Thursday, May 17, 2012

Modem Rosak..D-Link DSL-2640B..100..Teknisen

Fakta:

31 April 2012 - Modem tak boleh 'ON'-button 'on/off'' tidak berfungsi/semua lampu tidak bernyala (kemungkinan besar akibat hujan/kilat malam tu walaupun peralatan lain seperti PC, telefon dan peralatan eletrik lain OK).

1 Mei 2012 - Buat laporan pada 100 berkaitan kerosakan modem. Maklumat diberi lengkap dan jelas.

2 Mei 2012 - Terima panggilan dari TM Follow-Up bertanyakan sama ada sambungan intenet telah OK atau tidak. Penjelasan telah diberi berkaitan kerosakan sebenar (Modem bukannya sambungan). Pihak TM akan memaklumkan semula pada bahagian teknikal.

3 Mei 2012 - 100 lagi memandangkan tiada respon dari pihak TM (teknikal). Alasan terdapat kerosakan kabel dikawasan tersebut jadi perlu tunggu siap pembaikan kabel iaitu besok (4 Mei 2012) sebelum modem dapat ditukar sedangkan pada 1 Mei 2012 pembaikan kabel telah pun siap dijalankan.

7 Mei 2012 - 100 lagi memandangkan tiada wakil TM datang untuk pemeriksaan/penukaran modem. Dimaklumkan bahawa laporan telah ditutup (bermaksud kerja sudah siap dijalankan). Apabila diminta penjelasan katanya laporan akan ditutup secara automatik sekiranya pihak teknikal memaklumkan kerja telah siap dijalankan sedangkan sebelum ini pihak TM follow-up akan menelefon pelanggan dahulu bertanyakan status laporan yang dibuat sebelum tindakan menutup laporan dilakukan.
Memandangkan laporan tersebut telah ditutup satu laporan baru telah dikeluarkan bersandarkan maklumat asal laporan tersebut iaitu kerosakan modem (semua lampu tidak menyala).

8 Mei 2012 - 100 lagi. Alasan kali ini laporan dibuat sebelum ini tidak lengkap katanya sebab tu teknisen tak dapat proceed..ada ke jawapan macam tu..macamana plak laporan tak lengkap padahal semalam beria-ia bertanyakan kerosakan apa, modem jenama apa, pakai window apa bla..bla..bla..last2 hari ni kata borang maklumat kosong..huh..jadi lagi sekali menjawap pertanyaan rutin pihak 100..

 Dan hari-hari seterusnya aku menelepon 100 bertanyakan status laporan dan dimaklumkan akan di "remark" supaya tindakan segera dari pihak teknikal.

Selain itu pernah sekali pergi ke kedai TM di Dungun bertanyakan masalah ini dan diminta ke ibusawat TM di Kerteh untuk membuat penukaran modem walaubagaimanapun waktu pergi tengahari tu tiada orang dan difahamkan oleh pengawal bahawa teknisen telah keluar (kerja)/hanya ada satu pekerja untuk satu kawasan ie Kerteh.

Pernah dua kali bercakap dengan pegawai waktu menelepon 100 dan dimaklumkan pihak beliau akan cuba mendapatkan maklumbalas secepat mungkin dari pihak teknikal berkaitan kelewatan tersebut tapi tak pernah dapat jawapan plak lepas tu.

Dan akhirnya....

15 Mei 2012 - lebih kurang 10 pagi barulah ada teknisen TM Kemasik yang menelepon untuk datang kerumah (waktu tengahari katanya), dan katanya beliau back-up je kerana wakil TM Kerteh terlampau sibuk katanya..tunggu punya tunggu pukul 6 lebih baru datang dan rasanya kerja yang dilakukan lebih kurang 20 minit je; cek modem, konpem rosak, tukar baru, setting dah Ok. Dari perbualan aku dan teknisen ni katanya laporan telah diterima pada 8 Mei 2012 cumanya terlampau ramai orang yang mengalami kerosakan modem..huhu..tu yang jadi lambat tu..so dia akan datang sebagai back-up bila ada permintaan dari pihak teknisen lain.

Aku boleh terima alasan dia lambat memandangkan katanya ramai orang yang mengalami kerosakan modem. Cumanya aku tertanya-tanya mengapa teknisen TM Kerteh ini tidak mengambil tindakan sewajarnya sekiranya tidak mampu menangani masalah di kawasan beliau secepat mungkin dan yang aku paling ralat kenapa beliau tak tengok betul-betul laporan aku pada 1 Mei tersebut. Andainya aku jenis yang malas bertanyakan pihak 100 sampai ke sudah aku tak tau status laporan aku dah ditutup tanpa ada tindakan sewajarnya dari pihak TM.  

Aku tak tau sapa yang nak disalahkan dalam hal ni tapi aku rasa pihak TM perlu mempertimbangkan menambah sekurang-kurangnya seorang lagi pekerja di kawasan Kerteh ni (kawasan lain aku tak tau ..hehe..) memandangkan tempoh seminggu yang diambil untuk penukaran modem adalah tersangat-sangat lama dan sepatutnya rebet diberi secara automatik untuk tempoh modem tersebut tidak boleh digunakan bukannya dengan pelanggan meminta rebet (untuk kes yang masih ada kontrak dengan TM).

p/s: 12 Mei 2012 - aku dah beli modem lain jenama TP-Link sebagai penyelesaian segera.





4 comments:

  1. memang itulah yg biasa saya lalui tiap kali berdepan masalah modem rosak.
    mahu atau tidak terpaksalah tempoh kerenah dia org. itulah tahap ASS kita sekarang ni.

    moga arol sabar dan tabah selalu. tumpang kekuatan di sini.

    ReplyDelete
  2. Saya pun mengalami masalah yg sama!!! Haish

    ReplyDelete
  3. Salam. Nak tnya kalo dh lepas warranty period dan modem rosak tiba2 slpas kilat (rasanya)... blh kol tm minta gantikn modem ke? Kena byar jg ke utk replacement mod3m baru?

    ReplyDelete