Program yang diperkenalkan oleh PERKESO pada 15 Januari 2007 bertujuan memberi rawatan pemulihan yang disedikan secara percuma oleh PERKESO bertujuan membantu orang berinsuran(OB) yang mengalami hilang upaya untuk dipulihkan dengan kadar segera dan dapat kembali bekerja.
Pendekatan yang digunakan ialah konsep pengurusan kes dimana rujukan kes yang bermotivasi akan dikendalikan oleh seorang Pengurus Kes (PK) yang bertindak sebagai pengantara kepada orang berinsuran untuk berurusan dengan doktor yang merawat, majikan, pusat rehabilitasi dan lain2.
Orang yang layak mengikuti program ialah:-
1. Pencarum yang mengalami bencana kerja dan sedang menerima faedah hilang upaya
2. Pencarum yang dirujuk ke Jemaah Doktor bagi menentukan tahap hilang upaya dan disyorkan mengikuti program
3. Pencarum yang memohon ilat yang dirujuk ke Jemaah Doktor dan disahkan tidak ilat tetapi berumur tidak melebihi 50 tahun
4. Pencarum yang disahkan ilat tetapi berumur tidak melebihi 40 tahun dan berminat untuk kembali semula bekerja.
Kenapa nak cerita semua ni? Sebabnya aku juga dirujuk untuk RTW ini, walaupun dah nak masuk 4 tahun aku berkerusi roda. So membantu OB untuk dipulihkan segera tak berapa nak sesuai dengan aku rasanya hua.. hua.. hua..
Hari Rabu 3 Mac 2010 baru ni ada sorang Cik PK (muda lagi) hehehe..datang umah untuk buat interbiu dan penilaian nak tgk samada motivasi ke tak aku ni, so hampir dua jam gak kami borak2 berkaitan RTW ni, jadi kena tunggu lah keputusan dia macamana..sehingga itu setakat ni jelah cerita RTW ni..sampai jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment