Thursday, June 3, 2010

Syukur Aku Masih Lagi Bernafas...

Alhamdullillah...
Hari ini aku masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati kenikmatan hidup walau dalam keadaan yang kurang sempurna namun masih tetap ada yang sayang...terharunya.



Semalam genap usiaku 38 tahun dan aku tetap bersyukur dapat terus menikmati udara ini walau ada yang telah tiada di sisi. Sudah menjadi lumrah alam yang hidup pasti akan mati dan kerana itu sudah semestinya aku yang masih bernafas ini meneruskan kehidupan sebaik mungkin...



Dan sehari sebelum semalam uyen telah menunjukkan lukisan pertama yang dibuatnya di tadika dan aku sungguh terharu kerana aku sememangnya wujud dalam hidupnya...sebagaimana yang selalu disebutnya 'yen sayang ummi dan aboh'...

17 comments:

  1. cantixxx ..
    serius

    happy bday..
    panjang umur
    and god bless you.


    >>____<<

    ReplyDelete
  2. salam arol

    selamat ulang tahun ke 38

    doa ku dipanjang umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman dan dipermudahkan segalanya walaupun dalam situasi arol sekarang

    insyallah, moga sembuh seperti biasa, kuasa Allah Maha Besar

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.
    Allah panjangkan usia untuk melihat anak-anak.

    saya gembira ayah mereka ada di disisi. :)

    ReplyDelete
  4. @rezeki

    w'salam pak itam..

    moga ditetapkan iman..Amin.

    ReplyDelete
  5. @BalqisShafiqa

    Alhamdullillah, Allah maha mengetahui.
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  6. Selamat hari jadi yer..semoga panjang umur dan murah rezeki..
    Kadar faedah sewa beli kereta naik

    ReplyDelete
  7. Salam Rol..
    Selamat Harijadi..semoga dipjgkan umur...rezeki yg melimpah..kesihatan yg baik...Bahagia di Dunia Dan Akhirat....

    ReplyDelete
  8. salam arol..
    selamat hari lahir sahabat
    moga anda selalau sihat
    dimurahkan rezeki dan ceria disamping keluarga tercinta..

    ReplyDelete
  9. salam Saudara Arol
    alhamdulillah,tahniah ya.selamat hari lahir,maaf lamabat ke sini.masa saudara baru post entry ni,saya dah masuk tapi biasalah netbook saya payah nak jejalan macam tuannya,:)

    alhamdulillah anakanda saudara punya bakat seni tu.interpretasi anak kecil selalu jujur dan telus.

    alhamdulillah jua kita dianugerahkan insan yang tulus mencinta kita.meski fizikal kita tak serupa dulu, cinta dan kasih insan ini adalah hadiahNya yang amat mahal harganya.

    Hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan mereka ini,kan saudara...

    ReplyDelete
  10. @relevan

    Amin, doa ini untuk sahabat juga..

    ReplyDelete
  11. @zulkbo

    w'salam zul,
    terima kasih atas ingatan ..Amin

    ReplyDelete
  12. @ummu

    w'salam..Alhamdullillah dan terima kasih.

    hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka, betul sekali kata ummu, tiada upaya kita kini, hanya sekadar doa dan harapan..moga diteguhkan iman dan sentiasa disayangi..Amin.

    ReplyDelete
  13. smoga sentiasa tabah, ceria & berbahagia dunia akhirat...:)

    ReplyDelete
  14. salam. semoga tabah & ceria slalu di samping keluarga. tahniah ya...

    kalau ada masa jemputlah ambil award & jawab tag di blog saya.

    ReplyDelete
  15. salam Arul..
    Belum terlewat nak ucap selamat hari jadi..moga tabah dan ceria selalu serta selamat menjalani ibadah puasa.

    ReplyDelete