Wednesday, November 3, 2010

Minat Aku...

Emm aku rasa semua orang ada minat tersendiri. Ada orang kumpul setem, ada jugak simpan mug dan macam-macam lagi. Aku pulak suka baca buku dan kumpul duit syiling dalam mangkuk kaca. Tapi ni cerita dulu. Sekarang ni nak bukak buku pun terasa amatlah malasnya. Cuma buku bank je yang aku rajin baca walaupun tak penah bertambah hehe...Nak kumpul duit syiling pun dah tak kuasa pasalnya nanti Nurin akan kutip letak dalam tabung dia.
Dan sekarang aku dah bertukar kepada  Facebook dan blog plak. Tak taulah nak kata minat ke dah jadi tabiat. Celik mata je bukak facebook walaupun tak pernah update status tapi suka baca  status kawan-kawan. Sama jugak blog dan forum dalam internet, walaupun aku jarang update tapi dah memang minat membaca tak pernah luntur, aku baca je apa yang kawan-kawan update. Sememangnya membaca cara ini adalah lebih mudah sebenarnya. Dari blog juga aku dapat banyak info-info yang sememangnya berguna dalam kehidupan harian, cuma perlu bijak menapis fakta-fakta yang diterima supaya ianya tidak menyeleweng dan sebagainya.
Yang pastinya aku jugak dapat kawan-kawan maya yang boleh berkongsi cerita, info, ilmu dan sebagainya menggantikan kawan-kawan aku yang ada di atas dunia nyata ini yang dah menghilang entah kemana.

Dan yang pentingnya minat aku tak mengganggu orang lain hehe...

p/s: aku dah tukar header title dari ' Kisah Aku' kepada 'aRoL siJiwa Karat' kerana aku rasakan jiwa aku benar-benar berkarat sekarang ni... tanpa prejudis and peace no war...

10 comments:

  1. salam arol

    membaca di alam maya juga bermanafaat selagi kita dapat membezakan yg baik dengan yg buruk

    "jiwa karat", banyakkan berdoa
    kekadang sebagai manusia biasa, pak itam pun kekadang berkarat juga heheheh
    ingat nak sembur wd40 je hehehe

    ReplyDelete
  2. @rezeki
    InsyaAllah, moga yabg karat dapat dikilatkan...

    ReplyDelete
  3. salam aRoL,
    moga tabah dan ceria selalu.

    samalah kita dan minat berblog ni sgt rapat dgn minat membaca. xminat mbaca gerenti tak minat berblog dsbnya. persahabatan saya dgn aRoL dan mbaca kisah2 yg dkongsi sgt membantu. jazakallah...

    ReplyDelete
  4. Dulu minat kumpul kotak mancis..tapi sekarang tidak lagi..minat sekarang cuma depan komputer jer..

    ReplyDelete
  5. salam Arol..
    karat kepala tak pe..
    ada ilmu di dalamnya..
    moga ceria selalu bro..

    ReplyDelete
  6. salam Arol...

    Dari minat ia akan menjadi hobi..kalau fb tu rasanya mcm air ada pasang ada surut..
    Sesuatu yang kita minat apabila dijadikan kerjaya pasti menimbulkan kepuasan pada kita.

    ReplyDelete
  7. eryati juga suka membaca...baca novel..n blog...

    ReplyDelete
  8. tengok orang punya minat @ hobi macam2...saya rasalah sekarang hobi orang yang top ialah berFB & berBelog ! mana taknya - saban hari ade je orang meninggalkan komen di blog kepada mereka yang ade blog lah...Tapi jangan hobi ni mengganggu kerja hakiki udahlah...yg sy tak suka ialah waktu kerje berbelog !!! ini sudah salah! bukan hobi....dah jadi tabiat buruk....ini sepatutnya dibendung dari diri...

    jiwa yang karat? jiwa ni kena digilap sentiasa supaya sentiasa berkilat...jangan mudah putus asa....wallahualam.

    ReplyDelete
  9. skrang ni bila dah kerja nak abis kan satu buku pun susah. sudahnya baca blog orang jer lah

    ReplyDelete