Wednesday, December 29, 2010

Akhirnya...2010

Hehehe..akhirnya rajin jugak aku update kan blog ni mengambil semangat adrenalin final Piala Suzuki AFF 2010 yang mana semua orang tahu Malaysia menang dengan aggregat 4-2. Macam biasa aku cuma layan final je hehe..

Tapi apa yang aku nak ceritakan sebenarnya ialah kisah pagi tadi akhirnya aku berjaya juga jumpa dietitian kat klinik tadi setelah sekian lama disuruh oleh misi, bukan aku taknak tapi bini aku bizi memanjang hehe jadi tak pernah ada masa.

Actually dengar ceramah je, adalah dalam 4 orang. Ceritanya berkisahkan apa yang boleh dan tak boleh dimakan untuk pesakit diabetis. Panjang le jugak ceritanya tapi malas nak tulis kat sini. Tak best pun pasal banyak menda takleh makan hahaha...lagipun pesakit diabetis ni degil-degil termasuklah aku, yang tak boleh tu lah yang nak makan sangat..huhu.

Dan kisah keduanya aku berjaya juga menamatkan perkhidmatan tmnet 1515 aku pagi tadi. Kalau ikutkan dah lama aku nak potong ni tapi almaklumlah susah kalau mintak tolong dengan orang hehe..dah 7 tahun melanggan tapi cuma guna 5 tahun pertama je, lagi 2 tahun terbiar gitu je tapi yuran tahunan tetap kena bayar..so pagi tadi aku gertak sikit bini aku hehe kata kalau tak settle hari ni nanti bulan depan kena bayar lagi yuran tahunan dia..

hehehe..pastu laju je dia pergi TM Point settlekan hal ni, pelikkan orang pompuan selalu nak kena kasi psycho sikit barulah nak gerak (aku cakap bini aku ni, orang lain aku tak tahu le..haha) kalau tak macam-macam alasan, sakit kaki le, penat le, duit tak cukup ler, takde cuti ler (yang ini selalu, tapi bila hal dia je mesti boleh ambik cuti..hehe).

Macam minggu ni le bila tanya napa tak gi kerja, selamba je jawab minggu ni cuti seminggu uhhh...memang betul-betul cuti punya, duduk dalam rumah aje takde pergi mana-mana..cuti-cuti rumah...

Dan sekarang ni broadband pun sama le, bayar bulan-bulan tapi nak pakai signal kadang-kadang ada, banyak yang takde, tapi belum lagi nak settlekan, alasan masih ada baki kontrak, nanti kena bayar denda. Kalau aku senang je, potong je broadband pastu masuk streamyx tapi tulah pemikiran lelaki takkan sama dengan wanita kan..masing-masing ada rasionalnya.

Dan akhir sekali bacaan gula aku pada pemeriksaan minggu lepas adalah 5.5.m/mol dan tekanan darah 125/82 . Bila tengok bacaan macam tu rasa macam sihat sikit tapi hari ni punya bacaan tak tahu le hehe..harap-harap terus maintain je...

Begitulah sedikit kisah aku yang sedikit rajin mengupdate blog sambil melawan sedikit kesakitan pada rusuk kiri aku. Apapun aku tetap layan blog kawan-kawan cuma mungkin tidak meninggalkan jejak kerana keadaan aku yang agak tidak mengizinkan, harap dimaafkan...

p/s: ada sapa-sapa tahu apa maksud mimpi buang air besar dalam tandas takde dinding hehe..pastu siap ada orang plak tengok-tengok..

8 comments:

  1. ckLah baru beli gula 'Equal'......azam nk jaga makan minum betul2

    ReplyDelete
  2. assalam..
    arol pun skit rusuk yek.. sama le.. menyucuk-nyucuk sampai kekadang sy baring x bangun2 huhuu

    ReplyDelete
  3. salam Arol..
    alahai kena naiya dengan provider tu..
    bayaran pada yang tiada perkhidmatannnya..
    moga anda tabah selalu bro..harapan kesihatan
    anda kembali seperti sediakala..

    ReplyDelete
  4. @ckLah@xiiinam
    hari-hari saya berazam tapi selalunya terbabas..hehe..

    ReplyDelete
  5. @zulkbo
    terima kasih zul..harap2 begitulah.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum Arol
    betul3
    pemikiran wanita selalu tak sama dgn lelaki (dlm situasi saya dan hubby,:))
    p/s; kalau time sakit tu datang, nak bergolek ke kiri pun takut sebab kat rusuk tu sakit,kan.

    ReplyDelete
  7. Semoga arol cepat beransur pulih!

    ReplyDelete