Tuesday, January 19, 2010

Nak Percaya Ke Tak..


Malam tadi lebih kurang pukul 1.30 pagi, nurin terjaga dari tidur dan terus menangis. Katanya "tak mboh pelok umie" berulang-ulang kali. Akhirnya Nurin tidur bersamaku di atas katil. Lupa nak bagitau yang umie tidur di atas toto manakala aku atas katil untuk memudahkan aku berpindah randah ke atas kerusi rodaku. Lepas itu umie pula tak dapat tidur. Terpaksalah aku menemani umie tidur kat atas toto tu. Nurin terus terlena di atas katil. Aku pula hampir pukul 4 lebih barulah terlelap.

Subuh tadi umie ceritakan padaku yang dia langsung tak dapat tidur semacam ada benda yang mengganggu.

Pagi tadi sewaktu sarapan aku terdengar umie bertanyakan pasal semalam dengan Nurin. Nurin kata dia takut nak peluk umie tapi tak tahu la plak sebab apa..Lepas Nurin mandi aku pakaikan seragam tadikanya, malas nak tanya pasal semalam. Dah siap sarapan terus umie hantar ke tadika. Dan aku terlelap seketika........

Sebenarnya ini adalah rentetan kejadian-kejadian yang ku kira aneh yang selalu berlaku dalam hidupku sepanjang 3 tahun kebelakangan ini iaitu semenjak 2006. Nanti akan ku ceritakan kejadian-kejadian yang telah berlaku ke atas kami sekeluarga di episod yang akan datang...hehehe...NAK PERCAYA KE TAK????

No comments:

Post a Comment