Friday, September 24, 2010

Hadiah Hari Raya...

Aku ni memang jakun sikit sebab jarang dapat hadiah, kalau duit tu selalu jugak hehe...Sebenarnya benda ni abang ipar aku yang bagi masa diorang datang rumah minggu ke dua Syawal. 

Ada dua benda yang aku dapat, yang pertama iPhone 4 iPod Shuffle, kiut je ni tapi kapasiti dia 4 Gb, boleh le masuk lagu banyak-banyak dan dengar time-time boring. Orang lain dok sibuk dengan iPhone4, aku dapat iPod pun dah ok dah.

Dulu masa belajar ada jugak beli walkman sony kat Bukit Raja tu, Sekarang ni mana ada orang pakai lagi, discman pun entah2 orang dah tak pakai dah. Semuanya MP3... 

Yang kedua flash drive Corsair Survivor 16Gb ni. Thank Abang Long...dah lama berhajat nak beli cuma tak kesampaian je. Last sekali beli tahun 2005 kapasiti dia cuma 256mb je. Jauh amat beza dia. Yang ni kira ok dah, kalau pakai besar-besar pun risau jugak, kalau rosak, banyak plak data yang hilang..huh..

Tapi korang jangan salah faham plak. Benda ni pun dia dapat hadiah jugak dari kompeni dia hehe...ada lebih dia kasi la kat aku haha...

Memandangkan kompeni dia selalu kasi hadiah, aku dengan muka tak malunya cakap kat abang ipar aku..'lain kali kalau dapat iPhone jangan segan-segan nak kasi kat aku' huahuahua...


'Umie, nak makan jagung'...

8 comments:

  1. SALAM,
    SERONOKNYA DAPAT MACAM2 ! ORANG NAK BERI DENGAN IKHLAS, KITA TERIMALAH !
    NAMPAK SEDAP JAGUNG ITU ! REBU KE ATAU KUKUS? KUKUS BIASANYA LAGI SEDAP.

    ReplyDelete
  2. Mata ckLah lebih tertancap pada butir-butir jagung bewarna emas itu. Lepas Maghrib ni nak pi pasar malam.....cari jagung bakar!

    ReplyDelete
  3. @luahfikiran
    jagung rebus ni fresh lagi, manis...

    ReplyDelete
  4. SALAM AROL..
    moga selalu sihat..
    ermmm,bertuah ada ipar
    duai yang pemurah ni..

    ReplyDelete
  5. @zulkbo
    Alhamdullillah..tingkatkan prestasi, elak kontroversi..hehe..

    ReplyDelete
  6. wahh.. best tu, kalo mcm sy lagi le jakon hehe

    ReplyDelete