu, hehehe..sebenarnya orang rumah yang isikan aku tunggu sign dalam kereta je...tiba2 En. Arif datang jadi aku terus adukan mengenai kebocoran yang berlaku, jadi memandangkan aku dah ada kat pejabat tu, terus dia cari dalam stor dan bagi satu yang baru (katanya cuma ada 2 je, kalau tak nak nanti kena tunggu order baru, lambat sikitlah kata dia). Jadi aku ambik jelah mana yang ada, saiz 16 x 16 x 4 inci. Jenama sama macam yang lama Clearview buatan Korea.

Sebenarnya aku pernah mohon kusyen span berjenama ROHO, tapi yang aku dapat jenama lain tapi tertulis di borang terima kusyen ROHO..agak pelik jugak aku pada mulanya, cuma agakan aku,pada pemahaman diorang ROHO itu bermaksud kusyen bukannya Jenama. Lagipun bukannya diorang nak pakai pun, buat apa nak kisah sangat..emmm nasibler...

Apa-apa pun aku tetap bersyukur dan berterima kasih...daripada takda baiklah ada..hehehe..peace.

Gamepad Logitech F310/Edifier M3200 Speaker

 1. Gamepad Logitech F310.

Aku beli ni dengan harga RM 110 walaupun tengok dalam internet harganya cuma RM 79 je, memandangkan dah seluruh bandar K.Terengganu aku pusing cari cuma satu kedai tu je yang ada jual jenama ni, aku belilah jugak bagi memuaskan hati aku hahaha...nama kedai tu Lagimura kat Pulau Kambing...ada banyak barang2 untuk 'games' kat situ.

2. Edifier M3200 Multimedia Speaker.

Harga RM190 beli dekat Dungun, kedai azax computers Jalan Pak Sabah. Aku beli ni pasal speaker Altez Lansing yang aku beli 11 tahun dulu dah rosak connector cable dia, speaker bunyi sebelah je.

Untuk Edifier ni, kualiti bunyi boleh tahan...


*Bila sebut Edifier mesti aku teringat kawan aku kat kedai komputer sofi dulu, stopa, manalah ko agaknya sekarang ya?

Wednesday, November 30, 2011

Rightest GM550 BLOOD GLUCOSE MONITORING SYSTEM

Dah lama sangat tak berupdate, rasa janggal plak nak menaip kat sini. Hari ni cuma nak bercerita pasal alat untuk periksa gula dalam darah ni. aku baru trade-in kat klinik tadi hehe..rupa2nya boleh trade-in kalau kita punya alat dah rosak. Tak sia-sia aku bagitau kat misi tadi yang aku punya alat dah rosak nak kena beli baru, terus dia bagitau boleh trade-in je, cuma kena beli strip je RM40 untuk 25 bilah..ok le tu daripada beli baru, harga sekarang dalam RM200. Sekarang tengah promosi katanya RM80 je ..

Dulu-dulu aku punya tu (accu-check) harga dalam rm300 lebih, tp sekarang dah banyak pilihan jadi harga pun dah murah..

Emm hari ni punya bacaan dalam 6.3 mmol...

Sunday, August 21, 2011

Mood:Bosan dan Bingung...

8 plus 21 days begitu membosankan ditempat orang namun aku masih cuba bertahan untuk beberapa hari lagi sebelum kembali ke rumah untuk menyambut aidilfitri bersama keluarga tercinta...

BANDAR PERDA PERMATANG PAUH...

Friday, July 22, 2011

footrest dah ok..


aku dah tampal bahagian pecah tu dengan cold curing pasal takde gam gajah..harap-harap boleh tahan.

aku bukan ganas sebenarnya tapi macam usop wheelcha cakap "  maafle,awok dah kabo awok tak boleh control buoh pinggang awok ni, lumpoh tau..." so gitulah keadaannya kadang2 kaki aku terhentak2 tanpa dapat dikawal, maka penuhlah parut-parut bekas luka dibahagian kaki dan betis.

