Wednesday, May 26, 2010

Gunung Ledang...1276

(Naza, Amy, Mizu, Wan, Aku, Man - Abg Naim tiada dlm gambar)

Tadi bila belek-belek album lama tertengok plak gambar masa panjat Gunung Ledang ni. Banyak jugak yang boleh dipelajari bila buat aktiviti-aktiviti macam ni lebih-lebih lagi bila berkumpulan. Macam-macam hal berlaku sampai bertekak bergaduh pun ada walaupun 3 hari je berkemah. Tapi semua tu kisah lama, hari ni aku nak cerita sikit kenangan terindah pasal pengembaraan team Bisa 97' - 99' (UitM Shah Alam).

(puncak gunung - kecik aje tempat dia)

Kisah ni bermula hujung tahun 1997 apabila abang Naim yang bagi idea untuk panjat gunung ni untuk tujuan riadah, mula-mula ramai yang nak ikut last-last time nak pergi cuma 7 orang je ready. Termasuk abang Naim, aku, Amy, Naza, Mizu, Wan dan Man. Dalam tujuh orang ni, abang Naim dengan Amy je yang pernah naik gunung ni, yang lain pernah panjat tangga kelas je.

Dari Shah Alam kami bertolak kerumah abang Naim di Johor Bahru. Malam tu tidur rumah abang Naim. Abang Naim ni dulu ada team yang organise aktiviti panjat memanjat ni kat Johor, so malam tu penuhlah rumah abang Naim dengan member-member dia yang datang raikan kami sambil bawak beg, khemah dan segala macam peralatan berkemah untuk dipinjamkan kepada kami yang daif dan naif ni. Masa tu bangga pun ada macam nak bawak misi panjat Everest plak rasa.

Teringat lagi kisah beg masing-masing ditimbang supaya sama-rata, rasanya 20 liter sorang kot, tujuannya untuk mengelak perasaan dengki. Masa tu kami tak faham pun cuma angguk je. Satu lagi tips yang aku ingat bila isi barang dalam beg ialah barang berat kat atas, yang ringan kat bawah. Tujuannya untuk menegakkan tubuh kita, gitulah lebih kurang maksud dia...hehe..dan beban pun terasa lebih ringan.

Besok-besok pagi kami bertolak ke Gunung Ledang melalui Sagil. Ada dua jalan nak panjat gunung ni satu melalui Asahan, Melaka (yang ni trek mudah kata Abang Naim) dan satu lagi melalui laluan yang mencabar iaitu Sagil.

(bonsai)

Lepas mendaftar di pejabat 'Ranger' dan dikenakan sedikit bayaran, kami pun mula mendaki rasanya dalam pukul 10 pagi. Difahamkan kebiasaan orang mendaki dalam 5 jam tapi kami sampai ke puncak dalam 11 jam hahaha...maklumlah pancit. Masa sampai puncak tu hari dah gelap, nak turun ke Bukit Botak (tempat terakhir ada air/campsite) pun dah tak berani jadi kami terus pasang khemah, bawah sikit pada puncak gunung. Kat puncak tak dibenarkan pasang khemah pasal bahaya kilat dan sebagainya. Lagipun angin tersangatlah kuatnya.

(bawah puncak gunung - lepas naik matahari)

Masa pasang khemah pun terpaksa dua orang masuk kedalam untuk mengelakkan khemah terbang. Kami pasang dua khemah (khemah 2 orang) dan tidur berhimpit-himpit. Mungkin masing-masing dah terlampau penat jadi kami semua pun tidur tanpa makan pun malam tu.

Pagi besok kami pun bertolak turun ke Kolam Puteri dan bermalam disitu. Lusanya kami turun ke bawah dan selesailah tugas kami membawa cabaran mendaki Gunung Ledang yang setinggi 1276 meter tu...

Gitulah serba sedikit kenangan terindah yang aku ingat, yang tak berapa indah banyak jugak macam bergaduh hal kecik-kecik, maklumlah masing-masing penat. Yang mistik pun ada macam Man yang terserempak orang kenit melintas. Yang lain-lain tu macam kisah-kisah pendaki lain gak lah. Yang pasti bila turun beg ringan tapi bawak sampah da....

(2nd time naik 1999 -tidur atas batu..hehe)

p/s: kali kedua aku panjat lagi tapi sekerat jalan je, time ni berlima..hehehe ( 1999).

11 comments:

  1. salam..arol,
    sihat ke...sesekali seronokkan bile tengok gambar dulu-dulu ni...kdg2 terasa nak je kembali zaman tu...

    ReplyDelete
  2. salam arol

    dulu pak itam masa kecik pi gunung ledang kayuh basikal dari bakri , 4-5 jam baru sampai hehehe masa tu tgh menakal hehe

    ReplyDelete
  3. [ainnoraini]
    Alhamdullillah...sangat-sangat seronok, kalaulah...

    [pak itam]
    hehe..zaman kanak-kanak memang nakal habiskan, saya pun zaman berbasikal pun macam tu gak, rata tempat pergi..

    ReplyDelete
  4. salam Arol..
    wahh kisah lama menyingkap tirai kamar hidup..memang indah..sampai ke gunung aok yek?hebat..koi tak tahu bila la pulok nak ke sana..moga kita mengsyukuri pemberian-NYA..jazalkallah khairan kasira

    ReplyDelete
  5. [zul]
    w'salam..
    hehe..kisah dulu-dulu memang banyak yang indah.
    bila kelam dan buntu jalan ke depan kadang-kadang elok toleh seketika kebelakang moga tidak terlupa segala nikmatNya...Alhamdullillah.

    ReplyDelete
  6. salam sahabat,
    mintak maaf lama xberkunjung.

    sronok mengimbau kenangan lama bersama saudara.

    ReplyDelete
  7. [piewahid]
    takpa bro, saya pun lama tak jalan-jalan ni.

    memang seronok mengimbau kenangan, tp lebih seronok kalau ianya belum menjadi kenangan

    [miss lolly]
    muda-muda ni la kalau nak panjat, nanti dah beranak pinak susah nak kena pikul ramai-ramai hehehe...

    ReplyDelete
  8. Salam Ziarah,
    Banyak kenangan muncul kalo mula dah belek album2 lama...

    ReplyDelete
  9. [webmaster]

    w'salam..
    betul tu...

    ReplyDelete
  10. salam Arol
    bila membelek gambar lama
    saya kan rasa hiba
    tapi cuba hapuskan airmata

    dulu suka juga panjat gua
    panjat bukit dan turuni lembah
    sebab kena buat kajian lapangan
    letih dan penat hilang
    bila melihat keindahan alam kan..

    ReplyDelete