Friday, March 5, 2010

Sekadar Peringatan

Semalam sempat tengok rancangan forum perdana Di TV1 yang diadakan di UDI, Terengganu. Tajuk perbincangan ialah Hutang. Apa yang aku nak ceritakan di sini ialah berkaitan satu cerita yang dibawa oleh seorang ahli panel yang aku rasa sangat menarik untuk dikongsi iaitu kisah seorang isteri dan jirannya.

Diceritakan kisah sang isteri yang tak mahu kurang daripada jirannya iaitu bila jirannya membeli kereta baru, dia pun nak tambah kereta baru biarpun tak mampu, maka berhutanglah si suami, bila jiran beli tv baru, dia pun nak tambah tv baru, bila jiran beli sofa baru, dia pun nak sofa baru, tapi yang peliknya kata ustaz tu, bila jiran dia tambah isteri baru, dia diam je tak pulak disuruh suami dia tambah isteri baru...hehehe

Berbalik kepada tajuk hutang ni, antara kesimpulannya hutang adalah diharuskan sekiranya mampu untuk membayarnya kembali.

Walaubagaimanapun pada aku, berhutang hanyalah sekiranya benar2 memerlukan dan tidak mampu mendapatkannya secara tunai.

Wallahualam bi shawab.

No comments:

Post a Comment