Thursday, July 21, 2011

Pecah la Plak 'Footrest' Ni..

top view
Tiba-tiba je boleh pecah pulak 'footrest' ni, memang ganas la aku ni. Hari tu baru sebulan pakai wheelchair ni bearing caster (tayar depan) pecah, nasib baik ada ganti kat kedai motor. Footrest ni nampak gayanya kena pakai gam le dulu, kalau tak jalan jugak baru cari baru, tu pun kalau ada gantinya. Tapi aku ada terfikir jugak kalau susah-susah sangat nanti aku pergi kedai suruh diorang welding besi je buat alas kaki, lagi tahan lama kot...

p/s: sedih dah takde free wifi...waaaaaaaaaaaaaaaa...

Monday, July 11, 2011

RM 100 Juta Tu Banyak Mana Ekk?

sumber:google image

Semalam dalam berita awani ada dipaparkan kerugian yang dilakukan akibat BERSIH 2.0 adalah RM100 juta. Macamana diorang kira jumlah tersebut tu aku tak dapat nak pikir dengan waras buat masa ni. Aku sendiri tak pernah tengok duit sebanyak tu jadi tak dapat nak bayangkan.

Setakat dua, tiga puluh ribu tu pernah la bawak dalam sampul surat masa kerja dulu, tu pun duit gaji pekerja2 kat site hehehe...

Pernah satu kali ex- boss aku mengamok dengan sub-con yang kata dia takda duit nak bayar gaji pekerja, so dalam satu 'site-meeting' tu dia tunjuk satu beg laptop penuh dengan duit, katanya dalam tu ada RM250 ribu (mentang2 baru dapat claim), puyoo banyak tu tapi bayar gaji aku ciput je..hehehe..semua nganga je tengok duit.

Malam tadi plak adik aku cerita kawan dia (baca pelan-pelan hehaaa)ada tengok dalam laptop kawan dia, gambar kawan dia, kawan kepada seorang anak muda kaya kat Terengganu bergambar kenangan dengan duit yang disusun setinggi dada yang katanya berjumlah RM 8 juta..huh...lapan juta tu...4 kali sehari makan double bigMac pun tak tau bila nak surut duit tu...

Berbalik pada tajuk ni, apa yang aku dapat bayangkan kalau satu projek buat kuarter guru 4 tingkat 3 blok yang secara realitinya mengambil masa setahun setengah untuk disiapkan katakan kosnya RM 5 juta, jumlah RM 100 juta bersamaan dengan 20 buah projek. Peh..banyak tu..

Tak larat aku  nak pikir banyak banyak, asyik nak menipu je, mentang-mentang le orang miskin macam aku tak pernah tengok duit juta-juta main sedap mulot ko je nak claim rugi juta-juta.

BERSIH 2.0 punya pasal, berani plak peniaga2 ni kata rugi juta-juta dalam TV. Agak2 kalau takda BERSIH 2.0 ni, berani tak diorang kata bisnes untung juta-juta dalam sehari...elehhhh...


p/s: dengar citer geng2 Kak Mah sakit perut masa program kat Terengganu hari tu, betoi ka? sekali-sekala kena jugak BERSIHkan perut-perut tu... 

Sunday, July 10, 2011

Lirik Lagu Come As You Are

Come as you are, as you were, as I want you to be.
As a friend, as a friend, as an old Enemy.
Take your time, hurry up, choice is yours, don't be late.
Take a rest, as a friend, as an old memory.

Memory ah, Memory ah, Memory ah.

Come doused in Mud, soaked in Bleach, as I want you to be.
As a trend, as a friend, as an old Memory ahhh.

Memory ahh, Memory ahh, Memory ahh.

Chorus:
And I swear that I don't have a gun
No, I don't have a gun
No, I don't have a gun

-solo-

Memory ahh, Memory ahh, Memory ahh, Memory ahh. (Don't have a Gun.)

