Monday, April 19, 2010
Maxis Broadband 1.5 Gb...Speed ker????
(sumber)
Petang tadi bila isteri aku tepon bagitau kawan dia tanya pasal maxis broadband 1.5 Gb, terkejut berok gak aku. Aku cakap ler mana ada broadband speed sampai Gb2 ni. Setau aku Mb2 je (aku ni kiranya pakar penasihat teknologi la pada bini aku, pasal tahap kecanggihan dia lebih skit pada nurin jer pasal teknologi canggih manggeh ni, hehe...).
"Murah lah Bah" kata isteri aku "RM48 je sebulan tapi time promosi ni bayar RM18 jer bulanan". Katanya ada iklan dalam tv. Memang aku pernah tengok iklan tu tapi tak perasan plak pasal 1.5 Gb.
Aku cakap ler kita punya pakej Celcom broadband yang paling murah (pakej gomen RM50, dulu pun aku rekomen kawan dia beli ni tapi taknak) tu baru 384kb aje (ala-ala kompiden gitu aku buat penerangan) speed dia tapi kalau dah selaju tu bolehler beli tapi pastikan ada coverage 3g baru best (mandai2 aku sampaikan nasihat melalui isteri aku tu).
(sumber)
Lagipun aku tak boleh nak compare pasal kat area rumah aku takda coverage maxis 3g, maklumlah dalam kawasan hutan. Coverage celcom 3g pun dapat satu bar je tapi ok ler dari takda langsung.
Dulu2 pernah gak cuba guna maxis yang daily basis tu, tapi dia punya speed macam siput sedut je, jadi aku cakap ler kat isteri aku, kalau kawan dia nak beli boleh ler, memang berbaloi, laju giler tu.
Malam tadi isteri aku cakap lagi "ada bah, maxis broadband 1.5 Gb". Aku malas nak tanya lebih2 pasal isteri aku bukan tau apa2 pun kalau aku terangkan, buat kering tekak je. Tapi aku ada bagi jawapan bodoh kat dia, aku kata mungkin memori kad dia 1.5 Gb kot. Isteri aku terangguk2 je.
Bimbang plak takut besok dia terangkan kat kawan dia macam yang aku cakapkan tu, terpaksalah aku menggogel untuk mendapatkan kepastian.
Lalala..gelak sorang2 aku, rupanya-rupanya volume kuota dia yang 1.5 Gb. Macamana la aku bleh tak terpikir lak pasal tu. Nampak gaya besok pagi kena la sekali lagi bagi penerangan kat isteri aku. Cuma tak berani la nak rekomen suruh beli ke apa ke pasal tak tau dia nak guna untuk apa, pesbook ke, download Adamaya ke, bak kata sorang pelawak tu..lu pikir la sendiri.
Yang aku pasti isteri aku ngan kawan dia sama level je kot. Yelah kalau tau tak kan nak tanya aku plak kan..hehehe..rasa macam power gitu, keh...keh...keh...padahal aku pun tak tau hua..hua..hua...
Ok lah pasni nak gi jelajah blog kawan2 cari info pasal maxis broadband RM48 ni, nak bagi mantap skit penerangan untuk esok pagi.
Labels:
broadband
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sama je meksia n selkom nih.. mana2 pun okay gak.. sy dlu pakai meksis dan sbbkan nak speed punya pasal tukar plak ke streamyx.. bg sy xde beza problem lambat loading ttp ada cuma bukan slalu
ReplyDeletehek3. nk gelak jer. huhu. lebih kurang macam sy jer yang tak tau apa2 ni. main pakai jer, bayar hujung bulan.
ReplyDeletebtw, jom join contest. refer to this link k.
http://gengblogger.com/read/91316
Apa yg saya faham, dengan bayaran RM48 sebulan, pelanggan hanya dpt limit 1.5 gig bandwidth akses dengan kelajuan tertentu. Maksudnya.. kalau habis bandwidth ni akses internet kemungkinan akan lembab atau akan dicas dengan cas yg lain pulak. 1.5 gb ni tak besar mana bagi yg kaki donload....mungkin sehari pakai dah abis. :)
ReplyDeleteMaiyah: saya dulu pakai tmnet je, so bila pakai broadband celcom ni macam dah ok sangat dah hehehe... Pernah gak pakai streamyx kat opis tapi masa kerja 5-6 tahu dulu ler.
ReplyDeleteBPT: hehe.. saya pun main pakai gak, belajar ikut keperluan semasa je...takleh stress sangat, sakit kepala..
ReplyDeleteTokNabe: saya pun faham macam tu gak, nak pakai mana2 pun boleh , ikut keperluan masing2..kalau kaki donload memang sah-sah takleh pakai pakej ni...hehehe
ReplyDelete