Monday, September 6, 2010

Puding Gula Hangus

Sempoi je puding ni, rasanya pun best sesuai sangat untuk buat pencuci mulut ni, bulan puasa ni dah dua kali orang umah buatkan, Ingatkan hari ni nak suruh buat sempena anibeseri tapi umie deman plak, so aku upload je lah gambar ni untuk tatapan umum.

Nak buat ni mudah aje tapi aku malas la plak, so kalau sapa-sapa rajin nak makan bolehlah cuba:

Bahan2..
*10 biji telur
*1 tin susu cair
*secubit garam
6 sudu besar gula - dijadikan gula hangus (masak dalam loyang berdiameter 22 cm dengan api sederhana)

Kacau semua bahan tadi* sampai sebati dan tuangkan ke atas gula hangus tadi dan kukus sampai masak kata orang umah aku. Agak-agak aku dalam 30 minit ke 45 minit gituler...jangan sampai hangus rentung sudah hehehe...

Dah siap telangkup atas pinggan dan bolehlah dimakan.

p/s: resepi sempoi ni kredit pada adik aku Diana..(aku harap dia berjaya bukak kedai makan suatu hari nanti)

6 comments:

  1. salam arol

    mcm cream caramel je hehehe

    ReplyDelete
  2. Tahun lepas beraya di kedah
    tahun ini beraya di jengka
    puasa sudah zakat pun sudah
    beraya kita hindari prasangka

    Lupakan sengketa bermaafan
    dari hujung rambut ke hujung jari
    halalkan kata-kata mana yang termakan
    sesama muslim jauhi cakar-mencakari

    ReplyDelete
  3. @rezeki
    wassalam, hehe sama le tu, cakap orang putih caramel cream, orang kita puding gula hangus..

    ReplyDelete
  4. betul tu zul, sama-samalah kita merayakannya. nak jawab pantun tak pandai hehe...

    ReplyDelete
  5. SALAM,

    LF MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. SEMOGA AMALAN KITA DI BULAN RAMADHAN DITERIMA OELH ALLAH SWT

    ReplyDelete
  6. puding ni sedap. tapi kalo makan byk2 muak kan?

    ReplyDelete