Chorus:
And I swear that I don't have a gun
No, I don't have a gun
No, I don't have a gun
No, I don't have a gun
No, I don't have a gun
(Memory ahh, Memory ahh)

Lagu/Lirik: Kurt Cobain

*single kedua album Nevermind 1992

Sunday, July 3, 2011

eBaki MARA

Sapa-sapa yang masih berhutang dengan MARA jangan segan jangan malu anda boleh cek baki hutang kat eBaki.

Maklumat yang disediakan agak up to date dan pastinya mengenai jumlah hutang yang berbaki, tertunggak dan belum dibayar. 

Dan bagi yang malas nak pergi bayar kat pejabat Mara atau Pejabat Pos boleh bayar melalui online je. Apa-apa hal boleh jengok portal rasmi MARA untuk info terkini.

Saturday, July 2, 2011

Tp-Link 150Mbps Mini Wireless N USB Adapter


Saiznya sebesar ibu jari tangan tapi pada aku cukup power sebab mampu menarik signal penuh walaupun router terletak lebih kurang 50 kaki jaraknya (rumah jiran sebelah). Kalau guna laptop aku paling bagus pun dapat 3 Bar je, so rasanya memang berbaloi aku beli ni pakai di PC aku. Harganya RM50.00.


So far masih lagi guna jiran sebelah punya internet (dengan ehsan-bukan curi hehehe) sebab talian telepon/streamyx yang aku pohon masih lagi belum dipasang (dah masuk sebulan lebih ni...grrrrrrrrrrrr)

Friday, July 1, 2011

Layan Neslo + Cream Cracker


Ni aku punya makan malam, hehe..sebenarnya supper sebelum aku injek insulin aku selalu pekena air neslo dan rendam biskut ni 3-4 keping untuk elak pedih isi perut. Nasik tu bukan takde tapi kat umah ni biasa time makan malam sebelum kol 7 petang, jadi kalau nak makan pastu kena rajinkan diri le..hehe..

Semenjak dua menjak ni aku memang suka neslo ni pasal bau dia memang satu macam harum. Dulu asyik pekena kopi O je dah naik muak plak. Lagi satu makan biskut jagung rendam ni (sebenarnya biskut cream-dah terbiasa panggil biskut jagung) memang boleh mengenyangkan dan jenis yang super ringan kalau dibanding makan mee (rasa aku le).

Lagi satu sebagai pesakit diabetis dan pengguna kerusi roda tegar aku memang kena jaga makan, so mana yang boleh jaga tu aku jagalah, yang tak mampu tu nak wat camna, relakan ajelah.

p/s: bila dah tua2 ni layan lagu omputih sorang2 syok gak, teringat zaman dulu2..Love Lives-Steven Tyler...

Boleh Tahan Rasanya...

Wednesday, March 16, 2011

Monday, March 14, 2011

Kereta Terbabas Tapi Alhamdullillah Selamat...

Kejadian berlaku sewaktu kami pulang dari Felda Kota Gelanggi 1 pada 12 Mac 2011 ( Sabtu) lebih kurang jam 11 pagi di laluan susur keluar Jabor Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuala Terengganu. Keadaan jalan masa tu agak licin kerana hujan renyai-renyai. Sehari sebelum tu hujan lebat sepanjang perjalanan pergi.

Kereta ini milik kakak ipar aku dan dipandu anak lelakinya. Kami sekeluarga menumpang dan selesai urusannya di Jengka 12, kami bermalam di rumah Ayah Alang dan pagi esok dalam pukul 9 pagi kami bertolak balik walaupun dijemput makan kenduri dirumah jiran Ayah Alang. Alasannya untuk menghadiri kenduri emak saudara isteri aku di Kerteh. Memandangkan dah menumpang kereta orang aku hanya sekadar mengikut sahaja perancangan diorang.

