Monday, July 11, 2011

RM 100 Juta Tu Banyak Mana Ekk?

sumber:google image

Semalam dalam berita awani ada dipaparkan kerugian yang dilakukan akibat BERSIH 2.0 adalah RM100 juta. Macamana diorang kira jumlah tersebut tu aku tak dapat nak pikir dengan waras buat masa ni. Aku sendiri tak pernah tengok duit sebanyak tu jadi tak dapat nak bayangkan.

Setakat dua, tiga puluh ribu tu pernah la bawak dalam sampul surat masa kerja dulu, tu pun duit gaji pekerja2 kat site hehehe...

Pernah satu kali ex- boss aku mengamok dengan sub-con yang kata dia takda duit nak bayar gaji pekerja, so dalam satu 'site-meeting' tu dia tunjuk satu beg laptop penuh dengan duit, katanya dalam tu ada RM250 ribu (mentang2 baru dapat claim), puyoo banyak tu tapi bayar gaji aku ciput je..hehehe..semua nganga je tengok duit.

Malam tadi plak adik aku cerita kawan dia (baca pelan-pelan hehaaa)ada tengok dalam laptop kawan dia, gambar kawan dia, kawan kepada seorang anak muda kaya kat Terengganu bergambar kenangan dengan duit yang disusun setinggi dada yang katanya berjumlah RM 8 juta..huh...lapan juta tu...4 kali sehari makan double bigMac pun tak tau bila nak surut duit tu...

Berbalik pada tajuk ni, apa yang aku dapat bayangkan kalau satu projek buat kuarter guru 4 tingkat 3 blok yang secara realitinya mengambil masa setahun setengah untuk disiapkan katakan kosnya RM 5 juta, jumlah RM 100 juta bersamaan dengan 20 buah projek. Peh..banyak tu..

Tak larat aku  nak pikir banyak banyak, asyik nak menipu je, mentang-mentang le orang miskin macam aku tak pernah tengok duit juta-juta main sedap mulot ko je nak claim rugi juta-juta.

BERSIH 2.0 punya pasal, berani plak peniaga2 ni kata rugi juta-juta dalam TV. Agak2 kalau takda BERSIH 2.0 ni, berani tak diorang kata bisnes untung juta-juta dalam sehari...elehhhh...


p/s: dengar citer geng2 Kak Mah sakit perut masa program kat Terengganu hari tu, betoi ka? sekali-sekala kena jugak BERSIHkan perut-perut tu... 

5 comments:

  1. bagi sy, semua adalah retoric semata2. yg fhm saja tahu kisah & silap mata sebenar. :)

    ReplyDelete
  2. Assalam..

    Adat peniaga mana nak cakap untung..apapun memang ramai peniaga yg rugi masa bersih 2 tu cuma angka sebenar mungkin x la sampai seratus juta kot..

    ReplyDelete
  3. Assalam...
    Apa yang kita dengar kadang kala tak sama dengan apa yang berlaku melainkan kita tgk dengan mata kita sendiri..
    Kadang-kala lebih sudu dari kuah..

    ReplyDelete
  4. perghhh 100 juta kerugian....buleh bina sebijik mesjid kt kawasan kg ni...fakta ke Auta ni....

    ReplyDelete