Kejadian berlaku sewaktu kami pulang dari Felda Kota Gelanggi 1 pada 12 Mac 2011 ( Sabtu) lebih kurang jam 11 pagi di laluan susur keluar Jabor Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuala Terengganu. Keadaan jalan masa tu agak licin kerana hujan renyai-renyai. Sehari sebelum tu hujan lebat sepanjang perjalanan pergi.
Kereta ini milik kakak ipar aku dan dipandu anak lelakinya. Kami sekeluarga menumpang dan selesai urusannya di Jengka 12, kami bermalam di rumah Ayah Alang dan pagi esok dalam pukul 9 pagi kami bertolak balik walaupun dijemput makan kenduri dirumah jiran Ayah Alang. Alasannya untuk menghadiri kenduri emak saudara isteri aku di Kerteh. Memandangkan dah menumpang kereta orang aku hanya sekadar mengikut sahaja perancangan diorang.
Sepanjang perjalanan aku hanya sekadar memerhati meter kelajuan tanpa berkata apa-apa walaupun isteri dan kakak iparku bising dibelakang meminta diperlahankan kelajuan kereta tersebut. Namun semacam tidak diendahkan.
11 Mac 2011-hujan lebat sepanjang perjalanan pergi |
Entah mengapa sewaktu melalui selekoh susur keluar jalan tersebut tergerak di hati aku untuk memaut bahu Nurin yang duduk bersama di depan dan secara tiba-tiba tayar belakang seperti menggelungsur lalu kereta berpusing 360 darjah dan berundur melanggar penghadang jalan seterusnya melintang di tengah jalan. Semuanya berlaku dalam sekelip mata dan seolah-olah dalam gerak perlahan. Pada masa tersebut tiada satu kenderaan pun melalui jalan tersebut hanya kami ...
Memandangkan enjin masih hidup, aku yang duduk disebelah penumpang cepat-cepat menyuruh pemandu membawa kereta ke tepi jalan. Nasib baik pemandu tidak panik . Kami semua terdiam dan hanya berhenti di kawasan tol. Tiada apa yang dapat diucapkan melainkan syukur kepada Allah kerana melindungi kami daripada musibah yang lebih buruk...
12 Mac 2011- Agaknya beginilah keadaannya semasa berpusing (gambar hiasan) |
Gambar bawah diambil di Hentian Tol Jabor hampir 1.5 km dari tempat kejadian. Setelah berbincang kami memutuskan untuk menelepon pihak insuran dan diminta membuat laporan polis dan menghantar kereta ke Toyota Kuantan. Abang ipar aku dimaklumkan untuk menjemput kami pulang.
Selesai urusan di Pejabat Trafik Kuantan dan disaman RM300 kerana cuai, kereta dihantar ke bengkel Toyota untuk urusan seterusnya. Dan kami sampai dirumah hampir 7 malam...
12 Mac 2011-macam tiada apa-apa |
bumper terperosok ke dalam |
pandangan kiri |
buat laporan di Pej. Caw. Trafik IPD Kuantan |
p/s: masih terbayang-bayang kejadian tersebut...Apakah akan berlaku sekiranya senario kejadian berlainan...jawapan yang aku dapat ... Allah masih memberi peluang...
Assalam..
ReplyDeleteAlhamdulillah semua selamat..waktu hujan jalan licin kena hati2 memandu.
p/s-pernah alami kejadian yg sama tapi waktu tu mengelak lembu yang tiba2 melintas.
Baca tajuk saja tadi cklah dah bimbang. Alhamdulillah, semuanya selamat.
ReplyDelete*Peringatan buat ckLah yang akan memulakan pejalanan jauh sebentar lagi.
Alhamdulillah Rol...tiada kecederaan yg berlaku...semoga anak buah tu akan lebih berhati-hati lg semasa memandu..
ReplyDelete@ozzy
ReplyDeleteAlhamdullillah, terima kasih Ozzy
@ckLah
ReplyDeleteselamat pergi dan kembali, hati2 ye cikgu..
@Eye_nee
ReplyDeletetima kasih cik kak..peringatan untuk dia dan saya juga supaya jangan berat mulut untuk menegur jika terdetik dihati...
assalam..
ReplyDeletealhamdulillah x pape.. sy kalo pikir ni kan rasa seram gak huhuu, x mau pikir nnti jd takut
salam Arol..
ReplyDeleteermmm..main hujan ni berhati2 lah..
saya selalu perhatikan pemandu,bila hujan
pun nak speed dan himpit kereta kita yang perlahan ni..risau..selalunya sikaplah..
alhamdulillah anda selamat..pengajaran
buat kita semua,memandu perlahan bila hujan
jalan licin.
alhamdulillah.... tiada kecederaan serisu. Kereta boleh dibaiki.
ReplyDeleteBila hujan, memang kena kurangkan kelajuan dari biasa, apalagi kat selekoh.
Alhamdulillah...
ReplyDeleteTiada kecederaan.
Dahlia juga pernah mengalami peristiwa yang sama macam ni, terbabas.
Dan kesannya, agak fobia juga lah bila hari hujan.
Tapi memang mujur, Allah hanya ambil harta benda, bukan nyawa... Terima Kasih, Allah
@maiyah
ReplyDeletetakyah pikir sangat cuma beringat je sekali sekala..
@zulkbo
ReplyDeletepengajaran yang sangat mahal..hehe..
@Kujie
ReplyDeleteyelah kakjie, kena lebih berhati2 pabila hujan...Alhamdullillah Allah Akbar..
@DaHLia
ReplyDeletesaya juga masih fobia walaupun sekadar menjadi penumpang aje...