Sepanjang perjalanan aku hanya sekadar memerhati meter kelajuan tanpa berkata apa-apa walaupun isteri dan kakak iparku bising dibelakang meminta diperlahankan kelajuan kereta tersebut. Namun semacam tidak diendahkan.    

11 Mac 2011-hujan lebat sepanjang perjalanan pergi

Entah mengapa sewaktu melalui selekoh susur  keluar jalan tersebut tergerak di hati aku untuk memaut  bahu Nurin yang duduk bersama di depan dan secara tiba-tiba tayar belakang seperti menggelungsur lalu kereta berpusing 360 darjah dan berundur melanggar penghadang jalan seterusnya melintang di tengah jalan. Semuanya berlaku dalam sekelip mata dan seolah-olah dalam gerak perlahan. Pada masa tersebut tiada satu kenderaan pun melalui jalan tersebut hanya kami ...

Memandangkan enjin masih hidup, aku yang duduk disebelah penumpang cepat-cepat menyuruh pemandu membawa kereta ke tepi jalan. Nasib baik pemandu tidak panik . Kami semua terdiam dan hanya berhenti di kawasan tol. Tiada apa yang dapat diucapkan melainkan syukur kepada Allah kerana melindungi kami daripada musibah yang lebih buruk...
12 Mac 2011- Agaknya beginilah keadaannya semasa berpusing (gambar hiasan)
Gambar bawah diambil di Hentian Tol Jabor hampir 1.5 km dari tempat kejadian. Setelah berbincang kami memutuskan untuk menelepon pihak insuran dan diminta membuat laporan polis dan menghantar kereta ke Toyota Kuantan. Abang ipar aku dimaklumkan untuk menjemput kami pulang.

Selesai urusan di Pejabat Trafik Kuantan dan disaman RM300 kerana cuai, kereta dihantar ke bengkel Toyota untuk urusan seterusnya. Dan kami sampai dirumah hampir 7 malam...

12 Mac 2011-macam tiada apa-apa
bumper terperosok ke dalam
pandangan kiri
buat laporan di Pej. Caw. Trafik IPD Kuantan

p/s: masih terbayang-bayang kejadian tersebut...Apakah akan berlaku sekiranya senario kejadian berlainan...jawapan yang aku dapat ... Allah masih memberi peluang...

Sunday, March 6, 2011

Bipolar Disorder

Dua minggu lepas seorang sahabat lama telah datang mengunjungi aku setelah sekian lama menyepi. Kali terakhir berjumpa pada tahun 2007 dirumah mak aku. Banyak yang kami borakkan antaranya tentang kerja, bila nak kawin dan sebagainya. Dipendekkan cerita beliau maklumkan pada aku beliau akan bercuti untuk ke India bagi menjalankan kerja-kerja dakwah beliau selama 40 hari tak silap aku.

Setelah sekian lamanya tak dengar kabar berita, pertengahan tahun lepas aku terjumpa facebooknya dan Alhamdullillah masih sihat walafiat kawan ku itu.  Aku selalu membaca statusnya dan banyak juga perkara yang dikongsi untuk pengetahuan rakan-rakan. Awal bulan ini dia menghantar mesej meminta alamat untuk menghantar kad kawin katanya. Alhamdullillah kataku, sampai juga jodoh sahabatku ini ( dah 33 tahun umurnya). Walaupun aku tiada kepastian sama ada dapat menghadirkan diri tapi isteriku teringin melihat kad kawin sahabatku ini.

Dan dua minggu lepas dia menelepon untuk datang kerumah untuk berziarah sambil menghantar kadnya. Kali ini banyak juga yang kami borakkan tentang kawan-kawan lain yang dah lama tak berjumpa, tentang pekerjaannya dan macam-macam lagi. 

