Friday, April 30, 2010

Aku Rindu Saf Jumaat...

                                           (image:google)
Hari ini 30 April 2010 adalah hari Jumaat terakhir bulan ni, tiba-tiba je aku rasa sayu semacam bila tengok siaran langsung sembahyang Jumaat kat TV1 tadi. Masa mandi tadi aku dok asyik bilang jumlah hari yang aku dah miss sembahyang Jumaat, rasanya dah beratus-ratus hari doh. 

Kalau dah Jumaat pun miss apatah lagi time sembahyang berjemaah yang lain. Kadang-kadang aku terfikir jugak bagaimanakah keadaan aku disisi Allah...

Harapnya suatu hari nanti aku dapat kembali memenuhi saf Jumaat...

Teringat-ingat aku catitan Pak Itam berkaitan Pasang Surut Kehidupan, moga aku masih berkesempatan merebut kesemua lima perkara ini...

Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain iaitu:
  1. Masa muda sebelum tuamu
  2. Masa sihat sebelum sakitmu
  3. Masa kaya sebelum miskinmu
  4. Masa lapang sebelum sibukmu
  5. Masa hidup sebelum matimu
(Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

10 comments:

  1. salam Hazrul..
    moga tabah dalam hidup

    ReplyDelete
  2. Allah itu Maha Megetahui RoL...

    ReplyDelete
  3. sabar arol.. Allah telah mengecualikan kita dlm segala serbi selaras ngan kekurangan ni, yg pasti kita jgn lupakanNya.. kita telah diberi ruang yg lebih utk menerima ganjaran yg lebih besar.. insyaAllah

    ReplyDelete
  4. salam arol

    alhamdulillah,

    kita masih diberikan kenikmatan utk menikmati setiap denyut nafas, namun setiap manusia ada ketentuannya yg telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi, pak itam faham beban fizikal dan hati arol , namun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

    harap arol tabahkan hati, kuatkan semangat dan sentiasa dekat dgn Allah walaupun dlm serba kekurangan

    doa pak itam agar arol terus kuat dlm mengharungi kehidupan ini

    insyallah

    ReplyDelete
  5. @Eye_nee
    Betul Cik Kak. Allah mengetahui segala-galanya.

    ReplyDelete
  6. @maiyah
    InsyaAllah..thank Maiyah..lega rasanya bila dengar Maiyah cakap macam tu.

    ReplyDelete
  7. @rezeki
    InsyaAllah , terima kasih Pak Itam.

    ReplyDelete
  8. salam...
    moga petikan kata-kata azrol tu jadi panduan diri ini...

    ReplyDelete