Friday, February 5, 2010

KERUSI RODA YG SESUAI


Semenjak aku rajin melayari internet ni, barulah aku tau bahawa pemilihan jenis dan saiz kerusi roda amatlah penting terutama pesakit-pesakit yang mengalami 'paraplegia’ seperti aku. Kerusi roda yang sesuai dapat membantu pesakit menjalani kehidupan yang lebih baik dan mempercepatkan proses penyembuhan mental jugak aku rasa. Kerusi roda yang aku maksudkan adalah dari jenis ‘ultra lightweight rigid wheelchair’ (gambar sebelah) berserta dengan alas kusyen yang sesuai bagi mengelak berlakunya lepuh pada kulit punggung. Ianya ringan dan sangat mudah dikendalikan bersendirian.

Perkara seperti ni memang sangat penting memandangkan golongan marhain seperti aku mana mampu nak upah orang jaga 24 jam, jadi perlulah berdikari. Nak mengharapkan bantuan orang, lama-lama orang akan bosan jugak. Bukan perkara mudah tapi kalau dibantu dengan peralatan bantuan seperti ini aku yakin mampu menjalani kehidupan seperti biasa, Insyaallah. Tapi yang peliknya kenapa doktor yang bertanggungjawab merawat pesakit tidak mengesyorkan peralatan yang sesuai macam kerusi roda ini kepada pesakit untuk tujuan pemulihan. Agaknya mungkin kerana kos yang tinggi jadi jadi takde la nak rekomen kot. Aku rasa patut disediakan seorang pakar Peralatan Pemulihan di Hospital-hospital yang boleh menguruskan hal-hal berkaitan dengan peralatan yang sesuai untuk pesakit-pesakit yang tertentu. Ataupun memang dah ada cuma aku je tak disyorkan untuk berjumpa mereka . Kalau bahagian pemulihan kerja tu, aku pernah la pergi, tapi takde pulak diorang kisah pasal kerusi roda yang aku guna.

Berbalik kepada cerita tadi, kerusi roda yang aku guna sekarang ni adalah dari jenis yang biasa bantuan dari PERKESO (terima kasih le PERKESO) tapi berat dan besar. Dah 3 tahun aku guna walaupun duduk agak selesa tapi dari segi pergerakan agak sukar kerana berat. Pada orang biasa mungkin tidak menjadi masalah tapi orang macam aku memang menghadapi masalah jika berkaitan dengan berat. Habis sakit bahu dan rusuk setiap kali bergerak. Berdasarkan tulisan dalam satu artikel kesihatan, seorang doktor mengatakan pemilihan kerusi roda yang tidak sesuai boleh menyebabkan tulang belakang pesakit menjadi bengkok ‘S’. Malas nak cerita panjang-panjang, Cuma aku harap suatu hari dapatlah aku memiliki kerusi roda yang sesuai untuk kegunaan aku nanti.

*Paraplegia - lumpuh kedua-dua belah kaki dari paras pinggang atau tempat berlakunya kerosakan tulang belakang.

6 comments:

  1. cantik wilcha bro, tapi saya nak tanya mana bro dapat wilcha tu.pasal wilcha yg ada di pasaran semuanya yg standard aja.susahla saya nak cari yg spesial...bgtau kat saya ya di syah_25@yahoo.com.sg
    tq ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya request drp SOCSO untuk dapatkan wheelchair.

      Delete
  2. sebenarnya pakar pemulihan tu x perlu sbb tu tugas jurupulih carakerja. diorang yang akan rekomen peralatan2 yg sesuai kpd pesakit mengikut kondisi:)

    ReplyDelete
  3. lawa wheelchair ne.ble recomen ngan aku jgak ka?grandmom aku gna skg ne yg standard jak dh hmpi 5 thun xslap dia gna.skg ne dia ckp dia nk gna yg len plk..skg whellchair d'umh ada 2.1 stndard n 1 lg yg ble gna tuk bring tp 2'2 pun dia xmau gna..nenek aku dh demand skg ne..heehe..tp xkesh la dia pnya duit dia pnya sukakla..2la yg dia sruh cri2 whelchair yg len dr yg len..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...saya nk tny mana anda beli kerusi roda tuu...saya nk cari tapi sy xtahu tempat nyyee...tolong laaa bagitau saya...nie email saya ye... era_murni92@yahoo.com dan nie link facebook saya http://www.facebook.com/profile.php?id=100001346395300

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tgk kat maycare shah alam..ataupun lifeline.

      Delete