Sehinggalah aku bertanyakan kemana lama menghilang, agak terperanjat bila dia membuka cerita bahawa  hampir tiga bulan dia bercuti sakit pada awal tahun 2008. Penyakitnya dipanggil Bipolar Disorder  dimana keadaan dirinya menjadi tidak terkawal dan segala kelakuannya tidak disedari. Puncanya bermula apabila beliau tidak tidur selama 7 hari,  tidak mengantuk dan masih boleh menjalankan tugas seperti biasa...

Sehinggalah keadaannya menjadi tidak terkawal dan dibawa kehospital untuk mendapat rawatan. Katanya dirinya hampir dimasukkan ke wad sakit jiwa (keadaannya masa tu memang teruk sehingga dipakaikan baju yang selalu kita tengok dipakaikan kepada pesakit mental), nasibnya baik apabila majikannya berjaya berunding dengan pihak hospital untuk membawanya pulang dan menjaganya dirumah. Walaubagaimanapun beliau diwajibkan mengambil dos stabilizer untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin parah. 

Alhamdullillah keadaannya menjadi stabil selepas itu tapi terpaksa mengambil stabilizer secara berterusan. Puncanya tidak dapat dikenalpasti walaupun kami ada berbincang pasalnya, antaranya tekanan kerja atau kegiatannya dalam komuniti dakwah dan sebagainya. Namun tiada satu yang dapat dijadikan alasan kenapa penyakit ini menyerang beliau.

Apapun aku benar-benar berharap penyakitnya akan sembuh sepenuhnya selepas ini dan dapat melayari kehidupan berumahtangga sebaik yang mungkin dan terus menjalankan kerja-kerja dakwahnya.

Perancangan Allah itu sentiasa ada hikmahnya...

Kisah lain berkaitan ini juga boleh dibaca di SINI

Thursday, March 3, 2011

Wheelcha Baru...Quickie Neon

Alhamdullillah setelah sekian lama menunggu akhirnya hari ni sampai jugak wheelcha (bak kata usin) yang aku pohon sejak setahun yang lalu. Terima kasih aku ucapkan pada Encik Ariff (Socso Kemaman) yang bertungkus membantu aku dalam mendapatkan kerusi roda ni dan juga kawan-kawan maya yang sentiasa menyokong dan mendoakan aku, Terima Kasih...





Keseluruhan sangat memuaskan cuma tempat duduknya sahaja agak dalam menyebabkan sedikit kurang selesa.. Lain2 semuanya OK..rasanya itu aje yang dapat diceritakan buat masa ni..
*wheelcha - wheelchair

Tuesday, March 1, 2011

ZTE 3565-Z (LATEST SOFTWARE)

Entri ni sekadar menjawab pertanyaan sahabat anom yang bertanyakan software link untuk modem ZTE 3565-Z yang aku  guna sekarang ni. Software Vodafone  mobile broadband boleh download kat SINI.

Kalau nak link untuk Joint Air aku takda la. Aku pun dah puas cari tapi tak jumpa2 jugak, so setakat ni jelah aku boleh tolong...
 

Wednesday, February 16, 2011

Lirik Lagu Insya Allah – Maher Zain (Versi Melayu)

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

Monday, January 3, 2011

Nurin Back To Tadika...2011

Pagi ni bermulalah sesi persekolahan tadika (pra 5 tahun untuk Nurin). Awal dia bangun pagi ni pasal semalam kena paksa tidur awal, kalau tak pukul 11 malam dia masih bermain-main lagi. Aku pun semalam terpaksa tidur awal jugak pasal nak tutup semua lampu kalau tak nurin tak tidur.

Bila Nurin dah pergi tadika ni rasa sunyi plak aku memandangkan selama ni dia jelah peneman aku siang-siang ni sementara nak tunggu umie balik kerja. Tahun ni plak dah daftar dia untuk transit, so petang karang baru balik. Bosan plak aku tinggal sorang2 ni, nak buat apalagi ekk...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz