Tuesday, March 30, 2010
Billateral Callipers Dan Sebuah Tongkat Untuk Berdiri
Billateral Calipers nama dia, nama melayu aku tak tau. Fungsinya untuk membantu si pemakai berjalan (macam robot kata doktor).
Pasal apa jalan macam robot, pasal calliper ni boleh dikunci di bahagian lutut (auto lock - bila berdiri je terus terkunci, tapi macam tak selamat aje pasal bila berdiri peha bergesel menyebabkan pemegang kunci dibelakang pun turut bergesal dan menyebabkan ter 'unlock' plak tu, kesan dia ....apalagi macam nangka buruk la beb jatuh berdebub ...ngeh..ngeh..ngeh..
Dulu aku setuju je buat menda ni pasal ingat betul2 boleh berjalan macam robot star wars tu, rupa2 sangkaan aku meleset, nak kena dibantu orang plak. Kalu gitu bila masa aku nak cuba pakai,kebanyakan masa aku berseorangan je, isteri aku balik kerja pun dah penat. Nak harapkan nurin, hehehe.. pegang kerusi roda boleh lah..
Nak pakai menatang alah ni bukannya senang, kalau sendiri-sendiri pakai mahu kat sejam, pastu kena berhati-hati lagi pasal batang ni semuanya aloi, boleh cedera kalau tersepit, dah siap pakai nak kena adjust kaki dengan kasut plak. Bila nak bangun pulak kaki tak ngam plak ngan kasut pasal kaki aku dah agak keras kedudukan dia, susah nak fit (sebab tu perlukan bantuan untuk memakainya dan nak praktis berjalan mesti ada orang pegang di belakang, mesti yang kuat ler, kalau tak dua-dua jadi nangka buruk,,hua... hua.. hua....
Yang paling tak tahan bila berdiri pinggang le dah macam nak patah pulak. Dulu ingat bahagian lutut aje yang lemah pasal tak pernah berdiri, rupanya pinggang pun sekarang, bila berdiri dah jadi bongkok. Kalau nak berdiri lurus pun terpaksa bergantung kuat dengan tangan. Tu pun berdiri kat tingkap pastu pegang kuat tahap gaban pada grill, kalau tumbang macam batang pokok buruk le jawabnya.
Lagi satu aku juga mengalami kesakitan kat bahagian rusuk yang dipotong masa pembedahan dulu, sakitnya tak pernah hilang, dalam keadaan duduk atas kerusi roda pun dah perit apatah lagi berdiri, menambahkan lagi kesukaran aku untuk berdiri...
Sebenarnya benda ni pakej sekali dengan tongkat kat bawah ni tapi dah pinggang tak kuat macam mana nak guna tongkat ekkk...kadang2 aku terpikir jugak apakah mereka-mereka ini telah melakukan kajian yang sepatutnya terhadap pesakit-pesakit sebelum mencadangkan sesuatu bentuk pemulihan dan sebagainya.
Kesukaran memakainya menyebabkan aku malas nak menggunakannya....memang payah beb....lebih-lebih lagi bila dah terkurung dalam umah aja..motivasi pun dah berkurangan...
Labels:
kisah aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment