Sunday, September 26, 2010

Tarikh Ini Dalam Sejarah Aku

gambar : google image

26 September 2006, aku dimasukkan ke dalam wad Hospital Sultanah NurZahirah kerana Doktor mensyaki tulang belakang aku bengkok setelah membelek-belek gambar x-tray yang ditunjukkan pada aku. Sebetulnya aku sangat konpius dengan apa yang diberitahu oleh Dokor di bilik kecemasan tu tapi memandangkan dia Doktor dan aku pesakit, terpaksalah aku anggukkan aje.(setelah MRI dilakukan aku disyaki menghidapi TB Spine).

Keadaan aku pada masa tu memang agak teruk kerana kaki aku langsung tidak boleh melangkah lagi, sekadar mampu berdiri sahaja, sungguh pelik rasanya. Asalnya aku hanya sakit belikat kiri 6 bulan sebelumnya dan akhirnya melarat sehingga tidak boleh berjalan. Dan kerana itu Doktor mensyaki ada masalah pada tulang belakang walaupun aku tidak merasakan sebarang kesakitan pada tulang belakang, hanya pada belikat sahaja. 

Sehari sebelumnya aku telah berjumpa dengan Doktor disebuah klinik kesihatan  (doktor yang sama sepanjang 6 bulan sakit), namun terjadi satu kejadian aneh pada hari tu bila seorang nurse yang cuba membantu aku turun dari kereta tiba-tiba menjadi lupa dan memaki hamun isteri aku dengan perkataan yang bukan-bukan. 

Keadaan itu membuatkan klinik tersebut menjadi kecoh dan aku cepat-cepat ditolak masuk dengan kerusi roda ke bilik kecemasan klinik. Setelah menunggu beberapa ketika nurse yang tadi datang memohon maaf kepada aku dan isteri di atas kelakuannya tadi, namun aku dan isteri amat faham keadaan tersebut. 

Sebenarnya banyak perkara-perkara pelik yang kami alami sejak hari pertama aku mengalami kesakitan. Dan banyak jugak tempat yang kami berubat tak kiralah klinik kerajaan, swasta, bomoh, ustad dan juga lain-lain. Mungkin lain kali aku akan tulis pengalaman-pengalaman aku berubat ni. 

Sambung cerita tadi selepas berborak-borak dengan nurse pasal kejadian tadi, aku dibawa berjumpa dengan Doktor dan kali ini Doktor terus menulis satu memo supaya aku dirujukkan kepada seorang pakar  di Hospital untuk memeriksa penyakit aku yang sebenarnya. Dalam pada itu sempat juga Doktor tersebut bertanyakan kejadian yang berlaku sebentar tadi.  Dia sendiri tidak menyangka yang keadaan aku akan jadi seteruk ini, (selama ini dia kata tiada yang serius, tersalah urat aje).

Dan hari ini Doktor tersebut sudah pun bekerja di klinik swasta dan aku hanya  sekadar dapat merenung kembali kenangan lama yang sukar dilupakan...Mungkinkah keadaan aku akan berbeza sekiranya Doktor tersebut dapat mengesani penyakit aku lebih awal... 

13 comments:

  1. Salam Arol....
    ckLah tunggu cerita Arol itu....



    Terus bertabah, dan kuat ya!

    ReplyDelete
  2. @ckLah@xiiinam

    tima kasih cikgu, saya pun harap tak kecundang ditengah jalan

    ReplyDelete
  3. salam arol....
    sabar ye...itu semua dugaan hidup...kuatkan semangat ye...

    ReplyDelete
  4. Tabahkan Hati yer Rol...dugaan Allah itu tidak siapa menjangka apa yg terselindung disebalik semuanya..Syukurnya..Masih diberikan kesempatan utk bernafas..biarpon Fizikal tidak sempurna seperti dahulu..

    ReplyDelete
  5. kadang kala kita tak tahu apa sebenarnya berlaku.. sabar dan kuatkan semangat.

    ReplyDelete
  6. Salam Arol..
    moga anda selalu sihat
    dan tabah..makan apa pagi ni?
    he he..

    ReplyDelete
  7. @armouris
    terima kasih, keadaan saya melibatkan proses pembuangan tulang belakang not disc, anyway thank...

    ReplyDelete
  8. @zulkbo
    thank my friend, makan cekodok pisang hehe...

    ReplyDelete
  9. Kuatkan semangat, ALLAH sentiasa bersama dengan orang yang sabar..

    ReplyDelete
  10. kite sellau fikir mcm tu kan..
    alangkah baiknya kalau dr dpt kesan penyakit awal ..
    xdelah terjadi seteruk ini..

    dr pun akan fikir mcm tu jugak..
    kenapa aku tak terfikir die mcm ni..maslh die mcm ni..
    kalau x, xdela die akn jadi mcm ni..

    ReplyDelete